Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

08 January 2011

Kronologi Peristiwa Aduka Taruna Di Rusila

1. Pukul 12.30 Aduka Taruna dan rakannya sampai di Rusila. Bersarapan dan makan tengahari (merangkap dua dalam satu) di sebuah restoran berhadapan dengan Masjid Rusila.

2. Makanan boleh tahan la sedap.. dan tak mahal mana... Aduka Taruna offer nak belanja tapi akhirnya dibelanja oleh gua.

3. Hampir pukul 1 tengahari... Aduka Taruna dan kawan-kawannya sampai di Masjid Rusila ... Tiada siapa perasan akan Aduka Taruna walaupun agak lama Aduka Taruna berlegar di kawasan mengambil wudhu' dan di pintu masjid... Malah BatuApi dan Unit IT Pas Rusila pon tak kelihatan dimana-mana... Nak kata Aduka Taruna tak dikenali agak mustahil... sebab... hanya Aduka Taruna dan rakan-rakannya sahaja yang tak berbaju Melayu serta berjubah.. Aduka Taruna dan rakan-rakannya berpakaian jaket serta berseluar jeans... Takkan susah orang nak perasan dan kenal kot???

4. Aduka Taruna kemudian membuat solat sunat Tahhiyat'ul Masjid terlebih dahulu sebelum Azan pertama Jumaat dilaungkan. Aduka Taruna dan rakannya berada di saf tiga bahagian tengah masjid.

5. Setelah Azan pertama berkumandang agak lama.. dan setelah ramai orang usai melakukan solat sunat .. barulah kelihatan TGHH masuk ke ruang solat dan naik keatas mimbar untuk melakukan solat sunat..

6. Seusai solat sunat.. TGHH naik keatas mimbar dan memberikan salam (pembukaan) khutbah Jumaat. Suasana dalam masjid agak kelam.. Banyak lampu tak dibukak... Maybe nak menjimatkan elektrik... Kelihatan ramai jamaah berada dalam keaadaan mamai dan separa mamai, maybe sebab suasana dan pencahayaan tak kondusif... Masjid kalu suasana tak best mesti orang mengantuk dan tidor masa khutbah jumaat.... hahaha

7. TGHH memberikan Khutbah Jumaat ... tapi nampak macam tak bertenaga... tambah pulak suasana hujan antara renyai dan lebat diluar ... ramai jemaah terlelap disudut Masjid...

8. Seusai khutbah Jumaat...solat Jumaat pon diadakan... Suara TGHH membaca surah tak berapa kelihatan... Maybe sistem siaraya Masjid Rusila tak bagus.. atau Unit Siaraya PAS Rusila tak buat kerja... Suara TGHH langsung tak kedengaran time baca doa lepas solat... tau-tau abis jer doa tue...

9. TGHH dan ramai lagi buat solat sunat lepas Jumaat .. Aduka Taruna bergerak ke saf 5 untuk menunaikan solat sunat.

10. Setelah selesai solat sunat.. TGHH terus beredar di satu lorong hadapan mimbar untuk terus kerumah beliau. Dikala ini Aduka Taruna telah sempat menahan TGHH untuk meminta memberikan ruang masa 5 minit untuk Aduka Taruna menanyakan beberapa persoalan. Rakaman video ada dilakukan kala ini. TGHH mengatakan bahawa beliau tiada masa dan ada urusan lain yang lebih penting. Dengan lajunya TGHH bertindak mencapai payung dan terus keluar dari kawasan bangunan Masjid.

11. Aduka Taruna dan rakannya berkaki ayam telah mengejar TGHH sambil meminta diberikan sedikit ruang masa untuk bertanyakan beberapa soalan. TGHH dengan suara yang agak tinggi menolak permohonan tersebut atas alasan sibuk. Walaupun begitu sibuk kononnya... sempat pula TGHH bersalaman dengan beberapa jemaah Masjid ketika itu...

12. Ketika Aduka Taruna dan rakannya berada di depan sebuah rumah (disebelahnya ada sebuat kereta SUV), terdapat beberapa orang penyokong PAS disitu yang nampak macam tercengang-cengang dengan kehadiran pemuda (Aduka Taruna) yang dengan sopannya beberapa kali meminta peluang untuk bertanyakan soalan kepada TGHH. Namun selepas mereka melihat TGHH dengan suara yang tinggi berkata "tak boleh.. tak bolehlah" tak semene-mene penyokong PAS tersebut menahan Aduka Taruna.

