Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 December 2013

Cadangan PAS Yang Paling Mengarut

Bhai/DeeDee sekalian...

Mas Kahwin tue aderlah hadiah daripada seorang suami kepada isterinya. Ianya dijadikan satu haq untuk seseorang isteri oleh Allah Taala... Dan sebaik-baik seorang perempuan yang dijadikan isteri aderlah perempuan yang rendah mahar (mas kahwin) nya...

Pada pandangan peribadi gua... Cadangan dari PAS iaitu dari Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menaikkan kadar mas kahwin aderlah tidak bersesuaian... Kiter sepatutnya memudahkan dan meringankan pernikahan... Bukannya membebankan dan menyusahkan...

Sebaliknya... Kadar perbelanjaan lain termasuk wang hantaran la yang patut dikurangkan... Inilah yang menyekat lebih ramai orang daripada bernikah...  

Skrang nih... Nikah dan perkahwinan itu sudah jadi satu yang terlalu membebankan... Malah pada kadar sekarang nih... Kalu takder sekitar RM10 hingga RM15 ribu... Jangan mimpi la nak bernikah... Sudah jadi macam satu sekatan la plak..

Itu sebabnyer zina menjadi-jadi dan bermaharajalela... Even seorang Guru Penolong Kanan pon boleh terlibat dengan Zina... Malah ader pegawai jabatan agama pon terlibat dengan zina...

Aper nak jadi la... Sepatutnya PAS memberikan cadangan untuk mempermudahkan urusan pernihakan... Bukan tambah membebankan... Hadiah (mahar) @ mas kahwin kepada isteri tue tak payah la diperbebankan...

Cukup sekadar sesuatu yang setuju diterima oleh kedua-dua pihak... Permudahkan la pernikahan nih... Jangan  lah terpengaruh dengan kos sara hidup dan jugak metarialistik... Jangan jugak terpengaruh dengan elemen keduniaan...

Jangan galakkan zina secara tidak langsung... Adakah PAS nak galakkan zina kepada sesiapa yang tak mampu??!

Gua berani jamin... Akan ader para penchacai PAS yang akan menibai gua pasai isu nih... Diorang akan kata macam-macam termasuklah yang statement camnir ... "Kalu nak anak orang takkan la tabley nak keluarkan duit"..... Hahaha

Nih nasihat gua kepada para penchahai PAS tue.... Sila rujuk kembali kepada Al Quran dan Al Sunnah.... Okey... Itu pon kalu pandai membuat rujukan la... Takut banyak yang jenis main semberono jer tanpa fakta.... Hahahaha

Lawak siot...






12 comments:

  1. gua bukan cai pas mahupun BN. tapi cadangan diorg setakat rm220.50 sen tu xde lah aku rasa cam membebankan sangat kat org lelaki.. sehhari rm 7.35 sen bro... jgn lah menghentam mengkhinzir buta seperti blogger cai umno.. err ada paham kaaa

    ReplyDelete
  2. semua barang naik ! itu barang pun naik kahahaha ? ABU !

    ReplyDelete
  3. Salam bhai C+++

    Ada pro & con idea nak naik kadar mas kawin tu.

    Eloknya, hasil duit mas kawin akan membanyakkan income dalam khazanah kerajaan. Rakyat bersama memperkasakan ekonomi le katakan...hehe...lagipun apa sangat RM220 bhai, gua ingat RM1000-2000 pun ok!

    Lu ada cakap ni hadiah untuk isteri kita, betui tu. Tapi ni hadiah wajib untuk isteri kita. Jadi, kita kena le bagi lebih dalam bentuk possesions mungkin beli rantai emas, bagai, something precious buat kenang-kenangan, her asset! Lain le sapa yang nak kawin byk kali tu...hehe.

    Tak berapa eloknya idea tu, perbelanjaan, macam lu cakap, akan meningkat & memeningkan kepala ramai lelaki si luar sana.

    PAS patutnya bagi idea macam mana nak twist masalah adat, budaya kita yang berabih duit belanja kawin, kenduri semua ni.

