Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 December 2014

Cerita Disebalik Cerita

Bhai/DeeDee semua...

Kalo MH370 ..... orang banyak sabitkan kehilangannya dengan kargo Manggis dan Bateri Lithium Ion yang dibawa.... walhalnya takder saper yang nak tanya kenapa akses akaun Kapten Zaharie di MAS digodam 10 hari sebelum insiden sehingga dia terpaksa request akses yang baru.

Kalo MH17.... orang banyak sabitkan dengan peluru berpandu bumi ke udara BUK .... walhalnya takder saper yang nak tanya kenapa pesawat tue kena tembak dengan peluru AMRAAM dari satu pesawat Drone milik USA pada jarak lebih 150km dari ketinggian 40 ribu kaki dari kawasan ruang udara pantai Ukraine

Kalo QZ8501... orang banyak sabitkan dengan isu awan Comulus Nimbus (CB) ..... walhalnya takder saper nak tanya kenapa pesawat yang terbang laluan antarabangsa terbang dibawah paras standard 35 ribu kaki...... iaitu pada 32 ribu kaki sahaja.....

Ini semua ader cerita disebalik cerita.... the untold stories.....

Kalo MH370 dikatakan terjunam dalam laut.... elok plak takder pecah satu benda pon... takder debris takder serpihan.... takder mayat... takder signal ELT/Emergency Beacon ....... hebat...

Kalo MH17 dikatakan ditembak oleh BUK seperti yang ramai percaya pada mulanya.... hahaha... kenapa takder smoke trail bagi peluru berpandu tue yang boleh dilihat sejauh 10 hingga 20 km pada cuaca baik..... sepatutnya smoke trail nih akan ader sekirang-kurangnya 10 minit diudara.... macam kalu kiter lihat pesawat terbang lebih 35 ribu kaki.... mesti ader smoke trail...

QZ8501 terhempas.... ader serpihan... ader mayat... ader kesan...... mungkin pesawat A320 tidak sekuat dan setahan Boeing 777-200 .... hahaha....

Giler kentang aaaa...... itu sebab gua dari awal lagi kata...... karut ja cerita nih....  Takziah kepada keluarga mangsa...... kesian semua jadi bidak catur....

Baca SINI dan SINI



29 December 2014

Malaysia Kena Ugut?

Bhai/DeeDee semua...

- Ugutan kali pertama... buat derk ja.... tapi ader satu pihak yang paling mengelejat...
- Ugutan kali kedua.... masih lagi buat derk .... tapi pihak yang sama jugak paling mengelejat kepoh
- Ugutan kali ketiga... belum tau nak buat derk atau tidak... tapi tak sampai sejam pihak yang sama jugak paling cepat mengelejat kepoh

Errrr.....

Yang pertama .... takder amik pot nak deal ngan pengugut ...
Yang kedua ... pon takder nak amik pot gak... bayor ja puak lain ...
Yang ketiga ... nak buat donno atau tidak???

Ntah la..... teori dan maklumat kekal teori dan maklumat...

Menjerat atau terjerat....

Kalo takmo deal gak.... aderkah akan berlaku yang keempat?? Siapa yang akan jadi mangsa....

Tunggu dan lihat ja.... okeh .... hehehe

BANJIR : Keperluan Standard Untuk Mangsa Banjir (Satu Cadangan)

Bhai/DeeDee semua...

Aper yang gua nak utarakan aderlah perkara yang sepatutnya disediakan disetiap pusat penempatan mangsa bencana (PPMB) bagi menghadapi bencana... Ianya kena mengambil kira berapa orang boleh ditempatkan dalam satu-satu PPMB....

Okeh...

Mari kita ambil satu sekolah la sebagai PPMB.

Katakanlah satu PPMB disekolah ini boleh menempatkan 300 keluarga... Jadi pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana kena multiply la 5 kali ganda (2 ibubapa dan 3 anak) ... Ini bermakna akan ader 1500 mangsa bencana yang perlu disediakan keperluannya...

Jadi aderlah terbaek kalu setiap PPMB kiter limitkan kepada 300 keluarga maksimum bagi memudahkan urusan pengendalian dan tetapkam siapa yang menjadi urusetia PPMB sedari awal lagi.

