Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

30 January 2025

Nga Kor Meng Sedang Bermain Dengan Api

Bhai/DeeDee...

Ini bukan setakat menunggang agama... tapi sedang bermain dengan sentimen api dan perkauman,,, Dah gila agknya DAP sejak dapat kuasa besar nih,, Mopti MAZA.. langsung tak cakap apa.. tagune betul mangkuk tue...

Nak Marahkan Pesawah Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Para pesawah menuntut harga padi pada paras RM1800 satu ton, Pada waktu ini harga padi dikatakan pada kadar harga lantai RM1300.00 satu ton. 

Itu hak mereka...

Takkan nak kena buli selamanya???

Agak-agak la...



20 January 2025

Macam BIasa Dengar Jer

Bhai/DeeDee semua..

Di sebuah pejabat kerajaan yang dihias mewah, seorang pemimpin tertinggi kerajaan, Tok Rahman, duduk di kerusi kulitnya sambil memegang secawan kopi.

Di hadapannya, pembantunya yang setia, Encik Syed, berdiri sambil tersenyum lebar. Suasana santai itu tiba-tiba berubah apabila televisyen di sudut bilik menyiarkan keputusan mahkamah yang dinanti-nantikan.

Hakim dengan penuh keyakinan berkata, “Dokumen yang didakwa itu tidak wujud. Ia hanyalah hearsay!”

Keputusan itu bergema di seluruh ruang pejabat.

Rahman memandang Syed, matanya bersinar dengan penuh kepuasan. Dia meletakkan cawan kopinya perlahan-lahan, lalu ketawa kecil.

“Hearsay?” katanya sambil mengangkat sebelah kening.

“Dokumen itu ada dalam peti besi kita, Syed. Hakim itu benar-benar mempercayai apa yang kita rancang.”

Syed tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia ketawa terbahak-bahak, tubuhnya terhentak-hentak kerana terlalu gembira.

“Saya tak sangka dia akan menolak bukti itu sepenuhnya! Semua kerana kita sembunyikan dokumen itu dengan baik. Hebat, Tok. Hebat!” katanya sambil mengesat air mata ketawa.

Rahman turut ketawa, lebih kuat kali ini. “Inilah kelebihan apabila kita kawal semua. Mereka boleh berbicara tentang keadilan, tetapi pada akhirnya, kitalah yang menentukan permainan.”

Syed menambah sambil menahan nafasnya, “Dan bayangkan, pihak lawan pula kelihatan seperti orang bodoh kerana tak dapat buktikan dokumen itu wujud! Mereka pasti kecewa.”

Rahman menyandarkan badannya ke kerusi, senyum lebar. “Hakim macam tu patut jadi badut sarkas, bukan duduk di mahkamah. Kalau dia tahu kita simpan dokumen tu dalam peti besi pejabat ni, agaknya dia melutut minta maaf!”

Rahman mengangguk sambil tersenyum sinis.

“Saya tahu yang orang itu sangat berharap kebenaran boleh bebaskan dia. Biar dia sedih. Biarkan mereka kecewa. Kita sudah menang di mahkamah dan di mata rakyat. Selagi dokumen itu kekal tersembunyi, mereka takkan dapat berbuat apa-apa.”

Ketawa mereka terus bergema di dalam pejabat itu, melambangkan kemenangan atas manipulasi yang licik.

Di luar bilik, seorang pegawai rendah yang kebetulan mendengar perbualan itu hanya mampu menunduk, merasakan betapa rosaknya sistem yang sepatutnya melindungi keadilan. Di luar pejabat pula, dunia terus berputar, tidak menyedari bahawa keadilan telah dipermainkan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.



12 December 2024

Jalur Gemilang Terbalik Satu Agenda Jahat

Bhai/DeeDee semua...

Bendera terbalik bayangi kemenangan Zii Jia. Zaman sekarang orang pakai jersi semua jenis Sublimation. Mana ada lagi jersi pakai logo jahit-jahit tampal... mengarut sungguh la... Tak logik sangat...

Nampak sangat macam ada agenda jer buat tampat jahit Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik...

#ZiiJia #jalurgemilang #terbalik #benderaterbalik #badminton #Relevan #Politik

Mudah Kerja - Salahkan Sahaja Pada Banjir

Bhai/DeeDee semua...

Negara hilang 5 3 juta pek beras putih tempatan 10kg akibat banjir. Kalau tak banjir nak salah apa yer... sebab selama dekat 2 tahun nih... banjir takder la teruk melainkan baru-baru nih jer... Masa tue mana pergi stok beras tempatan?

Nak kencing WalaNON boleh la..

#berastempatan #banjir #WalaNON #berasimpot #Relevan #Politik

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1