Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

19 March 2014

MH370 : Mustahil Terbang Keluar Dari Ruang Udara Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Tak kisah la lu orang tengok berapa banyak press conference yang dah dibuat... Tak kisah la lu orang dah baca macam-macam teori dari dalam dan luar negara... Tak kisah la lu orang nak kaitkan dengan AWACS atau STEALTH atau radar jammer...

Nih gua nak bagitau satu benda yang gua cukup konsisten dari awal lagie...

Mustahil untuk pesawat komersial B777-200ER yang begitu besar footprint dalam rekabentuk airframe dier akan dapat elak dari dikesan oleh radar (active/passive) awam dan militari mana-mana negara serantau melainkan ianya diterbangkan pada "0 Feet" @ paras laut.

Untuk pengetahuan lu orang... Gua dan member baik gua pernah buat research (grant IRPA) di sebuah IPTA di Malaysia berkaitan radar dan kemampuan penggunaan lapisan Ionosfera sebagai kerangka utama pengesanan objek terbang.

Dengan menggunakan passive radar kiter boleh mengesan mana-mana pesawat yang mengeluarkan echo pulse radar sama ada dari antena doppler atau planar array. Manakala dengan menggunakan active radar, kita dapat menghantar echo pulse dan menerima denyut echo pulse yang dipantulkan oleh objek terbang.

Teknik yang sama juga digunakan dalam pembuatan sonar (echo sounder) dimana kapal selam akan "dengar" noise atau pulse yang ada didalam laut dalam jarak radius antena yang ada. Biler kiter asingkan echo yang dikenal pasti dengan echo yang generated, maka kita boleh tahu jarak, kedalaman dan juga macam-macam input. Sori aaa ... Gua takmo nak peningkan kapla lu orang dengan benda teknikal kapalselam nih..

Bagi kes radar udara... Dengan mengkaji echo pulse yang diterima, kita boleh membuat kiraan ketinggian, kelajuan, hala tuju dan jugak jenis pesawat.  Setiap echo pulse yang dibalikkan oleh pesawat semasa proses active radar mudah until dikenalpasti...

Jadi dalam kes STEALTH, rekabentuk pesawat, cat khas yang boleh menyerap signal echo pulse active radar, dan jenis komposit menyukarkan untuk pengesanan dibuat, namun tidak mustahil pengesanan boleh lagi dibuat dengan mengambil kita beberapa elemen lain yang gua tak akan jelaskan disini untuk mengelakkan artikel ini menjadi satu "research paper"

Penyerakan elektronik dari radar jammer boleh dibuat oleh pesawat AWACS namun ianya hanya terhad untuk jarak tertentu. Malah walaupun AWACS berjaya menyerakkan signal radar pesawat MH370 seperti yang kecoh diperkatakan banyak pihak, kita masih boleh lagi mengesan pesawat AWACS tersebut dengan menggunakan passive radar...

Jadi... Kesimpulannya untuk pesawat MH370 ghaib sepenuhnya dari dikesan radar militari malah boleh membuat "terrain masking" adalah mustahil sama sekali.

Dengan sedikit pengalaman di Balkan terutamanya di Slovenia semasa berkhidmat dalam konflik Balkan sekitar awal 90'an, gua mengambil contoh pesawat C130 yang saiznya lagi kecil dari  B777-200ER adalah agak sukar untuk pesawat membuat "terrain masking" pada altitut rendah yang mengakibatkan stress kepada rangka pesawat.

Bagi kes B777-200ER yang bukan dibuat untuk dikendalikan dalam "sharp turn" agak mustahil untuk membuat "terrain masking" tanpa ader stress pada wing dan fuselaj

So... Mustahil ianya boleh melepasi pengesanan radar militari serantau dan jugak long range radar milik US yang berada di Indian Ocean tanpa dikesan.

Untuk pengetahuan lu orang... Coverage radar di kawasan Asia Tenggara terlalu overlap antara satu negara dengan negara lain bagi kawasan Selat Melaka begitu juga di Teluk Benggala.... Ini khusus untuk radar military... Jadi jangan mimpi la untuk terlepas dengan mudah...

