Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 April 2018

Majoriti Besar Milik BN

Bhai/DeeDee semua...

Setakat hari ni... dari analisa yang ader... dari kajiselidik secara terus dengan responden yang pelbagai di seluruh Malaysia .... didapati bahawa Barisan Nasional (BN) akan dapat menguasai majoriti kerusi Parlimen pada PRU14 ....

Negeri-negeri yang dijangka memberikan kerusi Parlimen yang banyak adalah Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak.... BN dijangkakan akan mendapat sekitar 144 atau 145 kerusi Parlimen dengan mudah... Wilayah Persekutuan pula dijangkakan akan dimenangi oleh BN dengan majoriti yang tipis....

Cuma apa yang menggusarkan BN setakat hari ini adalah cerita-cerita yang bersangkutan dengan status Parti UMNO dimana ianya masih lagi tidak diputuskan oleh Mahkamah...

Mengikut maklumat yang gua ader, kemungkinan besar tuntutan semakan kehakiman yang dibuat oleh Geng 16 akan ditolak oleh Hakim dimana Hakim juga akan membenarkan UMNO memecat serta-merta keahlian Geng 16 seperti yang sedia maklum..

Di peringkat DUN, Selangor dan Pulau Pinang bakal bergoyang dengan kedudukan kerusi antara Pakatan HARAPAN dan Barisan Nasional  dijangkakan berbeza hanya satu atau dua kerusi sahaja... ini akan memberikan peluang pembelian ADUN dengan nilai tertinggi dan dijangkakan akan ada sekurang-kurangnya dua atau tiga ADUN yang akan melompat parti..

Di Johor,  Muhyiddin Yassin dijangkakan akan kalah dan BN Johor akan menguasai kerusi yang paling banyak dalam sejarah PRU di Malaysia. Hampir semua kerusi HARAPAN akan kalah di Johor terutamanga kerusi yang ditandingi oleh AMANAH dan BERSATU.

Di Langkawi, Mahathir Mohamed dijangkakan akan mendapat undi yang sekadar cukup majoriti sahaja atas sebab pecahan undi yang besar disana.. Yang pasti kerusi Parlimen sahaja yang akan dimenangi disana. Dijangkakan tiada kerusi DUN di Langkawi bagi Pakatan Harapan untuk menang.

Di Perak, dijangkakan banyak kerusi akan dimiliki oleh BN dan PAS terutamanya di kawasan luar bandar dan separa bandar... Apa pun jumlah undi yang akan didapati oleh Zahid Hamidi di Bagan Datoh akan berkurangan walaupun masih kekal memenangi kerusi tersebut. Tapi beberapa DUN di Parlimen Bagan Datoh akan dipegang oleh PAS.

Di Pekan Pahang, Najib Razak dijangkakan akan memenangi kerusi tersebiut walaupun dengan majoriti yang rendah.. Kita boleh ucapkan terima kasih kepada PAS kerana akan memecahkan undi pada kadar yang besar di Pekan.

Kerusi Parlimen Shah Alam pula dijangkakan  akan jatuh ke tangan UMNO/BN dengan perbezaan undi yang amat sedikit pada sekitar 5 hingga 7% sahaja... undi di Shah Alam akan dipengaruhi oleh sentimen yang akan dimainkan oleh PAS.

Bagi kerusi yang ditandingi oleh PSM di Sungai Siput, Jeyakumar (PSM) akan kalah dengan majoriti tipis sekitar 2 hingga 5% sahaja.. dan kerusi tersebut akan kembali ke MIC/BN.

Di Terengganu, UMNO/BN akan menguasai jumlah kerusi yang maksimal pada kerusi Parlimen manakala kerusi DUN oula akan bercampur-campur dimana UMNO/BN masih menguasai jumlah kerusi majoriti. Abdul Hadi Awang pula kali ini dijangkakan akan hilang sekitar 300 hingga 1 ribu undi namun masih kekal memegang kerusi Parlimen Marang.

Di Kelantan, UMNO/BN dijangkakan akan memenangi lebih 75% kerusi DUN pada perbezaan jumlah undi yang minimal dan mereka kini boleh mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan dari PAS. Kerusi Parlimen pula dijangka bercampur-campur dimana Razaleigh akan kehilangan hampir 2000 ++ jumlah undi yang biasa dimilikinya. Husam Musa pula akan kehilangan kerusi DUN Salor yang selama ini dipegangnya. Calon PSM DUN Kota Lama (Khairul Nizam Ghani @ AdukaTaruna) pula dijangkakan akan hilang deposit pilihanraya.

Semua kerusi yang diperuntukkan kepada AMANAH dijangkakan akan kalah pada PRU14 ini hanya dengan perbezaan undi yang sedikit. DAP pula akan hilang hampir 25 hingga 30% kerusi yang mereka tandingi terutamanya dikawasan bandar dan sub bandar. Parti BERSATU pula dijangkakan memenangi hanya 3 hingga 7 kerusi Parlimen yang diperuntukkan untuk mereka.

