Bhai/DeeDee semua...
Sebelum puak-puak pembodek dan pengampu para Sultan dan Raja-Raja Melayu nak mengkategorikan tulisan gua nih sebagai menghina golongan Sultan dan Raja-Raja Melayu... Dan konon diklasifikasikan sebagai hasutan.... Mari gua habaq mai sama lu orang....
Jangan tanya pasai aper orang sumer (rakyat) makin benci dan menyampah serta anti ngan Sultan dan Raja-Raja Melayu sebelum lu tanya Sultan dan Raja-Raja Melayu aper yang diorang sumer buat selama nih yang bagi manfaat kepada rakyat.... Cuba habaq mai... Cuba la stori... Aper manfaat yang pernah dibuat kepada kepentingan rakyat sumer...
Yang menggadai harta dan nyawa mempertahankan negara nih daripada penjajahan sejak dulu lagi bukanlah dari golongan Sultan dan Raja-Raja.... tetapi para rakyat biasa... Rakyat Marhaen yang cedera dan terkorban... Cuba habaq mai nama Sultan atau Raja-Raja Melayu yang terkorban berjuang menentang penjajahan.... Tak payah nak sembang la... Gua cukup hafal sejarah tanah air nih yang real punya... Bukan yang fabrikasi punya yang ader dalam library sekarang nih...
Dikala rakyat susah payah makan ubi kayu semasa penjajahan Jepun, ader tak golongan Sultan dan Raja-Raja Melayu hidup susah... Makan ubi kayu... Kebuluran..... Takder bhai... Diorang sumer duduk enjoy dalam Istana dengan layanan kelas A daripada penjajahan Jepun...
Jangan tengok dalam buku sejarah yang ader sekarang nih... Semua banyak fabrikasi... Macam citer konon Maharaja Lela dan Dato' Sagor dok menentang JWW Birch yang kononnya menjadi lead kepada gerakan rakyat... walhal yang sebenarnya diorang bengang ngan JWW Birch sebab tabley dah nak kutip cukai kepala dan mempunyai hamba abdi..... Tahun 1910 dulu British haramkan hamba abdi di tanah air tercinta nih...
Itu belum citer pasai Sultan dan Raja-Raja Melayu yang dok jual Pulau Pinang dan Temasek kepada Inggeris ... hanya kerana tamakkan antara 8 hingga 12 ribu dolar Sepanyol... Giler siot murahnya jual negeri... Itu lagi ader Sultan yang kononnya menangis pasai hilang Pulau Pinang ..... Ader jugak yang perasan keturunan Sultan dok menangis pasai ilang Temasek...
Lagi satu.... Yang suruh kejar, tahan dan tangkap serta seksa Tok Janggut tue bukanlah pihak British tetapi Sultan Kelantan sendiri... siap gantungkan jenazah Tok Janggut kaki keatas dan kepala kebawah selama seminggu.... Tak celaka ka gitue... Memang celaka... Ini sejarah la bhai... Sejarah yang betul tak menipu...
Yang jual Selangor kepada British pon bukan rakyat... Tetapi para Sultan dan Raja-Raja Melayu serta kerabatnya... Itu belum lagi yang dok gila amik anak dan bini orang buat gundik di Istana ... Gua boleh listkan kalo lu orang nak tau... Hahaha... Malah ader dalam fakta sejarah yang mengatakan bahawa Sultan Mahmud yang dibunuh semasa dijulang orang oleh Laksamana Megat Seri Rama di Kota Tinggi Johor dulu tue aderlah Gay...
Itu belum lagi biler sampai masa kini... Biler rakyat nak suarakan sesuatu... hantar memo... hantar surat... ader tak Sultan dan Raja-Raja Melayu amik pot dengan turun sendiri menerimanya... Takkan la para Sultan dan Raja-Raja Melayu tak baca paper... tak tengok TV... tak masuk Internet... Bodoh la kalu gitue tak tau aper yang berlaku dalam negeri dan negara...
Kurang-kurang Sultan Alauddin Riayaat Shah at least pernah la menyamar jadi pengemis untuk tau aper yang berlaku dalam negeri... Dier amik contoh Saidina Umar r.a punya kerja satu masa dulu... Sultan dan Raja-Raja Melayu sekarang mana nak buat benda camnie... Baik diorang layan VVIP kat kelab-kelab dan pi obersi...
Ader kes dulu... Biler rakyat jelata nak mari jumpa Sultan... Boleh plak time tue la Sultan nak pi main kuda la kat luar negara... Macam dah takder hari lain dah... Itu menunjukkan bahawa Sultan tak prihatin... Memang mementingkan diri sendiri dan bukannya mementingkan rakyat jelata... Kalo dapat sampai tepi pintu keter pon bukan Sultan dan Raja-Raja Melayu nak bukak tingkap tanya apa hal... Lagi tak amik pusing ader la...