    Kena ada pemikir strategi ni..Mungkin kena ada Tabung Kawin pasni... macam Tabung Haji, gitu...hoho

    ReplyDelete
  4. Adoii yai!!! Tahap ni jer yg naib presiden pas boleh pikirr???

    Dah ler isu tu sgt 'trivial' bahkan berlawanan pulak dgn semangat SYSTEM/deen Islam yg sentiasa meringankan, meMUDAHkan dan meLAPANGkan ummat!?

    Lupakah Tuan Man kpd sabda nabi SAW bhw "Islam itu adalah MUDAH dan lagi meMUDAHkan".

    Tapi klu dah presiden/Hadi pun bawa isu seremeh pil kuda & komunis wktu sgt dekat dgn PRU,,tak heran itu lah 'makam/standard' dorang yg wajib di wala' tu!?

    ReplyDelete
  5. Tuan Brahim ni salah seorang Naib Presiden PAS.Begitu banyak isu-isu politik yg wajar dikemukakan, dia cakap pasal mas kahwin.Ini apa punya kaliber kepimpinan.Inilah kaliber pemimpin ulamak.Waktu jadi Ketua Penerangan pun tak banyak menunjukan ciri-ciri kepimpinan.Bila orang kata ulamak buta politik, depa marah.Ini contoh baik, orang panjat dinding, dia panjat bendul.

    ReplyDelete
  6. dalam soal nikah ni persetujuan kedua belah pihak amatlah perlu
    untuk memudahkan urusan.yang penting setuju dengan rela bukan setuju terpaksa.

    ReplyDelete
  7. Sebaliknya... Kadar perbelanjaan lain termasuk wang hantaran la yang patut dikurangkan... Inilah yang menyekat lebih ramai orang daripada bernikah...

    Saya setuju dgn pandangan anda diatas itu - Sepatutnya Tuan Ibrahim tumpukan kpd isu wang hantaran yg terlalu mahal.Adapun wang mas kawin itu tiada menjadi apa-apa masalah kepada kedua belah pihak. Pas sepatutnya mencadangkan cara alternatif yang boleh memudahkan orang yang nak kahwin dgn perbelanjaan yang murah dan jimat. Kenapa PAS tidak cuba menaja majlis perkahwinan beramai-ramai sebagaimana budak-budak berkhatan beramai-ramai? Masyarakat sudah terbawa-bawa dgn cara hidup artis glamour yang kawin dgn tajaan jutaan ringgit oleh syarikat=syarikat tertentu...

    ReplyDelete
  8. xpe la rm22.50 tu. Kalau nak bagi lebih terpulang. Elok TITM usulkan perbanyak nikah dan kenduri secara beramai-ramai. Buat cara yg sederhana. Cari je butik2 pengantin yg bersepah-sepah yg mungkin boleh tlg anjur bersama.

    ReplyDelete
  9. Aku rasa perkara utama ialah meningkatkan lelaki dan wanita bertangungjawab dulu memalui pendidikan etc.

    Kemudian membantu dan memudahkan mereka berkahwin dalam mengelakan zina..

    Menaikan mas kawin perbelanjaan kawin bukan la jelan penyelesaian.

    ramai wanita ditindas kerana kurangya lelaki yang bertangungjawab nak kawin seks je tahu tapi tak reti nak pikul tangungjawab.. juga wanita..

    ReplyDelete
  10. syukur pada allah dah tunjukkan pada kami tahap pemikiran naib presiden pas ni takat mana

    aymy8888

    ReplyDelete
  11. bab bab gini warlord pas rajin lah kasik cadangan ..bab bab nak tingkat kan ekonomi kelantan ka apa ka ...blurr sotong nak mampus ...kasik tganu lingkup ..kasik kedah lingkup ..perak pun lingkup ...pas pas apa nak jadik pun x tau lah ...

    ReplyDelete
  12. Mas kawin ni rasanya x perlu jadi isu, sikit ke banyak ke terpulang pada dua2 pihak. Pandai2 la berbincang dan tak semestinya kena bagi duit @ barang berharga. Tapi bab hantaran yg sepatutnya diisukan. Ramai yg x mampu bab hantaran. Gamak tak mampu gak nak wat kenduri lepas nikah, jamu Mi Sedaap je kat tetamu..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1