Di Sabah, Parti Warisan akan mengungguli jumlah kerusi Parlimen walaupun dengan majoriti yang amat tipis akan tetapi masih gagal memenangi jumlah kerusi majoriti bagi DUN. DAP dijangkakan akan menang hanya 1 kerusi manakala PKR akan kalah di semua kerusi yang dipertandingkan. Manakala di Sarawak kekal menjadi deposit tetap bagi BN.

Tapi ini semua adalah analisa dan kajian setakat hari ini dan minggu ini, segalanya akan berubah dengan drastiknya pada minit-minit terakhir kempen PRU14.

Sekian....

11 comments:

  1. bro cipantapirtenuk..

    bg la ulasan dari agensi hang pasai pensyarah palestine yg kena tembak mati tu.betoi ka mossad punya kerja..atau geng lc merah hitam.
    satu lg,dlm analisa terbaru tu,umum sangat.takda ke pecah ikut parti untuk seat parlimen.
    hp anak aku ni.aku guna anoy.tapi aku buh nama kt bawah.

    naimutalib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu analisa yang boleh dikatakan sangat2 rasional.
      BN akan menang tetapi bukan secara adil.

      MENANG pru13..TIPU.
      mungkin akan menang pru14..
      macam biasalah,
      hasil penipuan yang dijalankan oleh balaci najib iaitu Suruhanjaya Penipu Rakyat..

      Delete
    2. aduhai....
      andai betullah analisa yg bakal terjadi, mmg kecewa sgt2 sbb menang dgn cara tipu & helah
      pemimpin menang hanya sbb tamak & pentingkan diri/kaum kerabat mereka

      often wonder, how do they sleep at night?

      haishhh.......

      Delete
  2. kalau macam ni result pru memang aku kecewa sikitlah... sebagai seorg yg trlibat dlm pertanian memang terasa beban untuk tampung kewajipan isi rumah sejak 7-8 tahun ni. Buat lagi 2-3 kerja smpingn itu pun cukup2 utk simpanan emergency. sebagai seorg non-partisan yg tak pernh pegi mana2 ceramh politk tapi masih ambil tahu isu gst,1mdb dan sbginya, tempat aku tinggal di selangor nie memng nmpak ade beza positif sikit dari masa BN perintah dulu. dari segi infrastruktur dn sbagainye.
    Mengharap orang politik yang tidak korup adalah mimpi, tak kiralah bn ke atau pakatan tapi at least aku nak bagi PH tunjuk apa die boleh buat , kalau tak ok aku tukar balik.
    Org mcm aku tak menghrap byk, tkde duit boleh usaha sndiri selagi mampu...tp bile faktor luaran terlalu menekan sampai byk sgt bende kene bercatu kdg2 rasa hopeless. baja naik harga,racun naik harga, sawit turun harga, bendang turun hasil ,ikan kembung 16 sekilo dh jadi perkara biasa dan itulh realiti yng akan diteruskan utk 5 tahun akan dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh kan....
      nak cukupkan rezki utk keluarga kdg2 tersentut juga...

      belum masuk lagi hal pelajaran, pendidikan & kesihatan yg nampak sayup2.....
      bila dgr keluhan pesakit warga emas/marhaen dtg ambil ubat setiap bulan...

      haissshhhh........

      Delete

  3. Salam CAHAYA Cinta-NYA..

    Ddlm setiap diri manusia yg tlh diciptakan ada sumber CAHAYA drp-NYA. Sumber CAHAYA drp-NYA itu tersembunyi ddasar HATI yg pd hakikat HAKIKInya bg setiap individu itu sememangnya sgt2 n amat2 "dahaga"kan CAHAYA trsbut..

    CAHAYA drp-NYA itu sgt2 mudah tertutup n terhalang oleh kebatilan dan kepalsuan atau "EGO"-pangkat-darjat-title2 kemuliaan kebesaran dan kekayaan yg dicerna/direka n dibangga2kan oleh sesama manusia DEMI utk merendah dan membodohkan n berBOHONG keatas manusia yg lain selain drp kelompok mrk..

    Sbg cth, mrk sesama mrk membentuk kelompok yg mrk dakwa sbg 'ulamak' lalu dgn itu sgt2 mudah utk mrk "ter-prasan" SUCI mulia n tinggi utk memandang rendah dan memandang bodoh org2 yg slain drp kelompok mrk...apatah lg bila satu kelompok TIGGI dari kayangan diatas kelompok 'ulamak' itu tlh mengiktiraf dgn mmberi sijil/watikah serta title2 yg dgn jls tanpa mrk sedari tlh pula "memBODOH"kan mrk yg bergelar ulamak itu..bukankah ini terang2 mnjd kasta pemBODOHAN n pemBOHONGAN!?