13. "Mu lah cakap banyak dalam blog.. Mu lah buat fitnah banyak" kata seorang penyokong PAS disitu sambil tangannya dengan kat memegang tangan Aduka Taruna. Dalam pada masa yang sama seorang lagi penyokong PAS telah mengarahkan supaya rakaman video tidak dilakukan... malah dengan kasarnya mengugut untuk merampas kamera video. Pada masa tersebut pemuda yang telah memegang Aduka Taruna telah berjaya merampas telefon bimbit Aduka Taruna dengan tujuan supaya rakaman audio yang dibuat oleh Aduka Taruna dapat dipadamkan.

14. Aduka Taruna kemudian diarakkan kembali (ditarik jaketnya) oleh beberapa penyokong PAS kembali kearah perkarangan bangunan Masjid. Kedengaran suara suara jahat yang menyuruh dibelasah sahaja Aduka Taruna. Upacara tarik baju dan pegang sana sini Aduka Taruna lu orang jangan kira la.... nasib tak koyak baju tue... Malah ramai yang menuturkan kata-kata "PAS tak perlukan bloggers la", "Bloggers Tak Penting", "Pergi mampus sama bloggers", "Takder Bloggers pon PAS boleh menang" .. Yang paling lawak tue rupa-rupanya ramai yang tak tau blogger itu apa dan siapa Aduka Taruna.... memang kayu la penyokong PAS nih... buta IT... hahaha

15. Rakan Aduka Taruna yang mengambil rakaman video juga dikepung dan ditarik bajunya oleh beberapa penyokong PAS... Nasib baik kamera video tidak jatuh atau rosak...

16. Aduka Taruna dikepung lebih dari 100 orang penyokong PAS didepan pintu masuk Masjid .. dikala ini Aduka Taruna dihamburkan dengan kata-kata kesat malah ada yang mengambil peluang menerajangnya dari belakang. Masa ini rakaman video tidak dapat dilakukan kerana jurugambar telah diasak dan dipegang kamera video... Walaupun begitu .. ramai jugak penyokong PAS yang mengambil video sama ada dengan telefon berkamera mahupun dengan camcoder...

17. Seorang jurugambar (kemungkinan Unit IT PAS Rusila) telah berada didepan sekali dan membuat rakaman. Permintaan masa 5 minit oleh Aduka Taruna untuk bertanyakan soalan kepada TGHH masih lagi disuarakan oleh Aduka Taruna.. namun semua pihak dengan kasarnya tidak memberikan kerjasama dan layanan.. TGHH ntah pi mana... makan tengahari kot... BatuApi langsung tidak kelihatan.. malah tidak ada seorang pon bloogers lain selain Aduka Taruna dan C++ (gua la tue) yang berada disana... Wei BatuApi.... takdak telur ka? Hahaha...

18. Dalam keadaan kelam kabut itu ada seseorang memberikan telefon bimbit Aduka Taruna kepada gua untuk dipadamkan rakaman didalamnya. Gua beri alasan tak pandai nak padamkan. Masa ini gua cuba buat rakaman video sekali lagi namun dihalang sambil ditarik baju. Gua dengan pantas mengeluarkan kad memori dari dalam camcoder dan disimpankan ditempat lain. Gua masukkan kad video kosong kedalamnya sebagai ganti sebab gua saspek yang mesti ada pihak akan rampas kad memori camcoder gua nih.

19. Tetiba ada seorang datang rampas kad memori camcoder gua... gua bagi jer dier amik sendirik... tapi yang kad memori kosong la... hahaha... dier mintak gua kasi telefon Aduka Taruna tue... gua kasi la.. tapi bukan telefon Aduka Taruna.... hahaha.... gua kasi telefon spare yang gua ader... jenama cap ayam yang takder simcard langsung tue.... hahaha... dier ambik tanpa banyak songel ... nasib la lu... hahaha .. Siapa yang amik tue gua langsung tak kenal... tapi dier pakai vest warna hitam (maybe biru gelap)....

