Bhai..... gua dapat tau benda nih pon dari Sinar Harian... hahaha... memang bersinar-sinar la harian gua nih... hahahaha.... cerita pelik dari Terengganu nih memang mengejutkan gua.... pelik tapi benar.... ajaib betul lar.... memang la gua rasa aaa banyak sangat magiknyer Malaysia nih.... boleh menang award nih....
Cuba lu tengok aaa.... kontraktor yang repair dan bukak semua struktur bumbung stadium yang runtuh itu hari cepat jer kena dakwa dan hukum,... pasai kecuaian syarikat dier menyebabkan pekerja cedera.... tapi......
Tapi... kontraktor yang pasang bumbung dan buat bumbung stadium runtuh di Gong Badak Terengganu tue sampai ke hari ini kiter tak tau saper... dan tak tau sama ader dier kena dakwa atau kena hukum.... senyap sunyi jer.... hahaha.... ker sebenarnya ader kaitan dengan puak-puak UMNO kot.... hahaha
Biasa la kat Terengganu nih... kalu ader projek besar jer... projek kecik jer... semua kena sapu dek juak-juak UMNO... hahahaha... tender dapat kat juak-juak UMNO... tapi pas kerja tue kat kontraktor Cina... modal kerja dari kontraktor Cina..... hahahahaha.... lawak kan... dan itulah yang selalu berlaku.... kalu pas kat subcon Melayu pon... semua kerja cikai jer... hahaha...
Aper-aper pon... biler aaa kiter nak dengar berita dan cerita kontraktor bumbung stadium runtuh tue nak didakwa dan dihukum.... ntah biler aaa.... hahaha...
KUALA TERENGGANU - Seorang kontraktor binaan dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan kerja-kerja membuka semula struktur bumbung ‘west stand’ di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, tanpa lesen.
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris turut memerintahkan Abdul Rahim Osman, 52, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda.
Kesemua hukuman itu diputuskan selepas pemilik Syarikat Tetuan RHM Sevices itu mengaku bersalah menjalankan kerja-kerja membuka semula struktur bumbung ‘west stand’ dan lain-lain kerja berkaitan dengan stadium itu tanpa berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan CIDB Malaysia.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah subseksyen 25 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 dan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29, akta yang sama itu pada 5 November tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, Abdul Rahim selaku sub kontraktor dalam kerja-kerja berkenaan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM50,000 jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa CIDB Malaysia, Abdul Razak Husin manakala Abdul Rahim tidak diwakili peguam. Terdahulu, dalam rayuannya, Abdul Rahim mendakwa tidak tahu bahawa dia sebagai sub kontraktor yang dilantik perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan.
“Saya ingatkan kontraktor utama sahaja perlu berdaftar dengan CIDB Malaysia, jadi disebabkan itu saya tidak berbuat demikian. Saya merayu mahkamah memberi hukuman paling minimum,” rayunya.
Sementara itu, kontraktor utama iaitu Prisma Keris Sdn Bhd telah dikenakan tindakan tatatertib pada 11 April lalu iaitu di bawah peraturan 15 (4) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kontraktor 1995. Kontraktor berkenaan dilarang menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan kecuali dengan arahan CIDB Malaysia dan satu notis boleh dikeluarkan terhadap kontraktor yang menghendaki untuk tidak memulakan atau meneruskan kerja-kerja pembinaan tersebut sekiranya ada. Selain itu, Perakuan Pendaftaran kontraktor ditarik balik sehingga tamat tempoh Pendaftaran iaitu pada 25 Julai ini. Kontraktor itu hanya dibenarkan menyiapkan kerja-kerja membuka semula baki struktur bumbung ‘west stand’ dan lain-lain kerja berkaitan seperti mana yang dikehendaki di dalam surat award.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, yang dalam proses baik pulih runtuh. Semasa kejadian, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung stadium berkenaan dan dianggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh.
Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.
Pada masa sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengaku berkemungkinan punca kejadian daripada kecuaian pihak kontraktor dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat. Stadium berkenaan terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta setelah bumbung utamanya bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
14 May 2013
4 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seoran...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
pas ni kita akan dgr pulak puak kontraktor Ali btegang leher dgn k menteri yg baru, sbb kontrak akan banyak diberi pd kroni dia pulak.
ReplyDeleteBiler lagi nak tolong member?
ReplyDeletemasa cari kontraktor yang pasang tu dah jadi blackout
ReplyDeleteBhai X-Melaka...
ReplyDeleteHahaha... tak lama tue... maybe sebulan dua dah boleh dengar dah.... hahaha
Bhai Awang Pekan...
Yer betul... biler lagi mau tolong member...
Bhai Tukang Kata...
Blackout lagi... hahaha.. ini kena tanya TNB...