Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 April 2014

Bertenang : Tunjukkan Islam Itu Rahmat Seluruh Alam

Bhai/DeeDee semua...

Gua memang tak berminat nak komen mender pasai isu perebutan anak antara saudara seIslam kita dengan bekas isterinya yang masih belum kembali kepada fitrah...

Tapi...


Ramai kengkawan yang dok tanya pandangan gua bab ini... Pada gua... Saudara Izwan Abdullah ini ader melakukan satu kesilapan yang boleh dikatakan agak besar...

Pertamanya... Tindakan yang dibuat olehnya aderlah agak kasar dan tidak melambangkan Islam itu sebagai Rahmat Seluruh Alam... Dan tindakan ini juga akan menjadikan Islam dilihat agak kejam dan tidak bertoleransi serta tidak rasional..

Memanglah kita faham saudara Izwan mahukan anaknya memeluk Islam seperti dirinya... Tapi ini sepatutnya tidak menjadi satu pemaksaan.... Tambah lagi dengan pendaftaran perkahwinannya telah dibuat mengikut undang-undang sivil..

Oleh itu... Apa yang patut dibuat olehnya adalah dengan bertindak bijak... Iaitu secara lembut dan secara berterusan hadir pada setiap perjumpaan dengan anaknya ... Dan dari masa ke semasa memberikan tarbiah secara "minda dibawah sedar" kepada anaknya dan juga bekas isterinya.. Sakit pening anak dan bekas isterinya juga selayaknyer saudara Izwan Abdullah mengambil berat... Tunjukkan bahawa Islam itu Rahmat Seluruh Alam...

Malah.. Kalu dier berterusan membayar nafkah kepada bekas isterinya dalam masa yang sama mengambil berat akan kehidupan bekas isterinya.. InsyaAllah lambat laun hati isterinya akan tertambat dengan keindahan Islam itu sendiri dan seterusnya dengan rela hati akan bersama mengucapkan dua kalimah syahadah...

Ingat... hidayah itu adalah milik Allah Taala... Dan bila-bila masa Allah Taala boleh dan akan mengurniakan hidayah... Saudara Izwan Abdullah kena memperbanyakkan doa kepada Allah Taala supaya hati bekas isterinya dilembutkan dan seterusnya menerima Islam sebagai AdDeen...

Pada pandangan gua... Walaupun saudara Izwan Abdullah telah memperolehi hak penjagaan anak di Mahkamah Syariah... sebaiknyerlah dier memulangkan kembali anaknya kepada bekas isterinya dan ambil tindakan berbaik-baik... 

Ingat.. Tak kisahlah pada umur berapa anaknya akan menerima Islam sebagai AdDeen.. Pada umur 15 tahun ka... 20 tahun ka... 35 tahun ka... Atau pada umur 40 tahun ka... Yang penting anaknya nanti akan melihat keindahan Islam dan akhirnya akan menerima Islam sebagai AdDeen...

Cuba tunjukkan bahawa walaupun dier sudah memeluk Islam... namun sebagai bapa dia akan terus mengambil berat atas keperluan anak-anaknya yang masih dijaga oleh bekas isterinya... Tunjukkan sikap baik dan tunjukkan juga Islam itu Rahmat Seluruh Alam dengan berterusan memberikan nafkah kepada bekas Isterinya ...

Moga-moga Allah Taala membuka hati isterinya untuk menerima hidayah dari Allah Azza Wajalla... Tuhan Semesta Alam.... Tuhan Yang Menguasai Segala Kerajaan...

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...

4 comments:

  1. Setuju dgn pendapat Tuan, sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT. Hatta nabi SAW pun tak mampu berikan hidayah kerana ia milik mutlak Allah SWT. Harap saudara Izwan Abdullah berhemah dlm menangani masalah ini dan sebagai saudara baru masih perlukan banyak bimbingan lagi. Janganlah diikut perangai umno yg mengaku Islam tetapi Islam dipermainkan dlm kehidupan.

    Semoga Allah SWT berikan hidayah kpd bekas isterinya dan anak-anaknya, InsyaAllah.

    abuamir

    ReplyDelete
  2. Islam memang dimusuhi oleh puak manusia yang bencikan peraturan yang tidak sama dengan selera nafsu manusia yang kebanyakan lebih suka ikut kehendak bisikan iblis

    ReplyDelete
  3. Ulasan yg berhikmah...sepatutnya saudara Izwan menghayati isi kandungan perjanjian Hudaibiyah yg nampak berat sebelah dan ditentang mulanya oleh para Sahabat tapi Baginda RasuluLLAH nampak hikmah disebaliknya...semuga saudara Izwan terbuka memulangkan kembali secara baik..INSYAALLAH akan dipermudahkan di kemudian hari....

    ReplyDelete
  4. pernah terbaca ulasan dari adik kepada bekas isteri saudara izwan...bekas isteri si izwan ni hindu...adik bekas isteri die sudah memeluk Islam...adik bekas isteri die juga sbnrnya tidak setuju dengan cara izwan sbb nmpk kasar and x sesuai

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1