20. Masa nih Aduka Taruna dibawak ketingkat atas bangunan Masjid Rusila... dan disini juga Aduka Taruna dibelasah secara curi oleh penyokong PAS... er.... time beramai berani la diorang nih... kalu sorang-sorang sure takder telor kot... Kalu BatuApi kata dier ader di Tingkat 1 selepas solat Jumaat tue... memang la dier nih munafiq... sebab takkan dier tak tau Aduka Taruna ader kat Tingkat 1 masa tue... kecoh bhai masa tue...

21. Dalam kelam kelibut tue... gua menyelinap blah dari kawasan masjid... camana gua chow... jangan tanya... dan gua selamatkan kad memori video (tak banyak video dapat amik sebab banyak kali kamera ader kat tangan penyokong PAS) dan jugak telefon original Aduka Taruna... gua pas kat member sorang lagi pada mulanya... tapi kemudian amik keputusan untuk letakkan kat satu tempat yang selamat... hehehe

22. Gua dapat dikesan oleh penyokong PAS dan diarahkan masuk balik kedalam kawasan Masjid... tapi masa ini semua rakaman dan telefon Aduka Taruna dah takder kat tangan gua... letak kat tempat yang selamat... Dekat pukul 3 Aduka Taruna diarahkan keluar dari Masjid dan Aduka Taruna mengambil keputusan chelah pi balai polis buat laporan...

23. Dekat pukul 3.30 baru gua dapat chow dari kawasan Masjid biler mana penyokong PAS nih tak dapat cari apa yang diorang nak cari dari gua... Gua drive arah ke Kuala Terengganu... ader kereta dan motorsikal mengekori.. cadang asal nak pi Maidin... tapi adjust pusing masuk kat Pantai Batu Buruk... masih ada yang mengekori... gua chelah pi pusing kawasan bandar.. dan rempit kat area bandar kawasan traffik light... dapat lepas dari diekori... pas tue ikut jalan lain pusing dalam bandar... ubah ikut laluan kawasan rumah orang kaya-kaya kat Batu Buruk dan akhirnya chelah pecut balik kawasan gua...

24. Aduka Taruna call ke henfon dier... Gua angkat.. dier kata dier ader kat balai polis Marang,... buat report... pastue akan pi HKT untuk medical checkup... dier mintak gua antar barang dier ke balai.. tapi gua saspek mesti ader yang akan cuba tahan gua serahkan barang tue ... jadi gua terus chelah... dan selamatkan mana yang ader...

25. Video rakaman yang tak banyak tue ader ... urusan upload dan sebagainya biarlah Aduka Taruna tentukan sendirik... bukan aper.. gua tak nak memandai mengupload... sebab nanti maybe akan merendahkan kredibiliti TGHH dan PAS... hahaha... sebab perangai budus penyokong fanatok nih.... Pasai tue la PAS kalah di Terengganu dalam keadaan ditempat lain PAS menang.... hahaha

Aper-aper pon ... pandangan peribadi gua.... "mengata dulang paku serpih".... "mengata orang kita jugak lebih".... gua tujukan kepada para penyokong fanatik PAS yang keterlaluan tiada adab sopan di kawasan masjid .... selama nih kita kutuk penyokong UMNO fanatik melampau... tapi tak sangka... penyokong PAS pun 2 kali 5..

Kalu belum menang pon dah susah nak bertanyakan soalan ... dan banyak helah... tentulah akan jadi "kaduk naik junjung" biler dapat jadi Menteri Kabinet kalu Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU13... mmm... ini macam kalu.. jangan mimpilah nak humban BN dari Putrajaya.... Lupakan sajer....

Lagi satu.... ramai-ramai beranilah diorang nih belasah Aduka Taruna secara sembunyi... tapi kalu one to one... for sure takder telor punya... macam BatuApi yang langsung takder telor nak jumpa Aduka... Alasan ada di tingkat 1 dan perjumpaan pukul 3 sure tak valid... sebab Aduka Taruna ader pi Tingkat 1 dan berada di perkarangan Masjid sampai pukul 3 lebih.. Gua pulak ader sampai pukul 3.30...... poodah la BatuApi... tulur yillekk.... hahaha

Akhir kalam... tak professional langsung Presiden PAS nak handle siri terjah... itu baru Aduka Taruna dan kengkawan dier..... kalu CNN dan sebagainya buat siri terjah macam mana lah pulak... hahaha... CNN, Al Jazeera dan lain-lain cukup suka buat siri terjah nih... hahaha..

