Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

18 August 2012

Apa Itu UG - Sambungan

Dari sehari ker sehari makin terdedahlah agenda dan perjuangan kumpulan UG didalam PAS... Bilangan mereka semakin hari semakin bertambah dalam diam. Bagooshlah....

Kumpulan UG nih kononnya membawa PAS kembali kepada asal... Dimana PAS boleh berkuasa dan memerintah tanpa bantuan dari parti lain... Dimana hanya dengan bekerjasama dengan UMNO sahaja boleh menyebabkan Melayu Islam berkuasa dan seterusnya membolehkan PAS memaksa UMNO untuk melaksanakan Hudud...

Mereka menolak sama sekali Pakatan Rakyat atas alasan kononnya dengan bekerjasama dalam Pakatan Rakyat mereka menggadaikan aqidah dan perjuangan PAS... Dengan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat akan menyebabkan mereka diperkudakan oleh DAP...

Malah mereka beranggapan bahawa haram bekerjasama dengan DAP atas dasar kononnya DAP adalah parti Kafir Harbi... Nada yang disuarakan oleh mereka nampaknya seiring dengan nada UMNO... Bukan setakat seiring tapi seperti UMNO yang bercakap melalui lidah PAS...

Walaupun setiap kali muktamar.. Mereka akan berpura-pura menyokong dan mendokong tahalluf siyasi dan Pakatan Rakyat... Tetapi sebenarnya semua itu adalah wayang semata-mata.. Malah bila ketuanya cuba ditanya soalan berkaitan dengan isu berpura-pura dihadapan perwakilan muktamar... Ketuanya pula mencari jalan untuk mengelak dari menjawap persoalan yang dilontarkan... Sikap seperti ini memanglah dijangka...

Kumpulan UG ini juga cukup hebat menggunakan konsep wala' dan thiqah dalam usaha mereka menyekat daripada ditanya soalan kenapa sikap mereka berpura-pura bila dihadapan ahli PAS dan juga bila berhadapan dengan rakan-rakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat...

Mereka amat kuat memegang fahaman bahawa biarlah PAS kalah sekalipun dan tidak dapat memerintah, namun bekerjasama dengan parti lain selain dari UMNO sama sekali tidak patut berlaku...

Mereka sebenarnya lupa bahawa jika PAS kekal berjalan bersendirian... Pastinya PAS tidak mampu untuk menjadi pemerintah dengan menang majoriti UNDI dalam pilihanraya... Jika PAS tidak berkuasa... Bagaimana PAS nak mengusahakan undang-undang Allah Taala daripada dikuatkuasakan...

Kumpulan UG ini cukup sombong bilamana mendakwa bahawa mereka tidak langsung memerlukan undi daripada rakyat yang bukan beragama Islam dan bukan Melayu... Malah mereka dengan bongkaknya mengatakan cukup sahaja undi dari orang Melayu yang akan memenangkan mereka....

Tapi mereka terlupa bahawa bukan semua orang Melayu akan menyokong PAS... Ramai juga orang Melayu yang akan menyokong dan mengundi UMNO... Mereka terlupa agaknya perkara ini atau mereka buat-buat lupa...

Apa-apa pun... Itulah dia kumpulan UG yang cukup kuat pengaruhnya didalam PAS Terengganu, Kedah dan kini sedang mengukuhkan asas mereka didalam PAS Kelantan... Kita biarkan saja lah ya.... Biarlah mereka dengan sikap sombong dan berpura-pura mereka ... Biarlah mereka terus menipu ahli PAS yang ramai lurus bendul... Nak buat camana... Ahli PAS telah diajar untuk wala' dan thiqah atas arahan pimpinan... Walaupun pimpinan tersebut berpura-pura menyokong Pakatan Rakyat...

Kasihan bila melihatkan ahli PAS diperbodohkan sekian lama... Semuanya takut nak bersuara... Sebab kumpulan UG didokongi oleh puak-puak "alim ulama" ... Sedangkan ahli biasa dikatakan tidak banyak ilmu agama....

Hahahaha... Teruskanlah agenda UG ...teruskanlah menipu ahli PAS dan Pakatan Rakyat....

3 comments:

  1. c++,

    susahnya nak ambil tindakan terhadap nasha. sampai bila nak pantau? tunggu lepas raya lah kot. bagi peluang nasha bertobat, insaf.

    nak kena fikir jugak karpal dah saman nasha. kena cari kaedah macam mana boleh "i help u, u help me". depa ni sanggup appeal dengan karpal kerana se ug. boleh jadi alasan kelaur pr jika karpal bo layan kot? mungkin. now everything is possible. for tomorrow nothing is impossible. mungkin ada yang dah dok fikir macam mana nak sambut tawaran mahathir. nak laksana hudud oi! inilah peluangnya, nak tunggu bila lagi.

    ramai yang dok respon sekarang asistan2 je. kepala2 masih diam. kepala pun ditugaskan kepada ketua jk disiplin, ketua penerangan. ketua pemuda lunak je. mungkin itu terjemahan ketua2 lain.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. setel. http://mediaperak.com/2012/08/18/apa-itu-ug-sambungan/

    ReplyDelete
  3. Bhai Hussin...

    Lu tunggu jer bhai.. sehari dua lagi mesti kapla-kapla puak UG nih akan defend Nasharuddin Mat Isa nih... hahaha

    Bhai TheSniper...

    Hahaha.... nasib baik gua tulis dalam skema SPM... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1