Petang tadi ader sahabat tanya gua..... pastue ader sorang pembaca blog nih pon tanya gua .... soklan yang samer... sajer jer gua takmo tulis dalam artikel gua yang sebelumnyer... sajer nak bagi lu orang jangan laju sangat aaa.,... ikut speed limit aaa...
Hahaha
Sebelum tue... sila baca artikel nih bagi sesiapa yang baru nak mengikuti episod insiden kapal tangki hilang nih... Hahaha
- Isu kapal tangki hilang (Episod 1)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 2)
- Isu kapal tangki hilang (Episod 3)
Okeh..... Dua soklan yang gua ditanyakan aderlah..... "Biasa atas kapal tangki macam nih ader berapa bot penyelamat?" ....... Hahaha... ini soklan cepumas nih bhai.,... memang cepumas..... Hahaha
Jawapan gua aderlah camnie..... Gua nak bagi lu orang paham sikit macam mana rupabentuk susun atur kapal tangki..... Okeh.... biasanyer dibahagian belakang kapal (orang panggil buritan kapal ... wei jangan gelak la wei)..... ader beberapa dek bertingkat..... paling bawah sekali aderlah dek engin (Engine Room) ... kendian biasanyer akan ader dek maintenance dan dek pelbagai diatas dek engin nih...
Lepas tue diatas dier akan ader dek kuarters (living quarters).... dan jugak dek kantin...... atas dek ini barulah ader dek Anjung (Bridge) .....ini la tempat dimana Kapten kapal nak handle navigate kapal.... dan inilah tempatnyer dimana semua peralatan komunikasi dan elektronik ditempatkan....
Tak semua design camnie... tapi lebih kurang camnie la... Aper pon... inilah tempat yang dipanggil "HABITAT" oleh sesetengah mariner.....
Dan untuk pengetahuan lu orang.... bahagian habitat ini biasanyer takkan lebih dari 20% dari keseluruhan kapal tangki... selebih tue dibahagian tengah sampai ke bahagian depan aderlah hollow... yang dipasang sesekat untuk simpanan minyak.... setiap satu sesekat biasanyer dalam 100 tan isiannya paling kurang kalu tak silap gua la... Hahaa... lu kena cek dengan drawing kapal tangki tue la... lain kapal lain designnya.....
Jadi.... kawasan yang berisi minyak nih biasanya dikawal oleh sensor dan valve.... sama macam kat atas platform atau onshore tank..... dan semua maklumat dihantar secara online ke Anjung (Bridge) ...... dimana akan ada sistem untuk monitoring.... macam sistem yang dibekalkan oleh YOKOGAWA ker...... Hahaha... Orang kerja Oil and Gas mesti tau pasai YOKOGAWA DCS (Distributed Control System) nih.... hahaha
So..... Bagi kapal tangki macam nih.... dimana "HABITAT" hanya merangkumi 20% jer dari keseluruhan kapal... maka bot penyelamat yang warna oren itu akan diletakkan berhampiran dan senang diakses... dimana ianya mesti berada bersama "HABITAT" ... So.... bagi sesebuah kapal tangki.... dalam kes ini MT Orkim Harmony .... Bot Penyelamatnyer cuma ader satu jer dibelakang kapal dan sentiasa dalam mode "Ready To Deploy" ..... Hehehe.... Bot nih kapasiti orang boleh isi standard dalam 25 orang paling kurang... dengan berat setiap orang diletakkan pada kadar 100kg (Mengikut SOLAS 1974)....
Gambar di Pelabuhan Kuantan |
Maka.... Kalu lah benar lanun yang menawan kapal MT Orkim Harmony dapat lolos dari kepungan kapal TLDM yang dipantau oleh PASKAL. dengan menggunakan bot penyelamat warna oren... pastinya bot penyelamat yang ada pada Kapal MT Orkim Harmony tersebut telah hilang dan bukan seperti yang kiter boleh lihat di Pelabuhan Kuantan masih berada dalam mode "Ready To Deploy" diatas kapal tersebut....
