Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

17 May 2013

Menyanggah Tulisan Mashitah Ibrahim (Sesi Kedua)

Bhai .... izinkan gua menulis dalam ayat skema skali lagie sebagai menyanggah tulisan Mashitah Ibrahim.... pohon keizinan semua....

Puan Mashitah Ibrahim.

Tulisan Puan yang termuat di dalam akhbar Sinar Harian (dalam talian) pada hari ini adalah di rujuk. Sekali lagi Puan menampakkan kedangkalan ilmu dan pandangan dalam menghuraikan satu-satu hujah dan pada pandangan saya ianya tidak melambangkan status kelulusan akademik yang Puan miliki.

Untuk pengetahuan Puan, saya tidak melihat berapa ratus helai kertas transkrip akademik yang Puan miliki melainkan saya melihat dari kacamata yang lebih luas lagi. Tidak guna kalau kita ada beratus helaian transkrip akademik dan sijil tetapi pandangan kita terlalu sempit dalam memerhatikan dan menghuraikan keadaan sosial masyarakat Malaysia.

Puan mungkin jarang sekali turun padang berjumpa dengan masyarakat marhaen yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah mungkin juga kaki Puan sudah lama tidak menginjak lecah dan becak kampung dan desa. Puan mungkin juga tidak pernah merasai keperitan hidup dalam negara Malaysia ini.

Puan, masyarakat kampung dan desa memang jarang sekali mengamalkan isu perkauman. Saya tahu Puan dibesarkan dalam lingkungan majoriti masyarakat Melayu dan jarang sekali berinteraksi dengan kaum lain. Saya dibesarkan dalam lingkungan majoriti masyarakat berbangsa Cina dan India malah ramai juga warga Malaysia berbanga Sikh dalam lingkungan 40 buah rumah dari rumah saya. Oleh yang demikian, saya diajar dari kecil bahawa semua 40 buah rumah di kiri dan kanan rumah ayah saya adalah jiran yang ditentukan haknya oleh Allah Taala dalam Al Quran.

Mereka berhak dihormati malah mereka berhak mendapat layanan yang sama rata sebagai jiran. Saya diajar bahawa tidak boleh sama sekali menyakiti hati mereka (biarpun mereka berlainan agama dengan saya) kerana jika saya berbuat demikian, maka sesungguhnya saya mengingkari arahan Allah Taala iaitu berhubungan baik sesama manusia.

Jadi... sebagai orang yang dibesarkan dalam lingkungan masyarakat majmuk, saya tahu semua orang berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia (saya mendalami Perlembagaan Malaysia semasa disekolah rendah dahulu - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris (Mubaligh) St Paul).

Saya ingin tegaskan kepada Puan bahawa sepengetahuan saya, tiadalah isu perkauman (rasisma) dibawa oleh mana-mana penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat sepertimana yang Puan katakan itu. Malah kalaulah saya boleh memuatkan senarai laman blog pro-UMNO (ramai diantara mereka ini adalah kawan-kawan baik saya) yang kuat memutarkan isu perkauman (rasisma), saya pasti akan menyenaraikannya untuk tatapan Puan. Mungkin Puan mendapat salah tanggapan hasil daripada input yang dihidangkan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang penuh putar belit dan fitnah.

Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang akademik, Puan sewajarnya membuka mata dan telinga serta mendapatkan input dari pelbagai sumber tanpa berharap hanya pada Utusan Malaysia dan TV3.

Berkenaan dengan isu kenapa Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU13, saya bertegas mengatakan bahawa Puan memang bukan seorang ahli akademik yang sejati bila mana Puan tidak dapat melihat sesuatu isu itu diluar kotak pemikiran biasa. Analisis Puan sekadar melepaskan "batok" di tangga (batok - adalah sesuatu pencedok yang digunakan untuk mengambil air dari tempayan dikaki tangga rumah Melayu klasik). Puan tidak dapat menghayati apa sebenarnya sebab penolakan keputusan PRU13. Mungkin Puan bukan rakyat Malaysia, jadi Puan mungkin tidak tahu apa sebenarnya yang rakyat Malaysia mahukan.

Puan mungkin tidak tahu (tidak belajar ilmu sejarah) bahawasanya Malaysia ini digagaskan dahulu dengan beberapa siri demonstrasi jalanan (tidak menggunakan stadium pada masa itu) seperti yang tercatat dalam sejarah. Ini boleh kita lihat di dalam siri demonstrasi jalanan membantah Malayan Union dan lain-lainnya. Jika Puan kurang mahir dalam bidang pensejarahan, sila dapatkan nasihat daripada Khoo Kay Kim (guru sejarah saya dahulu).

Berkenaan dengan tulisan Puan yang mengatakan bahawa masyarakat Malaysia telah menolak Pakatan Rakyat yang membawa slogan "Inikalilah" dan Puan memomokkannya dengan perkataan "Innalillah", saya beranggapan Puan terlalu naif tentang politik. Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang lebih besar daripada Barisan Nasional, akan tetapi disebabkan oleh sistem persempadanan kawasan pilihanraya memperlihatkan ada kerusi yang mempunyai bilangan pengundi yang terlalu ramai (lebih 80 ribu orang) diletakkan sama taraf dengan kerusi yang mempunyai bilangan pengundi yang sedikit (kurang dari 2 ribu orang).

Oleh yang demikian, saya nasihatkan Puan Mashitah Binti Ibrahim supaya pergilah belajar banyak lagi ilmu berkaitan politik, kenegaraan dan kemasyarakatan sebelum Puan menulis lebih banyak berkaitan dengannya didalam akhbar Sinar Harian. Sesungguh Puan memalukan diri Puan sendiri dengan penulisan yang separuh masak.

