Bhai.... sahih puak-puak NGO nih bangang-bangang belaka.... Hahahaha.... punya la terpampang hasutan perkauman yang dibuat oleh UTUSAN MALAYSIA dan para blogger pencacai UMNO..... tetiba jer boleh diorang kata Pakatan Rakyat plak yang hasut orang awam dengan isu perkauman....
Ini sama ader bangang atau gila... Tapi gua saspek diorang nih sebenarnya gila.... hahaha.... sohih gila.... Lu orang baca cerita tentang diorang nih... gua rembat dari Sinar Harian... hahaha... sori.. tak sempat snapshot... nak cepat.... hahaha ....
Ya Allah Ya Rahman... Engkau hilangkanlah kegilaan ini daripada diri diorang. Janganlah Engkau hinakan diorang nih dengan kegilaan ini. Sesungguhnya kami malu melihat anak bangsa kami yang telah menjadi gila seperti ini. Paling kurang pon Engkau jadikanlah mereka ini kekal bingai sahaja tanpa menjadi gila ... Ameen...
ALOR SETAR - Lapan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan memainkan isu perkauman di Selangor, Perak dan Pulau Pinang anjuran pemimpin pakatan rakyat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan negara.
Badan Generasi Prihatin, Persatuan Hizbah Malaysia, Perkida Daerah Kota Setar, Persatuan Silat Garuda, Persatuan Penjaja Kecil Kedah, Belia 4B, Badan Bertindak Selamatkan Kedah dan Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 10.30 pagi ini.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Yang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad berkata, pemimpin pakatan rakyat perlu akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia merupakan pilihan rakyat.
Beliau juga mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya tidak memainkan isu perkauman gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada mereka dan menganjurkan perhimpunan Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya,Selangor, Ipoh, Perak dan Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini.
"Saya sangat kecewa walaupun PRU dah habis, mereka timbulkan pula isu perkauman kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU lalu. Isu ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum," katanya.
"Saya dan badan-badan NGO yang lain tidak akan berdiam diri dengan cubaan mereka untuk menghuru-harakan keamanan negara.
"Kami akan berada di belakang kerajaan untuk bersama-sama mengatasi isu ini supaya keselamatan rakyat Kedah dan Malaysia terjamin," katanya.
Beliau juga meminta rakyat Kedah dan ahli-ahli Silat Garuda di seluruh negara untuk menjadi 'mata dan telinga' bagi membantu polis membanteras isu perkauman ini dalam menjaga keamanan negara.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Hisbah Malaysia, Dr Sobri Sudin pula berkata, laporan yang dibuat ini bukan atas dasar politik tapi atas dasar keselamatan negara kerana risau dengan kejadian-kejadian yang boleh berlaku akibat perhimpunan dan isuperkauman ini.
"Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu buat kerja dengan cepat apabila mendapat laporan berkenaan isu ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. "Takkan bila dah jadi sesuatu baru nak ambil tindakan," katanya lagi. - Bernama
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
13 May 2013
8 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seoran...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
en cipan.. itu lah masalahnya.. lu kan ada kabel dgn polis.. buat peraturan baru.. siapa yg menunjuk kebingaian boleh di dakwa dan tangkap oleh polis
ReplyDeleteang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad
ReplyDeletedie ni bapak rosmah ke? bru pertama kali dgr nama silat garuda..
bhai,
ReplyDeletesalah 1 persatuan tu, persatuan ibu tunggal parlimen kuala kedah. gua cadangkan sapa2 yg prihatin tlg carikan calon suami kat ahli persatuan tu, cnfirm senyap tak berkutik la pas tu! hahaha
persatuan silat garuda? biar betik ada nama cam ni? ahli yg mendaftar kena ada badan besar bagak cam garuda ke apa? adui laaa.....
bhai,
ReplyDeletejust a note to NAJIB, 7:37pm.
hang kan 'isteri' rosmah mansur, takkan hang tak kenal pak mentua sendiri? hahaha
hahaha
hahaha
Maaf ler CTT, dema ni prihatin kat kaum mereka yang ditibai oleh Pakatan Rakyat dan bloggers pro PK sbb kita ni racist terhadap sdra mara mereka dari bangla. Kan perkauman tu...
ReplyDeleteKadang2 kesian tgk macai2 umno ni...tak pandai x pe..kitaorg x marah..tp jgn laa sampai bersunguh2 tunjukkan kebodohan diaorg tu..
ReplyDeleteMalu laa sikit kat anak2 jiran tetangga n saudara mara....hahahaa
Nak spin sebab Anwar anjurkan perhimpunan so spin perhimpunan ni dengan semangat perkauman.. dan kerajaan boleh tangkap anwar di bawah akta hasutan..
ReplyDeleteaku setuju jugak la dgn adam ahmad atas ni
ReplyDeletekalau kurang cerdik tak apa, tapi belajar la tingkatkan kecerdikan
cerdik bukan hanya belajar kat sekolah/kolej
kalau dah kurang cerdik tu, kurang2kan tunjuk kat orang
memalukan anak bini dan tamadun orang melayu ja