Hahahaha.... something wrong somewhere la kawan.... Hahaha..... Dan seperti yang gua selalu kata... kalu nak plan mender pon... kena la professional.... Hahah..... Penat la layan sinetron cam tak siap jer nih... Siapa pengarah filem nih aaa.... Takkan la Azwan Ali kot?? Hahahaha
P/S : Sekadar nak bagitau yang Episod 5 sedang dikarang sebab ader maklumat dan fakta yang gua nak kemukakan... Nanti boleh baca kat blog nih... Hahaha
First! Bhai C++, aku sentiasa ikuti blog ko.. Kenal aku tak? Aku asal marang, bukan kg rhu muda - itu tghhh punya tempat, ok. Tp marang kat mana? Jeng jeng jeng.. Cuba teka kg chendering atau kelulut atau bukit payong? Makcik gemok sihat lagi tak?
ReplyDeleteTahukah anda, mengikut solas 1974, lifeboat dan rescue boat mempunyai spesifikasi yang berbeza. Kedua dua bot ini adalah wajib dibawa oleh kapal yang belayar di lautan. Bagi Orkim Harmony, bot berwarna oren di buritan itu adalah life boat. Rescue boat pula sepatutnya berada di sebelah sisi habitat.
ReplyDeleteBhai Anonymous...
DeleteYer betul.
Kalu mengikut SOLAS 1974 memang ada keduanya patut dibawa bersama. Tapi bhai kena ingat.... lifeboat biasanya berada dalam spesial compartment yang akan dibukak semasa kecemasan... dan ianya cuma ader pendayung dan flare gun sahaja... tiada injin ... Biasa Lifeboat ader berbentuk bulat berbumbung kon ataupun berbentuk macam sampan panjang... dan juga berwarna kuning/oren... Memang betul lifeboat ader di kedua-dua belah kapal pada kebiasaannya....
Tapi bukan pada Rescue Boat.... yang ini wajib kena ada enjin...... dan itulah yang ada pada belakang buritan kapal (berwarna oren sahaja) dan berkemampuan membelah ombak pada kelajuan 5 knot....
Jadi kalau mengikut cerita yang dihavockan dalam media.... pastinya lanun tersebut menggunakan Rescue Boat dan bukannya Lifeboat... sebab agak mustahil dalam masa 5 jam mereka boleh mendayung Lifeboat begitu jauh dari Kapal Tangki dalam keadaan laut yang gua jangkakan mempunyai ombak setinggi 1 hingga 2 meter paling kurang...
Apa-apa istilah pun yang digunapakai.... betul kapal ada dua jenis kemudahan ini... tapi satu ada injin dan satu lagi tiada injin.,.... Dan orang ramai perlu diberi penjelasan mengenainya.... supaya jelas jalan ceritanya.
Thanks kerana membawa point ini...
"lifeboat biasanya berada dalam spesial compartment yang akan dibukak semasa kecemasan... dan ianya cuma ader pendayung dan flare gun sahaja..."
DeleteDefinisi ini lebih tepat merujuk pada 'life raft'. Life boat, life raft dan rescue boat adalah 3 benda yang mempunyai spesifikasi berbeza.
Anyway bhai, gua bukan nak kondem post lu. Gua cum nak betulkan fakta berkaitan maritim sebab gua baru je 10 tahun dalam industri ni. Kadangkala banyak terma2 seperti lifeboat, rescueboat, liferaft, distress dan lain2, bila diterjemah ke bahasa malaysia, akan memnyebabkan kekeliruan. Kipidap bhai.
ReplyDeleteSiri memperbodohkan rakyat berlaku lagi ke....episod seterusnya apa lagi..bilalah malaysia ni nak ada pengarah drama yang bagus2..
ReplyDelete