Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

03 June 2013

Filem Tanda Putera Akan Ditayangkan Secara Percuma

Bhai.... itu hari sebelum PRU13.... kat sana sini ader buat tayangan percuma filem Tanda Putera..... so.... kalu pada 29 Ogos nih filem Tanda Putera nak ditayangkan.... aper kejadah kiter semua kena bayar tiket ker.... patut filem Tanda Putera tue ditayangkan secara percuma jer la... Betul dak....

Kalu kena bayar untuk tengok filem Tanda Putera nih... gua rasa tidak adil lar.... sebab itu hari sana sini UMNO dan BN dok tayangkan filem Tanda Putera nih secara percuma..... hahahaha...

So... kalu mau tayangkan ini filem... kasi tayangan percuma.... kalu tidak... baik tak payah tayang.....  Kalu alasan perlu dikenakan tiket pasai kos pembikinan filem ini agak mahal..... pada gua itu tak patut... sebab apersal itu hari boleh buat tayangan percuma.... Awat... masa buat tayangan percuma itu hari tarak kira ka kos pembikinan filem tue...... aper daaa.......

Citer banyak takder.... kalu nak tayangkan... kena percuma.... FREE.... kalu tidak baik tak payah tayang langsung..... ader paham ka???


KUALA LUMPUR - Filem kontroversi, 'Tanda Putera' akan ditayangkan kepada orang ramai bermula pada 29 Ogos depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keputusan itu dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hasil daripada mesyuarat bersama jawatankuasanya.

"Saya sudah berbincang dengan Finas iaitu pada 29 Ogos iaitu sebelum sambutan kemerdekaan.

"Saya cadangkan kalau boleh awal lagi, mungkin musim perayaan. Tapi filem itu filem kenegaraan, ceritnya tentang Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, sudah tentu kalau disiarkan sebelum sambutan kemerdekaan itu lebih sesuai," katanya ketika sidang media di Finas dalam lawatan rasminya di sini hari ini.

Beliau yang hadir ke Finas hari ini dalam lawatan rasminya selaku menteri dengan porfolio baru bersama timbalannya, Datuk Jalani Johari.

Kata beliau, pemilihan tarikh tayangan itu agak tepat berikutan kontroversi filem itu dikira selesai sejurus pilihan raya.

"Sekarang ini, kontroversi itu sudah berlalu dan tidak memberikan kesan kepada pandangan orang sebelum pilihan raya umum dibuat baru-baru ini.

"Jadi saya kira Tanda Putera merupakan satu lagi hasil karyawan filem kita yang patut dilihat daripada perspektif seninya tentang soal bagaimana orang lihat itu berdasarkan tafsiran masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah yang hadir sama memberitahu bahawa tarikh penayangan itu adalah tarikh yang dipohon pihak penerbit dan meluluskannya berikutan tidak mahu lambakan filem Melayu ditayangkan sempena sambutan Hari Raya.

"Tarikh itu sebenarnya tarikh yang dipohon pihak penerbit, jadi kita tidak mahu pada Hari Raya ada tiga filem Melayau akan ditayangkan serentak. Filem Tanda Putera kita klasifikasikan kategori PG 13," katanya.

Filem Tanda Putera diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba Suhaimi mengisahkan persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei.

Filem ini turut membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

4 comments:

  1. ahhhh.... kasi free pun gua tak hadap la.... boleh jalan!!

    ReplyDelete
  2. sebelum PRU ada sponsor kot...almaklumlah, Budget PRU masa tu very very lebat. kan.

    ReplyDelete
  3. Yang tayang free orang tak tengok kot Bhai so nak buat berbayar pulak.. Minoriti Orang Malaysia ni kalau benda free diaorang tak hadap..

    Tu orang nak bagi Tol free orang tak mau.. nak bagi PTPTN free pun orang tak mau.. Orang Malaysia ni mahu semua yang berbayar.. makin mahal makin berkelas katanya..

    Tak gitu.. :) So apa barang free2 ni.. Subsidi seumpamanya.. masa untuk hapuskan semua itu bagi mahal semahalnya baru la Malaysia maju jaya.. dan high klas.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam, saya yakin selepas ni filem ni akan ke sekolah2 pulak sbb tak laku. Ia akan ditayangkan pada hari keushawanan dan dikenakan bayaran rm2.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1