Camnie la... Gua tak tau ngan pandangan lu orang sumer... Tapi gua akan tunduk skit hormat kat jenazah.. tak kira jenazah siapa pun... Bukan kerana gua hormatkan sipolan bin sipolan atau sipolan anak kepada sipolan... Tapi gua hormat kepada jasad/roh/nyawa yang suci milik Allah Taala... yang mana Allah Taala telah membuat yang terbaek selayaknyer untuk manusia tue...
Maha Suci Allah Taala atas segala penciptaan dan segala kejadian...
Tapi... Mungkin akan ader orang yang kata... Pui... Sesat ya'amat gua nih... Hahaha... So kepada orang yang berkata tue... Gua just nak tanya satu jer...
Kalo Sultan dan Raja datang depan lu... Lu angkat sembah tak??? Hahaha... Kalo lu angkat sembah aaa.. baik lu jangan sembang kencang banyak nak kondem gua...
Angkat sembah kepada Sultan dan Raja tue lagi sesat bhai... Syirik... Berdosa besar sebab menyembah selain dari Allah Azza Wajalla... Tak kira la lu Mufti ka... Ostad ka... Ulama ka... Tapi kalu dah angkat sembah kepada Sultan dan Raja... Maka sohih la lu orang lagi sesat...
Ini semua kerja syirik menyembah manusia bergelar Sultan dan Raja... Sultan dan Raja berak dan kentut macam lu jugak... Kalo kencing haring gak... Darah dier merah samer macam kiter gak... Kalo kena lastik pon sakit jugak... So aper kejadahnyer nak sembah manusia bergelar Sultan dan Raja nih...
Rasulullah s.a.w dulu pon takder saper manusia yang sembah dier... Even Isa, Musa, Ibrahim dan Noh dulu pon takder saper sembah diorang... Lu ader baca mana-mana riwayat tak yang citer ader manusia yang sembah Adam alaihissalam... Takder kan... Sebab diorang tue sumer manusia... Tidak layak disembah... Melainkan Allah Taala sahaja yang selayaknyer disembah...
So... Aper macam pak Mufti, Ulama dan Ostad sumer dok sembah Sultan dan Raja nih.... Syirik la wei... Syirik... Stakat nak tunduk hormat skit boleh ... Tapi bukan hormat kat diorang... Cuma hormat kat jasad/roh/nyawa yang suci milik Allah Taala tue sajer...
Ader paham ka???
P/S: artikel nih ditulis sementara gua menunggu sesi soalsiasat di Bukit Aman pagi ni... Hahaha... Skali skala kena siasat aper ader hal...
soal siasat dunya selagi belum mati dah mati ada lagi satu sesi soal yang amat ditakuti oleh semua makhluk ciptaan Allah. tidak ada lagi alasan untuk lepaskan diri masing masing
ReplyDeletekat dunya boleh tekencing kat akhirat nak kencing pun dah jadi telupa
tukang baca talkin je tak gentar dan takut...
Deletenampaknya macam tu la
Deletetapi dalam hati dia pun banyak takut jugak
hahaha.......terbaik bhai.......wa tabik spring ngan lu....toingggggggg
ReplyDeleteSetakat tunduk hormat kpd jenazah bukan islam, itu memang dibenarkan dan ada ditunjukkan oleh Nabi saw sendiri. Memberi ucapan takziah dan simpati pd keluarga simati juga adalah harus malah digalakkan. Yg dipersoalkan adalah kewajaran mengirim doa buat roh simati bukan beragama islam. Tiada nas mendoakan untuk roh simati bukan islam pernah dilakukan atau digalakkan oleh Nabi saw. Ada perbezaan antara tunduk atau berdiri memberi hormat kpd simati dgn mendoakan rahmat, aman dll yg sewaktu dgnnya untuk roh simati bukan islam. Jangan keliru pula dgn mencampur aduk kedua-duanya.
Deletesaya anak lelaki tunggal dilahirkan oleh ibu bapa bukan islam.persoalanya betulkah saya akan dianggap ahli neraka sekiranya saya menunaikan tanggongjawab urusan jenazah ibu bapa saya sekiranya mereka meninggal dunia satu hari nanti?adakah saya dianggap tidak islamic[berdosa] kerana memberi bantuan kewangan setiap bulan kepada kedua ibu bapa saya yang sudah tua,sedangkan saya tahu dengan bantuan itu,ibu bapa saya akan membeli khinzir serta peralatan menyembah dewanya?.saya tidak mahu jadi anak durhaka jauh sekali ahli neraka.