Gua rasa aaa.... patut lepas nih Aduka Taruna dan kengkawan gunakan khidmat Nas Ahmad (Melodi) atau Karam Singh Walia (Aduan Rakyat) biler time buat siri terjah akan datang...

Oh yer... Program Langgar Hadi tue adalah program "TERJAH"... ini gua nak kasi penyokong PAS yang tak pass SPM tahu la... sebab pada diorang Program Langgar Hadi nih adalah program bawak kereta untuk langgar Hadi.... hahahaha... budus...

Sekian terima kasih... hehehe

Wei... gua pon ahli PAS gak... seumur hidup.. tapi takder la berperangai budus dan tak bertamadun macam nih... buat malu ahli PAS yang lain nih... hehehe .. PAS perlu di reformkan... PAS Reform adalah perlu..... untuk terus relevan... atau tenggelam terus tak relevan... sekarang nih takder nampak macam nak lead... Buat malu Ustaz Fadhil Noor jer... Arwah dulu selalu singgah cybercafe gua tiap kali lalu area gua punya cybercafe...

16 comments:

  1. Salam Bro...
    Ho ho, itu pasal aku sms kat Aduka dia tak jawab mlm tadi, tidak seperti selalu...
    Apa pun terima kasih banyak diatas laporan yang telah ko ceritakan ini,,,

    Nampaknya suasana masjid Rusila masih tak berubah dari apa yang lu cerita, sebab pada tahun 2000 dulu, waktu krisis royalti, 3 kali Jumaat aku bersembahyang di Rusila,dan samalah dengan apa yang lu cerita...

    Malam tadi dari jam 9.30 aku ada depan PC, dan dalam PC aku tu, aku dok tunggu ko punya Quenzo dalam facebook aku ada online atau tidak, namun sampai ketengahmalam tak ada,

    Yang ada online siapa... Batuapi... malam tadi FB bA ada online, sempat lagi ia do FB, jadi macam mana ni, timbul persoalan betul ke BA ni....

    Tak apalah, lepas ni kita pakat ramai-ramai tukarkan BatuApi jadi Batujamban.... Itulah yang selayaknya untuk dia...

    Buat Aduka, well done, lu sebagai anak jantan N9 sejati, gua tabik sama lu...

    ReplyDelete
  2. Ada nama nak komen --- apa kata CipanTenukTapir buat satu filem pasal TERJAH ni, boleh meletup ni.

    Macam perangai Syiah sesat!!! - buat polemik saje [silap hari jd fitnah]

    ReplyDelete
  3. UMNO tak pernah langgar adap sopan lebih2 lagi dlam masjid. Yang buat bi semua gerombolan anjing DAP, contoh PAS dalam kes ni. Gerombolan anjing-anjing DAP ni lebih hina dari anjing aku (jackie) yg jaga kebun aku.Orang yg bertamadun tak akan berlaku tidak sopan dalam mana2 rumah ibadat, lebih2 lagi masjid. Terbukti gerombolan anjing DAP ni lebih hina dari babi.

    ReplyDelete
  4. presiden PAS ni lebih kurang Khusrin. Khusrin tak pandai cakap inggeris orang pertikai jadi SU. Presiden PAS nak jadi PM boleh cakap inggeris tak?

    macam lu cakap, nasib baik CNN tak redah.

    ReplyDelete
  5. salam... mantap...

    kawan dah linkkan...huhuhu

    aduka taruna ni anak Iblis le

    ReplyDelete
  6. Wowwww
    Boleh buat drama bersiri tu.
    Mantap dan jangan kira fahaman politik.Yang benar tetap benar !

    Mohon linkkan saya bro....

    http://blogenstarz.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. c++,

    terima kasih di atas perkongsian maklumat ini. ia berlaku 11 hari selepas peristiwa 24 dis 10 di istana terengganu' kl.

    11 hari dari peristiwa ini ialah 18 jan 11...