Tak payah jauh la... Ader satu Sultan tue buat Istana dier kat kawasan bukit kat tepi laut tak jauh dari kawasan sekolah... Harga Istana dikhabarkan mencecah 1 Billion.... Tapi disimpang jalan masuk ke Istana tue punya banyak la rumah rakyat jelata yang macam nak roboh pon ader... Yang macam reban kambing pon ader... Ader Sultan nih pandang dan tanya khabar rakyat dier biler dier lalu keluar kat jalan tue naik kereta... Oh ... Baru gua tau pasai aper kereta Sultan dan Raja-Raja Melayu bercermin gelap... Bukan sebab takut ader yang kena tembak... Tapi pasai takmo nak amik pot masalah rakyat...
So jangan marah la kalu rakyat jelata dah makin menyampah dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu serta kerabat-kerabatnya.... Pada rakyat... Sultan dan Raja-Raja Melayu nih cuma tunggul ja... Stakat nak bagi gempak supaya kaum Cina dan India serta lain-lain tabley nak naik atas kapla ja... Konon pasai jadi last line untuk Ketuanan Melayu... Guna untuk bagi pingat ja... Guna untuk bagi hadiah dan anugerah... Bukan gua sajer-sajer kata... Tapi itu aderlah realiti....
Kalo Sultan dan Raja-Raja Melayu tak percaya.. Pi la menyamar masuk kelompok rakyat... Dengar sembang rakyat.. Sure boleh tau... Betul.. Kalo stakat dengar dari mulut balachi pembodek dan pengampu memang la tak sampai punya real cerita... Jangan jugak tanya para mufti... Sebab mufti pon dok jaga dier punya elaun, pangkat dan pingat ja...
Pi la Sultan dan Raja-Raja Melayu ilang sekejap dari Istana dan keluar menyamar jadi pengemis... Boleh dengar macam-macam citer rakyat.... Hahaha...
Tambah lagi takder satu perangai Sultan dan Raja-Raja Melayu nih yang boleh dijadikan contoh... Tolak tepi la seorang dua yang cuba nak bagi nampak bagoosh... Tambah lagi biler rakyat tahu bahawa Sultan dan Raja-Raja Melayu sebenarnya tak layak nak jadi Ketua Agama Islam pasai banyak sangat terlibat ngan maksiat... arak la... zina la... judi la....
Aper yang gua cakap nih realiti... Bukan nak menghasut pon... Kalo Sultan dan Raja-Raja Melayu nak orang hormat mereka... Mereka kena la pandai hormat rakyat... Sebab kalo rakyat takder... Maka tiadalah jawatan Sultan dan Raja-Raja Melayu tue...
Sebab rakyat tak mati dan tak susah pon kalo takder Sultan dan Raja-Raja Melayu... Sebab rakyat survive pakai usaha sendiri manakala Sultan dan Raja-Raja Melayu sekadar makan tanggung berak cangkung hasil dari cukai rakyat...
So.. Sultan dan Raja-Raja Melayu serta kerabat-kerabatnya tak perlulah nak sombong mender pon.... Rakyat tak hadap pon.... Rakyat tak heran pon.... Betul... Tarak percaya ka???
Jadi kalo nak rakyat hormat... Silalah hormatkan rakyat... Jangan lu orang ingat rakyat terutamanya orang Melayu tue sebodoh dan sebebal Hang Tuah... Cukup-cukup la perasan bagoosh... cukup-cukup la ngabiskan duit rakyat joli sana sini buat mahligai sana sini... buat maksiat sana sini...
Biler mahasiswa dan rakyat nak jumpa dan serahkan memorandum... Biler rakyat nak jumpa dan bagitau masalah rakyat..... Bawak-bawak la turun dan jumpa serta amik sendiri... Ular yang menyusur akar takkan ilang bisanyer...
Kalo tabley nak terima nasihat... Tak payah la jadi manusia... Sebab hanya manusia ja yang boleh terima nasihat... Ayam, itik, kambing dan lembu mana boleh kiter kasik nasihat... Tak Gitue... Tatau la pulak kalo dah sama spesis yang empat gua sebutkan tadi... Aiyo...
Ader paham ka?? Kalo tak paham memang la bodo tukil.... Aiyo... Tak dapek den nak nolong aih...
TAMBAHAN : Nasib baik la bomoh Orang Melayu kalo ader ilmu santau pon maleh nak buang karan menyantau para Sultan dan Raja-Raja Melayu nih... Kalo tidak agaknyer dah lama ader yang kojol kena santau...
Lagi satu ... Semenjak ilmu agama dah makin ramai yang paham... Maka takder saper dah nak buat angkat sembah dah.. sebab itu sumer syirik... boleh jatuh aqidah... syirik tue dosa yang Allah Taala takmo nak ampunkan la wei...