ReplyDeleteAdalah diandaikan anda islam beribu-bapakan yg belum islam ketika hayat mereka dan bukan islam ketika meninggal nanti.
DeleteUrusan menyempurnakan jenazah oleh sesiapapun termasuk sianak yg islam untuk orang tuanya yg meninggal sebagai bukan islam, boleh disertai hanya setakat tidak melibatkan diri dlm upacara keagamaan shj. Sama juga tidak memakan makanan tidak halal, berjudi dan sebagainya yg jelas hukumnya tetap haram.
Membantu dari segi kewangan mahupun tenaga kpd ibu bapa yg belum islam adalah sepatutnya dilakukan sebagai bakti anak kpd orang tuanya. Tidak berbangkit masalah kemana wang itu akan digunakan oleh mereka. Pd masa yg sama, sentiasa memohon pd Allah supaya diberikan taufik dan hidayah kpd ibu bapa yg belum islam supaya dapat menerima islam sebagai anutan. Selebihnya serahkan kpd Allah.
Penerangan ini hanya secara asas sahaja. Ia tidak cukup sempurna dan anda disyorkan bertanya terus dgn tokoh agama islam yg berwibawa. Wallahu'alam.
terima kasih anon april 22,2014 at 3.41,penjelasan ini memberi isian yang saya cari.rata rata semua orang memberi gambaran yang datangnya dari mereka yang berkulit dan wajah islam tanpa mengambil kira perasaan saudara baru islam.memangnya saya tersepit diantara kasih allah dan sayang pada kedua ibu bapa saya.sebagai anak lelaki dan anak tunggal pula mana mungkin saya boleh abaikan mereka yang telah melahirkan dan membesarkan saya dengan upahan buroh kasar.. apa pun mereka tetap ibu bapa saya walau pun mereka sekeras kerasnya membangkang serta menolak anutan islam saya.inshaallah saya akan terus doakan mereka,terima kasih allah.amin.
DeleteJika tunduk hormat pada jenazah bukan islam adalah diharuskan malahan pernah dilakukan oleh Nabi saw sendiri dgn berdiri untuk menghormati jenazah. Yang dipersoalkan adalah mengenai kewajaran mendoakan kpd roh simati bukan islam itu supaya dirahmati, aman dll yg sewaktu dgnnya. Tidak menjadi salah juga, malah digalakkan memberi ucapan takziah atau menziarah serta menunjukkan simpati kpd keluarga simati sama ada mereka itu islam atau tidak.
ReplyDeleteAda 2 perkara yg jelas berbeza diperkatakan mengenai perlakuan/tindakan terhadap simati iaitu:
a) Tunduk atau berdiri memberi penghormatan kpd simati bukan islam
b) Mendoakan untuk roh simati bukan islam itu supaya dirahmati
Ia jelas berbeza yg perlu peka dan janganlah keliru dgn mencampur-adukkan kedua-duanya.
setahu aku tang doakan org bukan Islam tu boleh... cuma ketika dia masih hidup la... mohon diberikan petunjuk dan hidayah... kalau salah tolong btulkn...
ReplyDeleteIbaratkan seorang doktor islam memberi rawatan kpd pesakit bukan islam. Doktor mestilah sedaya upaya dgn ikhlasnya membantu pesakit dgn memberikan rawatan untuk pulih. Sekiranya pesakit itu meninggal yg ada hanyalah jasad, perlu juga dilayan jasad itu sebaik-baiknya. Tentang roh pula, ia bukan lagi urusan doktor tersebut. Wallahu'alam.
DeleteBetullah tu, apa salahnya mohon diberikan petunjuk ketika mereka masih hidup. Mengatakan yg baik pd simati berbeza dgn mendoakan simati. Mengatakan yg baik cthnya simati banyak buat jasa, beri nasihat, rajin, tidak sombong dsbnya dan ini bukannya merupakan doa. Dgn berkata baik pd simati seumpama inilah yg dapat melembutkan mereka yg lain belum islam itu.
DeleteDoa pula merupakan pemohonan kebaikan untuk roh simati. Perlu ada pencerahan yg mudah difahami untuk membezakan antara dua perkara tersebut.