Whoa... Sudah cukup panjang dah artikel nih... Hahaha

Lagi satu... Untuk pesawat sebesar ini terbang lebih rendah dari 200 kaki dikawasan penempatan penduduk (daratan) agak kerja gila... Mesti akan ada  ramai saksi yang akan melihat movement rare ini. Kalu pula terbang 200 kaki diatas Selat Melaka jugak mustahil sebab Selat Melaka dipenuhi dengan kapal dagang setiap masa 24 jam. Mesti ada kapal dagang yang akan nampak. Jangan pula lu orang buat-buat lupa yang setiap kapal dagang juga ader onboard radar yang boleh melihat paling cikai 40 km radius. Satu lagi... Setiap pelantar minyak juga ada onboard radar yang boleh melihat paling cikai sejauh 40 km jugak.... Hahaha

So... How come this B777-200ER boleh senang-senang slip lepas lalu dari dikesan oleh mana-mana radar...  Giler aaaa... Boleh sampai ke Central Asia atau ke Diego Garcia tue... Hahaha... Tak payah mengarut lar... Hahaha

On the other hand..... Jangan lupa aaa kat rantau sini juga terdapat ramai peminat radar amatur yang mempunyai pelbagai gadjet dan peralatan... Tak payah jauh la... Dah dua tahun gua pasang peralatan ADS-B receiver kat rumah gua yang share data kepada FlightRadar.... Hahaha... Malah peralatan lama Weather Fax radar jugak masih berfungsi kat rumah gua nih yang link ngan satelit milik NOAA.... (Tapi yang ini fungsi radar dier lain la... Hahaha)

Itu belum masuk kat depan rumah member gua yang kat Perak tue yang ader amatur radar yang boleh mengesan sejauh 600km radius yang kami buat hasil research Ionosfera radar dulu tue pada altitud 200 kaki dari paras laut...

Hahahaha...

P/S : Gua dah lama cadang nak ajak kengkawan buat persatuan amatur seismographer... Sebab peralatan untuk benda nih dah lama dah gua buat ikut guide dari majalah Popular Electronics dan Popular Science dulu.... Ader sesapa ker yang dah siap peralatan seismo ker... Jom la join...

Boleh kontek gua kat 9W*** (hahaha ... Tabley bagi callsign la... Bahaya)

12 comments:

  1. Pendapat gua pun sama macam lu la bhai. MH370 memang tak pegi mana2 pun.

    ReplyDelete
  2. Salam, logik tak kalu radar dari mana-mana negara (cth USA, India) dah detect, tapi depa pakat dgn negara kita, atau negara hijacker (mungkin kena ugut sebelum ni) utk bgtau yg MH370 tu tak lalu ikut airspace depa ????