    ReplyDelete
  8. Aku pernah tinggal di Trengganu selama 16 tahun.Di Kuala Brang 8 tahun, Dungun 4 tahun dan Marang 4 tahun.

    Dah lebih dari faham dah sikap mereka ni lebih-lebih lagi pengunjung masjid Rusila.

    Bagi aku Hadi ni jenis kepala samseng kat Rusila tuh....

    Dalam PRU yang dulu anak dia sendiri jadi kepala samseng menahan bas.

    Kalau dia bukan kepala samseng, kenapa dia tidak boleh arahkan penyokong dia lepaskan Aduka sebaliknya membiarkan ditahan dalam masjid?

    Hadi memang jauh lebih rendah tahap kredibilitinya berbanding Tok Guru Nik Aziz.

    Lepas ni gelaran paling sesuai buat Hadi ialah Tuan Guru Samseng haji hadi

    ReplyDelete
  9. kahkahkahkah...penulisan mana wa nk caya ni adula atau c++..aduka tak cakap pun yg dia kena penerajang dari belakang.n satu persoalan sewaktu aduka kena pegang mana lu masa tu.teloq ke dalam ka?ini lg sayu percanggahan lu dgn aduka cara TGHH melayan aduka dgn sura tinggi...kantoi lu nk reka citer agak la wehh...ahli apa lu ni lebih percaya bukan ahli pas sendiri dari tok guru.sirah mana lu ngaji ni beb...kehkehkeh

    ReplyDelete
  10. terbaeekkkk la brooo!
    rasa cam nak link je ke artikel ni.. tp camne ek? blog aku bkn sentuh sgt pn bab2 politik..
    bg cadangan bro.. aku suke dowh cite2 politik true story nih..
    hahaha..

    memang PAS perlu reform! nyah penyokong2 budus tahap sloth tuh..

    ReplyDelete
  11. Ramai dalam PAS seperti Nizar, Khalid Samad dan lain2 merosakkan perjuangan Islam PAS. aku syorkan mereka masuk DAP, lebih tepat dengan naluri politik mereka

    ReplyDelete
  12. cipan dah start menyondol.. wakaka...

    blogger13 dah berjaya dah... wakaka...

    lu tak tau orang PAS ganas ke dan gedebe ke??
    wakaka..

    kalau tak macam mana nak bertahan lawan UMNO..

    lu baru hidup zaman ni ke??

    lu tak ingat kes lubuk merbau..
    kes ismail gol..

    kalau takde orang gedebe..
    PAS rusila tak akan kuat..
    haha..
    kalau takde orang gedebe..
    macam mana bendera PAS nak ada sepanjang jalan dari chendering ke kampung kijing???..

    rupanya.. lu geng pengecut..
    wakaka

    ReplyDelete
  13. cipan, mana Lu lari masa mamatnijam kena tahan? bila keadaan dan reda, mamatnijam dah bla, Lu tiba2 muncul buat muka selamba, org tanya Lu dari mana? Lu jawab dari kertih asal peghok. org tanya tanya lagi Lu buat apa dtg sini? Lu jawab hari ini hari jumaat trg tak kerja, lagi pon dapat ceghita dari blog ada pertemuan mamatnijam dengan BA. then Lu tunjuk konci Lu nak duplicate.. adusss...wa kenai Lu bro.....hahahaha

    ReplyDelete
  14. Salam bro, ShueQry di sini dari blog iAwani, link ke page ni dah kami masukkan coverage artikel kami. Oleh kerana kami menggunakan Wordpress, link ke page ni tak akan keluar secara automatik di bahagian bawah artikel, jika ada, mungkin makan masa. Jemput tinggalkan komen di ruang blog kami, sebagai rakan media. Kini kami faham apa yang berlaku sebenarnya. Thank you for the explanation.

    ReplyDelete
  15. dah mamat tu panggil pukimak lancau apa la, nak layan terjah? kenal pun tak TGHH tetiba maki dalam blog, pastu harap nk jumpa layan elok2?

    cuba gua kata aduka teruna otak dalam kantung zakar, pastu gua jumpak. lu rasa teruna nak layan gua leklok? bodoh nak mampus AT nih.

    ReplyDelete
  16. lain kali beritahulah kalau nak datang....

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1