Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

15 May 2013

Mandur Baru Kaum India - KIMMA Merajuk

Bhai... something yang lawak tentang Najib.... nih gua tak tau dier kan kena kan saper aaa.... maybe Najib Razak nak menghina MIC kot.... atau maybe Najib Razak nak kenakan PPP..... hahahaha..... Tapi yang paling gua pasti... Najib Razak nak kena kan  S. Nallakaruppan..... hahahahaha.... terbaek.... memang terbaek... sampaikan Parpukari pon tak terkata aper.... hahahaha.... samer kaum kan.... hahahaa

Sorang lagi yang terkena gua rasa..... aderlah Ketua Putera UMNO.... hahaha... saper nama "India" tue aaa... gua lupa lar... hahahaha.... sampaikan KIMMA boleh merajuk.... hahaha.... mau dapat kerusi dan jawatan kalu ..... buat demonstrasi jalanan la wei.... hahahaha...

Kalu KIMMA dah marah... PRESMA mesti akan samer marah.... hahahaha... Mahathir Mphamed lagi lar marah.... kaum dier sekor pon takder dalam Kabinet Dapur Najib Razak nih.... hahahaha...


Mandur Baru Kaum India - KIMMA Merajuk

Pelantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, yang bertegas bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf.

"Tahniah kepada Waytha sebagai mandur India terbaru! Samy Vellu baru," kata Uthayakumar dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Uthayakumar berkata, adiknya itu telah dipecat oleh majlis tertinggi Hindraf pada 25 April kerana mengkhianati tuntutan 18 perkara Hindraf dan kerana menyertai BN.

Beliau mendakwa Waytha (berbaju oren) telah beralih oleh agenda peribadinya dan mendakwa adiknya itu adalah seorang oportunis politik. Uthayakumar berkata beliau adalah pemimpin Hindraf yang sah bukan Waythamoorthy, yang hanya mengambil alih gerakan itu semasa beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau menegaskan bahawa perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007 diadakan di bawah arahannya dan bukan Waythamoorthy. Ekoran itu, kata Uthayakumar, beliau akan terus menerajui Hindraf dan 'perang terhadap BN'.

Kimma juga kecewa

Waythamoorthy pulang ke tanahair pada 1 Ogos tahun lalu selepas hidup dalam buangan, dan aktif mengetuai satu kumpulan dalam Hindraf. Kemuncak aktiviti beliau ialah menandatangani memorandum persefahaman antara BN dan kumpulan Hindraf yang diketuainya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Kimma Muhamad Johan juga mempersoalkan pelantikan Waythamoorthy kerana Hindraf pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum ini.

"Beliau merupakan seorang yang telah huru-harakan negara dan telah memburukkan imej Malaysia di luar negara," katanya di laman Facebooknya.

Muhamad berkata Kimma telah bersama BN selama ini dan "akan sentiasa kekal bersama BN, akan tetapi segala usaha kami dikuburkan".

"Adakah demonstrasi jalanan sahaja merupakan cara bagi Kimma untuk diiktiraf?" soalnya.

4 comments:

  1. Aziz putera tu ke Bhai?

    Dia ke yang kena tangkap sebab nak rembat eh bawak keluar duit dari palestine ke apa tu?

    ReplyDelete
  2. Kesia KIMMA, kena tipu hidup-hidup...hindraf yang dapat...bodeklah lagi, buat tour raikan kemenangan...amekaw

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Najib dah mula cerdik sikit. Dari Mamak biarlah Hindu Tulin. Mamak lagi kaki pusing, sekejab dia mengaku india, sekejab mengaku melayu. Susah nak tahu yang mana satu.

    ReplyDelete
  4. Bhai Anonymous...
    Hahaha... Aziz yang bukan putera lagi tue... hahaha.... dier la..

    Bhai Anonymous...
    KIMMA patut naikkan harga teh tarik dan roti canai sebagai bantahan keatas pemilihan Waythamoorthy... hahaha

    Bhai XUMNO...
    Hahaha... gua rasa pon macam tue gak.... sebab belit pon semacam jer... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1