Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rambang. Show all posts
Showing posts with label Rambang. Show all posts

10 November 2010

17 Peluru Atau Lebih?

Itu hari masa mula-mula bicara kes tembakan maut kepada AminulRashid.... mahkamah diberitahu bahawa saspek menggunakan 17 bilik peluru 9MM ... ditembak dari senjata H&K MP5 .... tapi betulkan hanya 17 peluru atau sebenarnya lebih?

Sebab semalam.... mahkamah diberitahu bahawa terdapat 32 kesan tembakan kat kereta tersebut....

Persoalannya... siapa lagi yang tembak kalu saspek cuma tembak 17 das sahaja.... mesti ader ramai lagi yang buat tembakan rambang... tapi yang kena saspek sorang jer.... Macam kes kambing dihitamkan jer... aper la... nak tipu pon pandai la skit...

Gua berani jamin... sejak mola berita lagi... bahawa tembakan keatas kereta AminulRashid tue tak dibuat semasa kereta tersebut dalam episod kejar mengejar... tapi... tembakan (17 peluru atau lebih?) sebenarnya dibuat selepas kereta terbabas dan berhenti...

Gua tak percaya seorang konstable macam nih ader skit buat tembakan MP5 dari dalam kereta dengan sebelah tangan sahaja.... atau dier duduk atas tepi tingkap kereta sebelah kiri sambil melakukan tembahan.... (wei... gau jamin setakat level polis camnie takkan berani punya)...

Jadi... biler dah terbabas tue... diorang aper lagi.. buat la tembakan macam orang giler.... peluru yang kena tayar tue gua jamin ditembak selepas kereta dah berhenti... sebab nak cover line...

Gua pernah ikut satu training eskot VVIP ... dari situe gua tau yang kalu setakat Polis GD (General Duty) takkan ader kemampuan untuk handle "hot pursuit" punya tembakan.... diorang tak dilatih dalam senario ini.... lain la kalu saspek tue bekas Komando 69 (VAT 69) atau UTK.... yang itu gua percaya ader skil macam nih....

Gua berani potong ayam kalu yang menembak sebenarnya lebih dari 2 orang.... dan yang lain semua sudah lepas tangan.... kambing sudah dihitamkan.... hehehe

29 April 2010

Polis Kata

Polis kata diorang tembak kereta Aminulrashid Amzah semasa kejar mengejar untuk menghentikan kenderaan tersebut.

Polis kata tembakan tersebut dibuat untuk mengelakkan kecelakaan keatas orang awam atas sebab pemanduan Aminulrashid Amzah yang merbahaya.

Polis kata tembakan dilakukan beberapa kali sehinggalah Aminulrashid Amzah terbunuh.

........

Gua kata memang polis buat tembak menembak sama kejar mengejar konon untuk menghentikan kederaan tersebut.

Gua kata tembakan itu sebenarnya lebih mengundang kecelakaan (peluru sesat) keatas orang awam walaupun pemanduan Aminulrashid Amzah berbahaya.

Gua kata diorang cuma tembak tak mungkin lebih dari 6 kali kerana kalau lebih dari itu, itu dah kira tembakan rambang yang tidak tentu hala.

......

Apa-apa pon.... polis yang menembak tue serta rakannya perlu menjalani ujian psikologi untuk memastikan diorang mampu untuk mengendalikan situasi cemas dimasa akan datang dan juga berhemah ketika menggunakan senjata api.. Mereka juga perlu digantung sementara dari tugas sehingga semua siasatan selesai...

Sebagai penyelesaiannya, dua unit pakar poligraf perlu dilantik (perlu bebas dan telus) untuk membuat profil fakta dan soalan kepada keempat-empat anggota polis terbabit. Satu unit dilantik oleh pihak Kerajaan Malaysia dan satu lagi dilantik oleh orang awam.

28 April 2010

Ujian Psikologi Buat Pengendali Senjata Api

Gua sebenarnya paling menyampah biler dengar polis tembak rambang sampai ader yang mati. Dalam banyak kes... kononnya polis bertindak mempertahankan diri... gua nak tanya nih... kenapa kalu nak pertahankan diri perlu kena tembak kat kepala...

Kalu penjenayah tue bersenjata api.. pun gua tak setuju gak tembak kat kepala sampai mati... tak boleh ker tembak bahagian lain yang bertujuan melemahkan dan seterusnya menyekat pergerakan penjenayah... takkan polis tak pandai nak tembak bahagian lain...

Apa-apa pon... benda dah jadi.. dah banyak kali dah.. bagi yang dok sokong tindakan polis buat tembakan rambang tue... gua nak tanya kat diorang nih... apa kata kalau yang mati tembakan rambang tue adik beradik, sedara mara atau mak bapak korang.... tanya diri sendiri dulu sebelum nak kutuk ker sokong ker... aper ker...

Okeh... sebagai langkah penyelesaian kepada semua kes tembakan rambang oleh pemilik senjata api nih... gua sarankan supaya semua pengendali senjata api didalam Polis tanpa mengira jawatan, pangkat atau sebagainya supaya menjalani ujian psikologi buat pengendali senjata api secara berkala... iaitu setiap 6 bulan sekali... jika beliau gagal dalam ujian psikologi, beliau akan digantung daripada dibenarkan menggunakan atau mengendalikan senjata api... selama 6 bulan atau setahun sehinggalah satu ujian psikologi sekali lagi dijalankan dalam sela masa yang sama...

Inilah langkah selamat untuk semua... kalu Kerajaan Malaysia tidak bersetuju nak buat ujian psikologi nih... maka sila lucutkan polis dari menggunakan senjata api dan tukarkan kepada alat Taser Gun sahaja....

Amacam ... ada setuju... kalu tak setuju... amik pistol dan bedil la kepala sendiri.... macam siot jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1