Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

16 July 2013

Aiyark... Daging Pulak Naik Harga

Bhai/DeeDee .... Aiyark... Daging pulak naik harga.... parah-parah.... nampaknyer raya kali nih makan ketupat dan lemang cicah dengan rendang kerang jer la... Itu kalu kerang tak naik harga.... Hahaha... kalu kerang pon naik harga.... aiyark... terpaksa la buat rendang arnab lima enam ekor yang ader kat romah mak gua tue... Hahaha...

Pergh... makan rendang "arnabun" la gua kali nih... hehehehe ....

Aper guna jadi Menteri kalu semuanya tak boleh nak kawal.... aper daa.... makan gaji buta ker aper.... Harga ayam naik... harga bawang naik... harga ikan naik... harga ubat kuat pon dah naik... hahaha...  darah tinggi pon dah naik.... cuma satu jer yang tak naik.... gaji.... hahaha... gaji mampus la takkan naik... hahaha


PENDANG – Daging tempatan yang dijual di Pasar Pendang didapati mengalami kenaikan harga sebanyak RM2 iaitu peningkatan dari RM22 sekilogram (kg) kepada RM24/kg.

Peniaga, Che Ani Baharom, 58, berkata, harga daging naik sejak seminggu sebelum Ramadan dan menjadi perkara biasa ketika menjelang musim perayaan.

Menurutnya, dia terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi.

“Jualan daging merosot dari seekor sehari kepada setengah ekor sahaja kerana pembeli mengehadkan kuantiti pembelian mengikut kemampuan mereka.

“Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani untuk menanggung risiko kerosakan jika mengambil bekalan banyak,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Ani berkata, kenaikan harga daging mengejutkan pembeli kerana tiada pengumuman dimaklumkan pihak terbabit.

“Kenaikan harga daging begitu memberi bebanan bukan sahaja kepada peniaga namun kepada pengguna kerana daging tempatan merupakan barang basah yang sering mendapat permintaan tinggi ketika perayaan.

“Golongan yang berpendapatan rendah begitu merasai bebannya memandangkan Ramadan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk persiapan Aidilfitri,” katanya.

Peniaga, Ghazali Abd Ghani, 57, berkata, peniaga daging menerima tempias dengan kenaikan harga daging apabila ada pembeli yang mendakwa peniaga sengaja menaikkan harga sedangkan perkara itu terjadi bergantung kepada pembekal.

“Pihak bertanggungjawab sepatutnya mengawal harga daging lebih awal supaya pembekal tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.

“Peniaga kecil macam kami ini tak ada kuasa apa kerana orang kampung banyak yang tidak faham berkaitan kenaikan harga,” katanya.

Ghazali berkata, kebanyakan peniaga bimbang kerana mendengar khabar angin bahawa harga daging tempatan dijangka naik 50 peratus sekilogram menjelang Aidilfitri kelak.

Dalam pada itu, sumber daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) memaklumkan bahawa daging dan beberapa barang kawalan lain masih belum dimasukkan dalam skim kawalan harga.

“Sekarang daging dan beberapa barang kawalan harga lain masih tidak dimasukkan dalam skim terbabit menyebabkan harga barang tidak stabil dan bergantung kepada barang dan permintaan,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, semua barang yang tersenarai di bawah skim kawalan harga perlu diseragamkan harga dan peniaga dikehendaki menjual pada satu harga seluruh negara.

Dalam pada itu, ditanya berkaitan khabar angin kenaikan harga daging kepada 50 peratus menjelang Aidilfitri, pihak terbabit menjelaskan bahawa khabar angin itu merupakan taktik berniaga biasa untuk mengaut keuntungan.

5 comments:

  1. berniaga ke taktik ke apa pun tak boleh lari dari nasihat agama untuk orang orang yang beriman

    ReplyDelete
  2. daging idup morah... kat jln Hj Taib.... harga ayam naik... jangan makan ayam. harga daging naik dah tentu sibangang akan cakap jangan makan daging... abih kalau babi tu murah... sibangang nak suruk mentekedarah bai ker? apa ke boddoh punya mentri.. buat kerja la woi... jgn makan gaji bute je. guna otak tu.. pikir...pikir... jangan asyik dok pikir takut jadi dayus sebab tak minta projek...

    ReplyDelete
  3. Bhai...

    Lepas nie, Presiden Bonus 2 Bulan akan interframe lagi... suruh boikot makan daginglah pulak...

    Depa nie asyik nak control peniaga runcit je... controllah pembekal ke, pembekal makananan ke.. cuba jadikan makanan haiwan ternakan tu barang terkawal...

    atau pun, skrip last sekali, adalah kekawan depa tu dapat license import ayam from siam... ayam betui, bukan ayam macam entry sebelum nie...

    COBOL

    ReplyDelete
  4. Sorang member makan nasi berlauk ikan kembung dan ulam2an. Air sirap limau 1. Makan di gerai yg di sewa dri MPT dgn kadar sewa bulanan RM200 ke RM300. Tau brape member tu kena caj...? RM12.00. Ikan kembung dgn ulam je bro...hahaha.. selamat dtg ke Temerloh...hahaha

    ReplyDelete
  5. Woha daging hidup naik harga dak hohoho

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1