Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

21 March 2014

MH370 : 9 Jam Pertama

Bhai/DeeDee semua...

Dalam 9 jam pertama selepas pesawat MH370 didapati hilang daripada imbasan radar awam sehingga ianya diumumkan adalah satu masa yang agak panjang... 

Dari lokasi asal pesawat dikesan hilang... Ianya cuma mengambil masa tidak sampai 20 minit untuk pesawat MH370 kembali ke persisiran pantai Kelantan/Terengganu. Mengikut kiraan masa, sekitar pukul 2, pesawat itu boleh mendarat di Gong Kedak.

Sebagai pilot yang professional, Kapten Zaharie pastinya lebih arif tentang lokasi-lokasi lapangan terbang terhampir sekali yang kurang impak kepada penduduk awam.

Amatlah tidak logik sekiranya Kapten Zaharie mengambil keputusan menerjah atas daratan pada jarak yang jauh menuju ke Lapangan Terbang Langkawi yang mana memungkinkan memberi kesan yang agak besar jika pesawat terhampas ke kawasan banyak penduduk.

Sebagai juruterbang professional, pastinya Kapten Zaharie akan mengarahkan pesawat yang dipandunya kekawasan laut atau lapangan terbang terdekat yang lengkap dengan kemudahan dan agak kurang impak kepada orang awam jika terhempas.

Jadi... Seperti yang gua dah terangkan banyak kali... Setelah mengambil kira beberapa elemen, gua percaya hanya ada dua kemungkinan sahaja yang boleh berlaku... Sama ada pesawat MH370 itu mendarat di Pangkalan Udara Gong Kedak atau Lapangan Terbang Kuching...  

Tapi Lapangan Terbang Kuching pula akan menyebabkan pesawat terpaksa melalui kawasan penempatan yang mempunyai risiko impak yang tinggi jika terhempas.

Soalan yang wajar ditanya ialah;

Benarkah pesawat MH370 itu mengalami kerosakan/kebakaran/pincang tugas sehinggakan juruterbang bercadang untuk mendaratkannya di Selat Melaka/Langkawi yang agak jauh dan boleh membahayakan orang awam kerana terbang diatas pertempatan awam?

Atau...

Pesawat yang kelihatan pada radar yang menuju ke arah Selat Melaka dan seterusnya ke Koridor Utara atau Selatan bukanlah pesawat MH370 tetapi pesawat lain yang sengaja dibuat-buat ceritanya agar semua pihak tidak mengesyaki bahawa pesawat mh370 sebenar telah mendarat pada pertama kalinya di Pangkalan Udara Gong Kedak pada pukul 2 pagi hingga 2.20 pagi...

Dan selepas itu pesawat MH370 itu sama ada ditukarkan signature ID baru dan diterbangkan keluar dari Gong Kedak dengan para penumpangnya skali ataupon cuma pesawat kosong..

Aderkah kita akan diperlihatkan akan beberapa serpihan daripada pesawat MH370 di lokasi yang langsung tidak logik kedudukannya (agak jauh) demi untuk memberikan persepsi bahawa pesawat itu telah berkecai akibat impak terhempas...

Aderkah kita akan dapat menjumpai kotak hitam pesawat MH370 atau tidak? Kita lihat sahaja la sebab skrip diorang nih dah beberapa kali berubah hanya kerana ianya telah berjaya dibuktikan...

Lama-lama tupai akan jatuh juga ke tanah.

Hahaha

#PrayForMH370

*** sejak dari 10 jam selepas kejadian, blog ini telah mengatakan bahawa ini semua aderlah kerja "hijackers" dan blog ini tetap kekal konsisten dengan statement ini.

8 comments:

  1. kasihan kepada keluarga yang terlibat dengan kejadian ini
    masa tamat latihan sesuatu op woi kami bersedia menghadapi apa saja bila betul terjadi sesuatu petaka
    sampai la habuk pun tak dapat

    ReplyDelete
  2. Bhai. Gua baru dapat info, ada satu lagi airport rahsa dalam hutan pahang dalam daerah Muadzamshah.

    ReplyDelete
  3. bhai apa jadi dgn semua penumpang mh370 sampai skrg sepi kalu ikut teori nih? nak tahu sgt, apa motif 'hijackers' nih sbb xada tuntutan juta2

    ReplyDelete
  4. Bhai C++,
    Hijackers of course... hows its done, dah boleh diagak kalau tak tepat pun sipi sipi aje...Tapi sapa tok dalang... best game so far... sapa yang paling untung??? kalu lu dah boleh figure out dan bagi hint kan bagus... tak sia sia lah 34 years experience dalam agensi...hahaha

    ReplyDelete
  5. Jika semua sistem perhubungan terputus, bagaimanakah caranya juruterbang dapat memberitahu pusat kawalan lapangan terbang untuk pendaratan cemas? Ia memerlukan hubungan 2 hala. Landasan perlu juga dlm keadaan bersiap sedia untuk menerima pendaratan cemas, tambahan pula pd waktu dinihari yg gelap dan lampu menerangi landasan tidak dipasang. Kecuali semuanya telah dirancang lebih awal dgn niat tertentu, juruterbang tentunya akan berusaha mencari lapangan terbang tidak sibuk spt Bayan Lepas.

    ReplyDelete
  6. Mungkin ada 4 tan "manggis" = emas! ...

    ReplyDelete
  7. Mungkin pesawat yg mengekor MH370 tu yg dijadikan ganti keHindi Ocean utk mengelirukan....kerana pesawat ini sama2 hilang dari radar???

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1