Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

28 June 2015

Lawaklah Nasruddin Hassan Tantawi

Bhai/DeeDee semua....

Gua cuma gelak jer dengan pandangan dari Nasruddin Hassan Tantawi berkenaan dengan isu kononnya laporan media sosial dan portal adalah spin sahaja.... bukanlah perkara dan isu yang sebenar... Hanya disebabkan Nasruddin Hassan Tantawi ada buat satu sesi dialog dengan ahli PAS maka disimpulkan itulah hasil sebenar kajian lapanga....

Hahaha.... Kalu camnie la persepsi Nasruddin Hassan Tantawi... gua tak dapat kata aper melainkan gelak jer semata-mata.... Hahaha... yer la... buat kajian lapangan ngan geng-geng sekepala... mestilah hasilnya sekepala gak... Hahaha... giler siot... orang kalu buat kajian lapangan... akan selidik secara random.... dan dapat maklumat yang hampi tepat tanpa mendedahkan siapa diri sebenar,,,

Aper pon.... lantak pi la kat mamat sorang nih... Dier rasa dier akan secure pada PRU14 kot... hahaha.. pengundi akan sokong dier ka?? Hahaha


Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa laporan portal dari media baru di internet menyediakan kepada akar umbi PAS dengan maklumat yang mana bukan sahaja salah tetapi juga berat sebelah.

"Sebanyak 80 hingga 90 peratus laporan mereka dan cara mereka melaporkan adalah spin (putar belit) daripada cerita yang betul," kata Nasrudin kepada kira-kira 200 hadirin dalam ceramah di Markaz Operasi PAS Pongsu Seribu di Kepala Batas semalam.

Nasrudin membuat rumusan tersebut berdasarkan pengalaman beliau sendiri di lapangan.

"Dua hari lepas, saya menghadiri satu dialog dengan ahli PAS di Alor Gajah dan Jasin di Melaka. Ada di antara mereka yang menyoal mengapa, selaku ketua penerangan parti dalam muktamar, saya mencabar DAP berlawan siku dan lutut.

"Saya menyoal mereka sama ada mereka hadir muktamar parti, dan mereak kata tidak. Mereka beritahu saya mereka baca mengenai kenyataan saya dalam Malaysiakini dan The Malaysian Insider," kata MP Temerloh itu.

"Sejak muktamar itu hingga sekarang, kenyataan yang paling ramai cakap ialah berkaitan siku dan lutut," katanya Nasrudin.

Beliau merujuk kepada ucapannya dalam Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor ada 5 Jun yang mana beliau dipetik sebagai berkata sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

"Dia (DAP) tampar kita banyak kali. Bila kita kata jangan tampar pipi kanan sebab pedih, dia tampar pipi kiri. Kemudian dia tampar bertalu-talu. Akhirnya kita tampar dia sekali, baru dia tahu bahawa kena tampar itu sebenarnya pedih.

"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya ahli parlimen Temerloh dalam muktamar itu.

DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran langkah unilateral beliau untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen.

Susulan itu, perwakilan PAS menerima cadangan oleh Majlis Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang membawa kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah "mati".

Nasruddin menjelaskan bahawa dia tidak pernah bermaksud mereka kenyataan untuk menjadi amaran atau ancaman kepada DAP.

Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan bertujuan cuba untuk mempertahankan PAS, menggesa pengkritik parti itu tidak menghina atau memperkecilkan perjuangan PAS.

7 comments:

  1. kalau tak sungguh, orang tak XXXX. Baru la ni hampa gila meroyan..kah kah kah KITA KAN DAH KUAT.

    ReplyDelete
  2. sama ler cam presideng dia. buat kenyataan tak guna otak. bila kena serang terus kluk klek flip flop mambo jambo. tuduh org lain yg silap dengar.

    skrg si hadi kluk klek dah gelar semua yg tak sokong hudud (sebut sokong dia) sbg anjing, serigala. dulu ada yg dah kena barua, broker dan tolol.

    tetiba dlm bulan ramadhan karim, sedang aku berposa, aku kena cop jadi anjing yg najis....

    kita tak boleh ckp main serkap jarang. bila kita buat tuduhan secara blanket tanpa filtering, sesiapa yg termasuk dlm serkap tersebut berhak utk di adili dipadang masyar nanti. bygkanlah brp juta rakyat Malaysia yg akan menuntut dgn hadi nanti?

    ReplyDelete
  3. nak wat camner xcukup oxygen disebabkan besar serban...hehe
    orang macam ni pulak dilantik ketua penerangan...alahai PAS AlHadi

    ReplyDelete
  4. nak heboh senang saja orang Islam buat kenyataan menentang Islam atau nak laksana hukum Allah oi bukan main lagi media media berebut nak siar
    jangan terpedaya dengan ejen dajai

    ReplyDelete
  5. sebab mahfuz omaq pun takut kena gelaq anjing serigala maka dia akan sertai G18.(full stop) katanya.biasa la takut nanti keluaq pas.pekok sena telepaih kt ubn.miss suru la.aqku duk agak dah dia jenih mesra pas walaupun kalah.wala' katakan.nak buat cam na tu hak dia.

    ReplyDelete
  6. punca masalah kerana hadi byk bohong dalam sepakatan PR.

    kemudian hadi byk ponteng mesyuarat pemimpin PR

    kemudian hadi menjauhkan diri semua majlis bersama pakatan

    ini menyebabkan DAP tk puashati dgn hadi dan putus hubungan dgn hadi sorang je

    patutnya hadi perbaiki kesalahannya itu

    jika sudah tk selari dlm PR, hadi patut bincang utk bawa PAS keluar.

    tapi urusan secara rasmi tidak berlaku utk semua perkara itu, maka jadilah ianya perang PAS-DAP

    jika ada sedikit kebijaksaan dan tiada niat terselindung, seorg pemimpin berkarisma mesti dpt menyelesaikan masalah dpd menjadi besar.

    dlm keadaan perang, org tknk tau apa niat tantawi sebut lutut dan siku.

    maka org blh guna perkataan itu ikut tafsiran sendiri. walaupun tk tepat tp ia adalah bahan utk perang kan.... so tkkisah lah maksud sebenar, yg penting ia senjata dlm peperangan

    pemimpin mesti waras dn bijak.. kecuali kebendaan sudah mula menyelinap dlm perjuangan

    wallahualam

    ReplyDelete
  7. Kalau pemimpin PAS pasca Muktamar ke- 61 terlalu bijak dan terlebih oksigen dalam otak, maka aku nak tanya mereka cuba sebut satu perkara sahaja apa yang DAP telah tampar (ganggu) mereka?

    Cuma satu sahaja........(Tolong nyatakan).

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1