So.... Kalo 300 keluarga... Kita cuma perlukan 300 set peralatan basic yang lengkap seperti yang gua listkan kat bawah nih.. Kena masukkan dalam setiap beg khas yang diberikan kepada ketua keluarga untuk handle... Lepas habis banjir.. ketua keluarga kena pulangkan balik beg khas ini ... Kena catit inventory la...

List dalam beg khas tue:

- 1 set khemah untuk 5 penghuni
- 5 set tuala
- 5 set selimut
- 5 set kain batik @ kain pelikat
- 5 set bantal (inflatable)
- 2 set tilam (inflatable) queen size
- 5 set sleeping bag
- 5 set berus gigi lengkap dengan ubat gigi
- 1 set pengecas telefon gunaan solar / gunaan tangan
- 2 set lampu emergency versi LED (guna solar)
- 2 set lampu suluh (pengecas solar)
- 1 gulung tali
- 2 bakul collapsible (untuk isi pakaian)
- 1 peti keselamatan (berkunci) untuk letak dokumen kalu perlu

Bagi peralatan lain.. seperti lampin pakai buang dan tuala wanita ... ianya akan dibekalkan oleh urusetia PPMB biler ada permintaan (keperluan) ... Dengan cara ini urusan akan lebih teratur... Urusan penyediaan makan minum pula kena ader sistem penggiliran dengen penyertaan mangsa banjir bersama dengan sukarelawan dan urusetia.... 

Mangsa banjir mestilah bekerjasama dengan baik.. Kiter tidak mahu mangsa banjir seaakan menjadikan PPMB serupa tinggal dihotel tanpa mahu terlibat dalam urusan keperluan dan kebajikan serta pengurusan di PPMB.... Kena ader lantikkan ketua dan AJK PPMB dari kalngan mangsa banjir dengan dibantu oleh urusetia PPMB yahg ditetapkan oleh MKN... Barulah semuanya akan teratur dan mengikut SOP pengurusan bencana.

Terbaek kalu disetiap PPMB disediakan set generator dengan kemudahan bekalan minyak mencukupi untuk beroperasi selama 1 minggu dengan kelenngkapan sistem perhubungan menggunakan radio amatur @ walkie-talkie bagi memudahkan urusan komunikasi dan pengurusan bencana.

P/S : banyak lagi cadangan penambahbaikkan yang gua akan cadangkan... jadi sentiasa folo update artikel nih


28 December 2014

Bertabahlah ...

Bhai/DeeDee semua...

Bertabahlah sebab malapetaka datang bertimpa-timpa... Cuaca yang tidak mengizinkan... Air pocket yang kuat.... Jadi bertabahlah.... Perkara yang dah terjadi tetap terjadi... Bertabahlah ...

Gua tak sempat nak tanya geng-geng kat Agensi tentang isu pesawat AirAsia yang hilang nih.... Tapi dari apa yang gua ketahui... InsyaAllah pesawat AirAsia ini tidak akan terbang sampai ke Lautan Hindi Selatan sebab kapasiti minyaknya terhad... 4 atau 5 jam penerbangan ja...

Jadi bertabahlah...




Banjir : Kemana Hilangnya Warga Asing?

Bhai/DeeDee semua...

Semasa membantu di satu pusat penempatan mangsa bencana BANJIR 2014, gua terperasan satu perkara... Yang hadir di pusat penempatan mangsa banjir cuma ader orang Melayu, orang Cina, Orang India, Orang Benggali ..... Tapi semua tue aderlah warga Malaysia.. Orang tempatan...

Gua tak nampak pon warga asing seperti Bangla, Indon, Myanmar, Nepal, Filipino dan sebagainya hadir di pusat penempatan mangsa bencana... Huh... Mana diorang pergi aaa.. Macam mana diorang menyelamatkan diri dari bencana banjir..

Takkan la semua skali warga asing nih sama ada PATI atau bukan PATI... Boleh ilang begitu sajer... Magik sungguh la... Sebab semua mangsa yang berads di pusat penempatan mangsa bencana ue diambil maklumat peribadinya oleh pegawai bertugas.. Takkan la ader warga asing yang dah dapat menyamar jadi warga Malaysia... Agak--agakla wei...

Takkan la kat Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor takder seorsng pon warga asing terlibat dan menjadi mangsa banjir... Takkan la kot... Macam mana boleh ilang hampir 3 juta warga asing yang berdaftar... Dan macam mana boleh ilang warga asing PATI yang tak berdaftar seramai hampir 7 juta orang tue...

Hahaha... Magik... Magik...


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1