    Kita semua tahu betapa imam2 sprt imam Syafie dan Hambali tidak mahu mndpt layanan dan pengiktirafan title2 drp pemebesar2 n DEWA2 krn mrk TIDAK mau direndahkan n "diperBODOHkan" oleh sesama manusia, hatta mrk sendiri tidak PERNAH mendakwa diri mrk sbg ulamak n mungkin hanya murid2 n pengikut2 mrk @ penulis2 sjarah shj yg mnggelar sedemikian.

    Juga tlh dikhabarkan ddlm hadis bhw nabi Isa as akan turun utk membunuh Dajjal...so kita WAJIB mencari definasi/MAKNA/erti Dajjal=pemBOHONG itu!

    Dan kita juga WAJIB mengkaji ciri2 sifat2 ISTIMEWA terperinci nabi Isa as itu, kenapa akhirnya beliau disalib yg berpunca drp perancangan jahat DEWA pembesar2 n golongan2 Rabbai/Agamawan/ulamak2 Yahudi pd wktu itu..

    Nabi Isa as terkenal sbg seorg yg sgt2HUMBLE sgt2 sederhana very2FRIENDLY yg sggup makan dan tidur bersama2 haiwan kucing n anjing..Isa as juga sgt2 menyantuni ALAM n tumbuh2an..dan Isa as TIDAK pernah tau n TIDAK pernah smaskali tunduk kpd apa jua yg disebut sbg protokol2 utk manusia merendah= memBODOH= menDajjal= berBOHONG sesama manusia! wow! n inilah CAHAYA!!

    Itulah CAHAYA CAHAYA n CAHAYA Cinta-NYA yg tlh dibawa oleh Isa as kpd seluruh umat manusia, dan CAHAYA itulah yg sgt2 n amat2 diTAKUTI oleh Dajjal sipemBOHONG yg dah pon jls n terang ddepan mata kita skrg!!!

    Dan CAHAYA Cinta-NYA itulah yg pasti dpt membunuh Dajjal=pemBOHONG pendusta dan seluruh tentera aparat2nya diatas muka bumi ini..

    Dajjal tak perlukan 'pedang' Isa as utk mmbunuhnya, 'pedang' itu hanyalah "metafora" semata2 krn CAHAYA Cinta-NYA yg tlh dibawa oleh Isa as itu adalah sbnr2 smutlak2 KBNARAN HAKIKI drp TUHAN yg maha2TAJAM...n apb CAHAYA-"kesedaran" trhdp smutlak2KBNARAN itu muncul ddlm HATI anak cucu Adam maka Dajjal=pmBOHONG itu akan 'mati' dgn sendirinya(takde sapa yg pedulikan lg) lalu pengaruh n kuasa mrk akan lenyap n pergi..



    dLIGHT ofLUV..

    dLIGHT ofLUV... is in me
    dLIGHT ofLUV ...is in u too
    s what u SAY-intently, u shall b
    in dLIGHT ofLUV, we r dWINNER selalu


    Lets dLIGHT ofLUV shines in u n in me together, so dQUANTUM-LIGHT-ofLUV will shine even stronger among us myLV my dearestONE ha ha..

    Believe dLIGHT ofLUV in ur HEART s dGREATEST gift from GOD inside u NOW rightNOW..imagine IT n SAY IT loud n clear so to share IT with others in this country n on this planet too..

    Remember n BELIEVE s what u give or SAY u'll get double n more..n what u SAY-intently u shal be, my dearestONE hmm..

    We r ONE(AHAD) s dONE family of dLIGHT ofLUV 4 NOW n owez'll be, so I LUV U, I LUV U, I LUV U I LUV U hu hu..






    ReplyDelete
  4. Ini strateji undi hari rabu..pengundi2 luar xsempat nk blk mengundi terutama yg bekerja di Sing..apa blh buat BN ada kuasa..

    ReplyDelete
  5. Relax2..jgn gelabah bro kita ni cuma xmau kita amek mudah..dok jauh mna pun kna blk undi..jgn amek mudah dok harapkn org ja buat keja,kita pun kena buat keja sungguh2,jgn dok berdoa ja..

    ReplyDelete
  6. Bos...gua follow Vsr dr dulu lg..pru13...u memg terbail

    ReplyDelete
  7. macam tak logik langsung je bro cipan. gua bukan nak bangkang ala walaun pas cuma dr penerangan dr IDE invoke lebih berfakta dan berperincian bro punya just kasi diagram dan ulasan karangan. jgn marah arrr

    ReplyDelete
  8. Kuasa Allah s.w.t segalanya, knelh terima dgn penuh rsa syukur xkira spa yg menang. Ada hikmah disebaliknya atas apa yg berlaku.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja