Sebabnya... Rasulullah cukup melarang kita daripada menghina agama lain.. Ini kerana jika umat Islam menghina agama lain... maka sudah pastinya penganut agama lain itu akan menghina Islam atas sebab kejahilan mereka... Jadi penghinaan keatas mana-mana agama adalah dilarang keras oleh Rasulullah S.A.W....
Ini baru intro jer bhai..... Nih gua nak citer isi aper yang gua nak bangkitkan...
- Jika Google membuang/memadamkan video itu daripada Youtube (satu cabang media sosial milik Google), adakah lu ingat sentimen keganasan antara kaum ini akan berakhir? Adakah ianya akan selesai begitu sahaja? Tidakkan lu ingat ader orang lain akan uploadkan lagi benda nih dimasa akan datang?
- Jika Google membiarkan video ini didalam YouTube, adakah semua orang akan memboikot Youtube? Adakah dengan adanya video nih... YouTube akan hilang pengguna tegarnya? Adakah selepas ini ada lagi orang akan menguploadkan video lain sebagai balasan kepada penerbitan video ini?
Pada gua... insiden yang berlaku sebenarnya memberikan suatu peluang (modal) buat Kerajaan Malaysia diabawah Akta Hasutan, Akta ISA, Akta Keharmonian Nasional, Akta Multimedia dan sebagainya untuk menyekat dan menutup akses sepenuhnya kepada YouTube.
Ini kerana agak susah untuk Kerajaan Malaysia menyekat hanya satu video sahaja daripada YouTube. Sebenarnya tiada cara untuk membuat filtering keatas video ini.. Apa yang paling mudah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia adalah menyekat akses rakyat Malaysia kepada YouTube sepenuhnya... Dan inilah yang gua simpulkan sebagai pucuk dicita ulam mendatang...
Ini kerana agak susah untuk Kerajaan Malaysia menyekat hanya satu video sahaja daripada YouTube. Sebenarnya tiada cara untuk membuat filtering keatas video ini.. Apa yang paling mudah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia adalah menyekat akses rakyat Malaysia kepada YouTube sepenuhnya... Dan inilah yang gua simpulkan sebagai pucuk dicita ulam mendatang...
Dalam keadaan UMNO/BN sedang nazak dikerjakan melalui blog dan video menjelang PRU13.. UMNO/BN tiada cara untuk menyekat akses kepada blog dan media sosial. Jadi bila insiden video penghinaan kepada Rasulullah ini berlaku.. ianya seumpama memberikan modal dan alasan terbaik kepada Kerajaan Malaysia untuk menyekat blog dan media sosial termasuk YouTube nih..
Akan ada dalam sehari dua nanti NGO-NGO yang bangang yang akan menuntut supaya Kerajaan Malaysia untuk menutup dan menyekat akses kepada blog dan media sosial termasuk YouTube atas alasan keselamatan dan ketenteraman awam... Dan perkara ini memang gua jangkakan akan berlaku... tunggu dan lihat sahajalah....
Salam semua...
ReplyDeleteSekarang ni apa yang berlaku macam dah dirancang oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan tertentu juga.
Setiap isu yang timbul adalah aset dan batu loncatang atau teknik untuk alih pandangan masyarakat.
Bhai Alias Bin Hasan...
ReplyDeleteBenda macam nih la yang gua dah perasan... gua bukan tengok sesuatu isu tue macam orang lain... hehehe...