Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Keji. Show all posts
Showing posts with label Keji. Show all posts

18 July 2012

Mereka Merancang....

Bhai.... Citer bab nak sabotaj Kerajaan Selangor menggunakan Syabas sebagai proksi dalam isu air nih... mengingatkan gua kepada satu ayat Al Quran....

"Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya). Dan Allah adalah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)" - Al Imraan (Ayat 54)

Begitulah lumrah dan fitrah alam ini..... Setiap perancangan keji yang dilakukan oleh manusia untuk mengenakan manusia yang lain, maka Allah lah yang sebaik-baik perancang (yang akan membalas tipu daya keji)...

Syabas merancang secara keji untuk mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor yang telah dipilih secara sah. Syabas bersekongkol dengan UMNO untuk menggagalkan segala macam usaha Kerajaan Selangor untuk memperbaiki perkhidmatan kemudahan air di Selangor.

Jika Syabas dapat melaksanakan kerja sabotaj air terhadap Kerajaan dan rakyat Selangor, pastinya besar kemungkinan UMNO/BN akan dapat kembali merampas kuasa pentadbiran Selangor...

Tapi... rancangan sabotaj yang keji ini telah dibalas oleh Allah Taala dengan cara yang paling simple... Allah Taala telah menurunkan hujan dibeberapa kawasan di Selangor... dan secara logiknya... bekalan air mentah masih lagi terkawal.... Maha Suci Allah yang memiliki sebaik-baik perancangan...

Jadi... kepada Syabas dan UMNO/BN ... ingatlah ayat dalam surah Al-Imran nih.... Allah Taala lah yang menguasai segala perancangan dan Allah Maha Hebat lagi Maha Bijaksana...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1