Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

16 May 2013

Najib Razak First Casualty

Bhai.... ader orang sudah kecik hati lar dalam pemilihan senarai kabinet dapur Najib Razak nih.... pening... dari satu segi.. memang gua pon ader paham pasai aper dier mintak camnie.. gua pon stuju... yer la... dier kan dah lama dalam Kabinet sebelum nih... takkan la nak jatuhkan air muka dier... nih macam Najib Razak dah menjatuhkan air muka mamat nih kat pengundi dier...

Dari jawatan Timbalan Menteri yang high ranking... terus jatuh merudum pi yang Timbalan Menteri yang low ranking... aper daa... nih dah kira jadi first casualty dalam senarai kabinet dapur Najib Razak nih...

Aper-aper pon... kiter tengok sejauh mana Najib Razak akan amik tindakan... dier nak amik pot ker atau dier buat derk jer... hahahaha...  Patut Joseph Salang Gandum nih duduk sebagai Timbalan Menteri Pertahanan lar... sebab dier ader kaliber... Biler lagi nak bagi peluang orang Sabah atau Sarawak jadi Timbalan Menteri Pertahanan.... bagi chan la....  Amacam Najib Razak.... Amacam ..... Kasi peluang lar...

Jangan Hina Saya

SIBU - Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".

Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. - Bernama

4 comments:

  1. gila jawatan dan pangkat pstu bangga diri bgus pulak.....mujur ad jawatan dlm menteri igt org lain x ad ka?

    ReplyDelete
  2. agaknya lepas nie sape yang merajuk...

    Noh Omar? Aziz xPutera? ... Kimma? (dah pun)...

    COBOL

    ReplyDelete
  3. sambungan...

    ... PERKASA?

    COBOL

    ReplyDelete
  4. orang tak kenal sangat cuba banyakan keluar tv surat khabar ke apa hehe.. :)

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1