Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bandar Baru. Show all posts
Showing posts with label Bandar Baru. Show all posts

27 February 2013

Tak Cukup Tanah Untuk Lari

Bhai.... Hahahaha... gua rasa seronok pulak lar petang-petang nih.... Gua baru dapat tahu yang Saifuddin Nasution telah dinamakan sebagai calon untuk Parlimen Kulim Bandar Baru.... Hahaha... Pilihan Anwar Ibrahim untuk kerusi nih memang nampak bagoosh...

Lagi terbaik kalu Anwar Ibrahim dapat turun Parlimen Kulim Bandar Baru sambil membuat permohonan maaf kepada umum atas kesilapan Anwar Ibrahim dulu meletakkan Zulkifli Nordin sebagai Calon pada PRU12.

Kalu Anwar Ibrahim dapat turun.... gua rasa aaa... lagi masak itu Zulkiflki Nordin... dalam keadaan nama Saifuddin Nasution sudah naik untuk PRU13 ... gua rasa ini kali lah Zulkifli Nordin akan  tak cukup tanah untuk lari... Hahaha.... UMNO sure takkan kasi line kat Zulkifli Nordin untuk bertanding kat sana.... hahaha.... dah pasti dah... sebab keturunan Kadeer mau kekal jadi calon BN kat sana...

Kalu Zulkifli Nordin nak jadi calon bebas kat Parlimen Kulim Bandar Baru.... hahaha... gua brani jamin yang kalu dier nih berkempen nanti... akan ader la telur tembelang dibalingkan ke atas pentas.... hahaha....  Dan insyaAllah... Zulkifli Nordin akan hilang deposit calon nanti.... hahaha

Jadi...... mau jadi calon kat mana plak itu Zulkifli Nordin.... hahaha.... rasanyer susah skit sebab ramai orang sudah tau dier punya inside story.,... sudah kantoi kalu.,... hahahaha.... masak la dier kali nih....

Zulkifli Nordin yang skrang nih tngah sibuk dengan agenda PERKASA nampaknyer patut sembelih leher dier sendiri la... hahaha... yer la... sebab nak bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru dengan tiket BN sure takkan dapat punya.... hahaha....  BN takkan bagi line... nak bertanding bebas... ader cukup duit ker dier... dan dah ader jentera pilihanraya ker dier... hahaha

(sori... artikel ini ditulis dalam keadaan kapla gua masih weng lagi.... hahaha.... banyak ngantuk lar)


MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar-Kulim Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah.

“Bagi tujuan itu, PKR akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

17 February 2013

Anwar Ibrahim Patut Minta Maaf

Bhai... Gun tuntut Anwar Ibrahim minta maaf kat sekalian pengundi di Parlimen Kulim Bandar Baru pasai dulu dier lantik Zulkifli Nordin sebagai calon PRU12. Zulkifli Nordin nih sepatutnya tidak layah duduk diangkat menjadi calon PRU12 bagi Parlimen Kulim Bandar Baru pasai jasanya dan kerja buatnya dalam Parti masa tue amat kurang...

Kalu dier berceramah tue... banyak yang karut keluar dari mulut dier... Ramai yang dah nasihatkan Anwar Ibrahim supaya jangan calonkan Zulkifli Nordin di Parlimen Kulim Bandar Baru... Tapi Anwar tak dengar cakap... Anwar Ibrahim tak mau nak dengar nasihat...

Sekarang nih.... Anwar Ibrahim patut turun ke Parlimen Kulim Bandar Baru dan minta maaf kat sekalian pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim kena cepat turun ke Parliemn Kulim Bandar Baru kalu nak kerusi Parlimen nih kekal milik Pakatan Rakyat.... Lagi lambat Anwar Ibrahim turun ke Parlimen Kulim Bandar Baru... lagi payah....

Nih gua nasihatkan... Anwar Ibrahim patut minta maaf....

Berkaitan :

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Wangsa Maju memberi sokongan penuh kepada Penyelaras PKR kawasan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil menyifatkan Kee Kwong adalah calon yang tepat bertanding di Wangsa Maju, Anwar berkata, tindakannya dulu meletakkan Wee Choo Keong bertanding di Wangsa Maju pada PRU12 adalah satu kesilapan.

“Saya memohon maaf kepada penduduk di Wangsa Maju kerana telah meletakkan Choo Keong bertanding di Wangsa Maju lalu menang menjadi Ahli Parlimen di sini tetapi akhirnya beliau melompat parti.

“Tetapi pada kali ini, saya berharap pengundi Wangsa Maju akan memberi sokongan penuh kepada Kee Kwong pada PRU13 kerana beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Malah kita kenal latar belakang keluarganya,” katanya semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Prima Setapak, semalam.

Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Ahmad.

Pada majlis tersebut, Kee Kwong dibayangkan merupakan calon yang dijangka bertanding di kerusi panas Wangsa Maju setelah Ketua Umum PKR itu meminta pengundi Wangsa Maju memberi sokongan kepadanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Mazlan Abdul Jalil berkata, Kee Kwong adalah calon yang tepat untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 nanti.

“Beliau adalah calon tunggal yang akan meneruskan penguasaan PR di Wangsa Maju malah setakat ini parti komponen dalam PR juga tidak menuntut kerusi di Wangsa Maju,” katanya,

Kee Kwong ketika ditemui berkata, beliau menerima dengan hati terbuka untuk bertanding di Wangsa Maju di atas kepercayaan penuh parti.

“Jentera parti telah melakukan persiapan pada PRU13 dan saya berjanji akan bekerja untuk parti, rakyat dan negara bagi memastikan negara ini ditadbir dengan bermaruah.

"Malah saya sangat optimis PR akan menang di Wangsa Maju pada PRU13,” katanya.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1