Orang dah mati sure tabley nak pertahankan diri dier... Yer la kan... Sudah mati... Sebab itu lar ... Gua cukup bengang dengan orang ramai yang citer macam-macam tentang orang yang dah mati.. Orang yang dah mati takkan dapat berhujah lagie...
Sibuk media dok canang isu saman trafik yang banyak yang khabarnya dipunyai oleh pemandu bas yang terhumban fi Genting baru-baru nih... Macam-macam la ayat dalam media celaka berhujah kononnya simati adalah kaki pecut... Simati memang kaki kesalahan traffik...
Simati dah mati.. Macam mana dier nak pertahankan diri... Ntah-ntah saman halaju yang simati dapat tue sebenarnya bukan pon laju mender... Banyak orang di Malaysia yang biasa dapat saman ekor dan saman trafik bagi kelajuan lebih 60 km/j... Malah gua pon ader 3 saman trafik pada kelajuan 65 km/j sedangkan kononnya kawasan yang gua kena tue cuma dihadkan kepada 60 km/j...
Takkan bawak kenderaan pada 65 km/j pon boleh dikatakan pelesit... Cuba la jangan jadi bodoh dan bangang macsm Mazidul Akmal Sidik... Hahaha ... Aper kata kiter letak wartawan celaka yang menulis macam nakharom nih dalam kenderaan yang rosak brek dan biarkan dier turun dari Genting Highland... Kalu dier tak mati sampai ke bawah tue... memang la dier terra.... Hahaha... Bodoh punya wartawan atau sesapa sajer yang dok kata semuanya salah pemandu yang bawak macam pelesit...
Simati memang tabley nak menjawab dan berhujah mempertahankan diri...
Samer gak dengan beberapa kes "tembak sampai mati" yang dilakukan oleh anggota PDRM atas alasan berlakunya berbalas tembakan... Bukan sekali gua dengar ayat nih.. Cukup banyak kali.. Seingat gua... Taktik yang sama digunakan sejak awal 80 dulu..
Ader kes yang simati yang katanya berbalas tembakan dengan anggota cegah jenayah PDRM didapati sudut tembakan maut tersebut meragukan... Sebagai operatif (bekas) yang memang dilatih menggunakan senjata api, gua cukup tahu tentang impak trajectory dan ballistic peluru...
Sebagai contoh... Dalam kes kematian akibat insiden berbalas tembak, cukup tidak logik jika sudut trajectori peluru datang dari bawah dagu mengunjur ke atas kepala atau dari atas kepala mengunjur ke bawah dagu.... Bagi dua-dua posisi ini... Ianya hanya boleh berlaku dalam keadaan muncung pistol sama ada dihalakan atas kepala simati mahupun dihalakan pada bawah dagu simati...
Dalam kedua-dua teknik... Ianya bukanlah boleh dibuat dalam keadaan berbalas tembakan... Ianya hanya boleh dibuat dalam keadaan simati sedang merayu dan menyerah diri..
Kalu kiter imbas kembali kes kematian adik Aminul Rasyid Amzah yang ditembak oleh anggota peronda PDRM... Nyata sesuatu yang kurang logik berlaku.. Dimana anak peluru 9mm yang mempunyai kuasa tembakan yang memang lemah dari senjata HK MP5 boleh pulak terlalu kuat sehinggakan boleh menembusi cermin belakang Proton Iswara yang bersudut laku menembusi "headrest" kereta tersebut dan akhirnya menembusi juga dalam kepala Aminul Rashid yang menjadi punca mautnya simati...
Jangan lupa... Tembakan ini dibuat pada jarak 10 hingga 15 meter antara kenderaan simati dan kenderaan peronda PDRM pada kelajuan kenderaan lebih dari 80 km/j. Tambah lagi sebagai seorang yang tidak kidal, tembakan maut tersebut dibuat secara tepat dari sebelah kiri kereta peronda polis dalam keadaan bukannya anggota tersebut duduk diatas sisi pintu kereta peronda tersebut menggunakan senjata HK MP5 seperti yang biasa dibuat oleh anggota skuad khas. UTK atau Komando 69 PDRM.
Dan jangan pula kita lupa bahawa Koperal Jenain Subi tersebut sebelum ditukarkan ke unit peronda adalah seorang polis mahkamah yang kerjanya hanya mengiringi pesalah sahaja... Dan dia bukanlah bekas anggota UTK ataupon Komando 69 yang biasa dilatih beroperasi dalam keadaan ekstrim dan tepat...
Ketuk pintu pukul 4.30 pagi orang takmo nak bukak pintu then boleh pecah masuk serta tembak... Cuba lu orang sendiri kena kacau pukul 4.30 pagi... Mesti mata lu orang terpisat-pisat kan... Mesti kapla tengah pening sebab kena kejut waktu tue... Jadi cuba pikir... Logikkah berbalas tembak dalam keadaan kapla tengah mamai... Hahaha.... "Planted Evidence" skrang sudah jadi mainan operasi la plak... Hahaha...
Tapi biasa la... Simati bukan boleh nak berhujah lagi... Dan simati tidaklah boleh untuk pertahankan diri... Hahahaha... Terbaek...
Sames goes to Altantuya... She can't defend herself... RIP Altantuya.... Hehehe... Tolong jangan jadi pontianak aaaa... Hahahaha
Gua kadang delema dalam menilai benda sebegini, ada penjenayah ni memang pailang menyusahkan dan kalau ikut rasa kita apalagi kalau kita yang kena memang nak tembak mati je.. So kadang rasa macam bagus polis tembak je mati penjenayah ni dari menyusahkan orang..
ReplyDeleteSebagai orang yang jalankan kes, wa tau susah payah masuk mahkamah kadnag sesia berbulan kes penjenayah lepas sebab kes tak kuat, lengkap atau masalah teknikal dalam pembicaraan. letih woo..
Tapi sebagai manusia kadang kesian juga kot penjenayah ni ada insaf kadang tak patut nak tembak mati penjenayah tanpa dibicarakan. Bagi mereka peluang..
Ntah la Bhai susah jadi manusia kalau nak jadi macam nabi. kadang fikir alangkah baiknya semua manusia leh bebaik saling bantu membantu dan takda niat jahat atau penjenayah.. Mungkin benda sebegini hanya ada dalam syurga esok.. Kat duni ni apasaja kita buat ada macam-macam penilaian boleh buat jadi lakukan apa yang terdaya sebaiknya.
2:285. Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali".
ReplyDeleteapa yang Allah perintahkan untuk manusia ikut saja jangan banyak nak tunjuk lagak lagi pandai dari Allah. manusia banyak yang bantah sebab tu Allah jadikan bala dalam kehidupan dibumi ini moga ada yang mahu insaf
Belambak jee aku tengok peronda yang bawak HK MP5.. Cap ayam yang naik motor pon bawak M16
ReplyDeleteterigt movie three kings. aku rase la, dlm umah gangster tu mesti penuh dgn dadah n duit berkepokk. so ape lagi kan..reka crita la. kalo la 10 polis pi ambush umah tu..mmg kena share 10 org la hasil 'mengepau' tu. tak gitu? nway, gua xsurprised pon planted evidence ni. mmg dr dulu lagi polis2 kita pakai taktik camni(gua tak maksud semua polis)
ReplyDelete