Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

09 September 2012

Hari Penentuan Buat PAS

Bhai... untuk pengetahuan lu... hari nih semua mata akan memandang kepada PAS... semua rakyat yang matang berpolitik sedang memerhatikan PAS... semua ternanti-nanti... aperkah PAS akan membuat satu keputusan yang menguntungkan Pakatan Rakyat atau PAS sendiri yang akan memberikan satu talian hayat kepada Barisan Nasional...

Semua pihak tahu bahawa Majlis Syura Ulama PAS hari ini akan membincangkan dan membuat keputusan berkaitan dengan isu yang melanda PAS akibat daripada tindakan Nasharuddin Mat Isa yang mengeluarkan statement yang bercanggah dengan kesepakatan yang telah dipersetujui dalam Muktamar PAS yang lepas..  Untuk pengetahuan semua, isu sebenar bukanlah kepada isu Nasharuddin Mat Isa bergambar dengan Najib Razak, tetapi beberapa statement Nasharuddin Mat Isa yang bercanggah dengan kesepakatan yang dipersetujui sebulat suara didalam Muktamar PAS yang mahukan PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Adakah Majlis Syura Ulama PAS sendiri akan menolak ketetapan yang pernah dipersetujui didalam muktamar demi untuk menjaga kesinambungan dan jangkahayat kumpulan Kerajaan Perpaduan (Uniti Government) yang semakin berakar umbi didalam PAS terutamanya di Terengganu yang pastinya akan menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional atau....

Adakah Majlis Syura Ulama PAS sendiri akan menerima pakai ketetapan yang pernah dipersetujui didakan muktamar demi untuk memastikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat bergerak seiringan untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional dan memastikan bahawa PAS akan menjadi satu kuasa pelengkap dalam percaturan politik tanahair...

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian..... Jika PAS mahu membuat perubahan dalam melaksanakan sebahagian besar daripada tuntutan Allah dalam urusan pentadbiran dan kehakiman di Malaysia, PAS perlu bersedia berganding dengan rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat ... Hanya dengan kuasa di peringkat Persekutuan sahaja yang membolehkan PAS merombak kembali undang-undang syariah di Malaysia agar bertepatan dengan kehendak dan aturan Allah...

Tak guna PAS kecoh sana sini kononnya nak melaksanakan undang-undang Allah, tetapi menolak usaha untuk mengambilalih kuasa diperingkat persekutuan daripada UMNO... sebab tanpa kuasa diperingkat persekutuan,... tiada apa yang dapat dan boleh dilakukan oleh PAS dalam mencorakkan undang-undang Allah di tanah air tercinta ini.....

Aper yang pasti... PAS perlu memikirkan kesan besar yang akan dihadapinya jika keputusan Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat keputusan membelakangi kesepakatan yang dipersetujui didalam Muktamar PAS yang lepas yang mana mahukan kerjasama yang baik dengan Pakatan Rakyat. Bola sedang berada dikaki PAS... adakah mahu menjaringkan gol dan memenangi perlawanan atau sekadar melepaskan peluang terbaik demi untuk kepentingan sebahagian orang yang beragenda....

Silap langkah dan keputusan akan menyebabkan PAS tidak akan dipercayai oleh para pengundi terutamanya pengundi muda (yang berfikiran terbuka) dan juga pengundi atas pagar yang selama ini telah bersedia untuk mengundi PAS demi untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

2 comments:

  1. Salam C++

    Suspen ni. Yong tengah tunggu keputusan baru nak komen.

    Terus terang. Yong memang anti UG sejak belum berblog lagi!

    ReplyDelete
  2. DeeDee Yong...

    'alaikas salam...

    Gua pon tak sabor nak tunggu keputusan nih... hahaha... rasa macam tunggu result SPM kuar jer... hahahaha .. dup dap dup dap jer bunyi jantung.... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1