Akhir kata, tolonglah jangan mengrekrut Tuhan dalam menjustifikasikan pandangan Puan. Sebagai orang akademik yang "kononnya" arif dengan ilmu agama, tentu Puan terlupa akan istilah dan maksud Istidraj. Jika Puan terlupa, saya nasihatkan Puan pergilah mencari guru yang mursyid untuk mendalaminya.

Sekian dari saya,

C++
CipanTapirTenuk

11 comments:

  1. Strategi simple yang cuba digunakan untuk memerangkap PR ialah isu perkauman. Ianya juga untuk mengalih pandangan rakyat jelata yang malas befikir jauh dan menyelidik tentang apa yang berlaku. Perhimpunan menolak keputusan SPR atas penipuan SPR seboleh-bolehnya cuba untuk dilabel sebagai perhimpunan perkauman. Banyak sudah perhimpunan tetapi masih belum ada tangkapan sebab persepsi yang ianya adalah perhimpunan dah hasutan perkauman masih tidak dapat digambarkan.. Walau telah ada laporan polis tentangnya.

    Ianya strategi sama digunakan Parti Perikatan yang sekarang dikenali sebagai BN. Ianya berjaya menambat hati masyarakat tanah Melayu pada 1969 dikuatkan dengan insiden pembunuhan beramai-ramai di pangung wayang pada ketika itu. Ada khabar mengatakan pembunuhan ini sememangnya dirancang rapi oleh seseorang bagi menaikan sentimen perkauman yang ditiupkan dalam masyarakat pada zaman itu. Ianya strategi mudah dan berkesan mewujudkan perpaduan di kalangan kaum yang sama. Tetapi strategi ini agak sukar dilaksanakan dalam keadaan sekarang yang mana-mana rakyat lebih celik juga akses maklumat yang luas melainkan mereka yang masih buta dan percaya bulat-bulat dengan media massa.

    Tulisan Ustazah Masitah ini salah satu antara yang cuba digunakan untuk meyuntik minda masyarakat tentang perkauman.

    Nampaknya tranformasi dan perpaduan yang dilaunkan PM dari dulu hingga kini masih tidak berjaya kerana isu perkauman masih terus digunapakai dan tidak dibasmi dari dulu kini dan selamanya. Masih ada orang yang sempit minda kesedaran sosial tentang masyarakat majmuk yang wujud dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  2. hidup dilimpahi kemewahan tak terasa keperitan orang lain .ini manusia memang tak boleh dijadikan rujukan.tak tera mana pun ilmu yang di miliki harap cakap berpusing pusing ikut keadaan.tahu apa itu kebenaran tapi suka melindunginya untuk kepuasan selera sendiri saja

    ReplyDelete
  3. yay.. wth with Ma-$***-ah! Tak heran sanat, sbb dah prasan la dah dia ni mengarut! Dia memang dah cukup ilmu di dada sbb dah khatam berguru dgn Mursyidul Am Um-No iaitu Syaitan yang dikenali, Tun Dr. Mahathir! haha

    Takleh dilayan pelacur politik kelas atasan ni & orang gila pangkat & kuasa! Takde elemen ilmiah langsung kecuali menonjolkan kebejatan dia dalam arena politik & just lining up her pocket!

    Gua ingat ramai jantan masih setia queuing up tunggu dia kot darurat.. kena la menepati janji dia yg ber fatwa "wanita darurat boleh melacur" ni! haha !

    ReplyDelete
  4. Bhai,

    gua rasa kalau mashitah ni terbaca pon lu nye statement ni, dia wat tak peduli je sebab dia ingatkan betul2 sekumpulan cipan yang tulis surat ni, bukan manusia. hahahaha

    Kalau lu nak dia reply, lu tulis nama betul lu. :)

    ReplyDelete
  5. memang patutlah dia ni tinggalkan dunia pensyarahnya sebab seorang pensyarah tak akan bercakap sebodoh ini kerana akan mudah ditertawa dan disanggah oleh stident sendiri. hanya politikus macai yang separuh masak je yang akan keluar statement atau opinion level dia ni...

    ReplyDelete
  6. Salam Bhai,
    Wa boring lu tulis skema. tapi wa boleh terima lah sebab lu nak skolah kan ostazah tu. Bravo bro!

    lorisimen

    ReplyDelete
  7. Bhai c++,
    Lu boleh tolong wa tak? lu tolong delete gambar haram kat entry "kesia dia" tu. geli wa tgok mangkok tu

    wassalam

    ReplyDelete
  8. Bhai rasanya isu perkauman memang dicetuskan sejak PRU lagi..

    Masa lam bualbicara kat tv pun banyak panel cuba ketengahkan isu perkauman ni..

    Tak paham kenapa mungkin mereka ingin mengulangi insiden 13 Mei 1969.. kot nak suruh orang melayu bersatu? Menarik kembali PAS ke dalam BN?

    Ntah la.. harap ramai rakyat celik mata dan dapat menolah isu2 perkauman yang sempit ini..

    ReplyDelete
  9. pergghhh.. ko cuba menjadi melayu sejati ni. penulis penuh bahasa malaysia. masuk SPM dpt A ni. hahahaha

    ReplyDelete
  10. hanya lontaran andaian - kalau puak tu hidup pada waktu british nak bagi merdeka dulu dia orang sanggup ke terima syarat tu atau melawan ? kalau tak sanggup tak perlulah nak ungkit ungkit lagi dah terlambat belajarlah hidup bersama terimalah arus perubahan mengikut zaman

    ReplyDelete
  11. Bhai ......wa pun sakit ati jer baca statement si myshitah tu cam banglasialllllll,.......




    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1