    ReplyDelete
  3. Salam, isu MH370 lama kelamaan mengundang persepsi buruk kepada malaysia. Dr laut china selatan , laut andaman kini lautan hindi di perluaskan operasi sampai barat laut australia. Kalau di teliti dr awal radar tentera dan buat keputusan awal mungkin masalah ini dpt di atasi sedikit sebanyak. Pencarian yg terlalu lama di laut china selatan dan sekitar laut andaman memberi masa lebih kepada perampas tersebut menyembunyikan atau melupuskan bukti. Pihak us dah hint ' MH370 mungkin terhempas di lautan hindi' semasa pihak SAR memberi tumpuan ke laut china selatan. Kenapa pihak china yg berkemampuan tidak mengarahkan 10 satelit membuat pencarian di sekitar lautan hindi? Setiap statement dr pentagon harus diambil kira dan klu2nya yg harus di teliti. Mustahil MH370 menghala ke arah india disebabkan teknologi yg ada pd negara tersebut dn dr segi ketenteraan. Jika diteliti krisis dunia semuanya berpunca dr pentadbiran us. Mustahil pentagon tidak mempunyai maklumat radar. Keadaan ini disengajakan dan peluang us untuk melagakan malaysia dengan negara2 lain terutamanya china. Taktik 'air tun back' hanyalah untuk melengahkan pencarian dari MH370 dikesan. Kawasan yg kurang pemantauan radar secara fakta mmg di sekitar selatan lautan hindi. Us dr awal lg telah mengerahkan kapal kelas pemusnah ke lautan tersebut di ikuti pesawat canggih yg mampu memantau sekitar lautan tersebut dgn alasan wayang lapuk ' membantu malaysia dlm operasi SAR'. Teknologi boeing 777 bukan mcm basikal pakai dynamo sangkut pada tayar nk nyalakan lampu. Saiz pun sebesar bagunan. Teknology AWACS 'fly by wire' dgn system autopilot...antara kecanggihan pemanduan boeing. Dr sini 'senario' permainan antarabangsa memang ketara menjadikan malaysia mangsa keadaan dlm isu MH370. Tuduhan ke atas pilot dan co pilot memang menjengkelkan dan tidak berasas sama sekali walaupun aku mmg anti pkr gila2. Tidak mungkin orang yang beragama islam hilang akal mahu membunuh diri. Statement bangang 'pilot membunuh diri'. Kenapa pihak pertahanan tidak meminta rekod radar sekitar lautan hindi secara rasmi dr pentagon.'TAKUT' atau mahu mengelak dr terjadi sesuatu prkara buruk pd malaysia? Pd yg mengikuti dr awal tragedi ini sehingga ke hari ini akan nampak 'foul play' dan MH370 masih belum ditemui. Kita doakan semoga isu ini akan berakhir dgn sebaik2 kesudahan. Amin.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.itula juga yg pertama kali yg saya terpikir.Sedepress depress mana pun orang Islam ni,or seliberal liberal muslim ni,kita ni takut nak bunuh diri sebab tau besar mana dosa tu. Saya rule out theory bunuh diri tu awal2 lagi.Sgt tak masuk akal.Mungkin org bukan islam tak faham ni tapi saya sgt sgt memahami kenyataan ini.

      Delete
  4. Salam bhai, lu punya stori dah bawak kita orang semua ke maximum 45,000 kaki altitude....Gua dah semakin sesak nafas ni dan semakin gayat.Lu cepat masuk bab konklusi sbb kitaorang semua mahu turun semula utk berada pada paras comforting zone semula!Bongkarkan terus bhai!

    ReplyDelete
  5. 9 Whiskey jer. Ingat dah 9 Mike. Anyway, pernah tak terfikir yg semua info yang kau dapat dari "Mr.K" tu double bluff atau misinformation dari pihak2 tertentu?????

    ReplyDelete
  6. salam semua,sokong alhusseyn.C++,lu kasi cepat paku itu keranda.gua tak tahan tiap 2jam mahu awasi lu punya cerita.

    ReplyDelete
  7. Poyo tul la.ciptaan manusia ni bukan hebat mana pun.jadi benda mcm ni semua pening kepala. Tak ada yg mustahil kalau kapal udara jadi kapal selam.

    ReplyDelete
  8. salam bro, ader member cakap ngn saya ni hanya permainan antara kuasa besar china ngn amerika utuk menjadikan malaysia kambingg hitamm... mereka dah tahu dahh apa yng terjadi kt mh370 tu, betul ker bro amerika dan china terilbat dalam hal nii, harap bro boler bagi pencerahan info terbaruu yerr.....

    ReplyDelete
  9. Sorry,out of topic..Apa kaitannya ada radar ngan nak bukak kelab seismograph? seismograph tu untuk measure seismic activity.seismology study ni untuk learn earth punya interior.and vibration untuk gempa bumi.biasa pakai sensor bukan radar la,bro.

    ReplyDelete
  10. Saya merasakan PM telah diugut oleh Amerika. Seterusnya bermain wayang untuk tontonan dunia. China & Rusia (negara yang ada satelit perisikan) pun mungkin tahu tetapi disebabkan misi perisikan yang penuh rahsia ini diberi keutamaan yang sangat tinggi oleh negara yang terlibat, maka mereka pun bermain wayang. Ok tak hipotesis ni??

    ReplyDelete
  11. bhai lu 9W** atau 9W***,blakang 3 abjad dua abjad? hehehehe

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1