Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

03 November 2023

Lawak Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Lawak la Malaysia nih ... pung pang pung pang bersolidariti bagai... boikot bagai... seruan jihat bagai... marah sangat kat Israel bagai..... tapi.... biler ader program PLKN yang baru nih yang katanya akan melibatkan warganegara berumur 18 hingga 35 tahun.... semua jadi banyak cekadak...

Hahaha....

Terus kecut telor semuanya.... Hahaha... baru kena PLKN.... macam program perkhemahan jer.... terus jadi penakut.... macam mana la nak lawan Israel camnie...

Hahaha....

Ajer pondan la..... Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 


“Kita orang Islam nih kena kuat. Semangat dan diri tu. Kita boleh ja kalau nak kalahkan musuh-musuh Islam”, suara Leman begitu kuat semasa melontarkan hujahnya di Kedai Kopi Wan Jo tak jauh dari rumah kongsi pekerja bangla berdepan dengan kilang selipar di Meru Klang.

“Betul, aku setuju”, “Kita bukan sahaja buat boikot produk musuh Islam tapi kita kena berani mengangkat senjata” tegas Pian yang berbadan kurus kering akibat dari banyak sangat melayan air ketum.

“Tengok dua orang anak muda kita ni.. Bersemangat. Macam inilah yang kita mahu. Berani” , “Nak harapkan Kerajaan, penakut pait” balas Wak Suparman yang berkain pelikat dan berkopiah. Dijarinya ader sebatang cerut yang sudah naik harga dari 15 sen kepada 50 sen.

Ramai kaki lepak di Kedai Kopi Wan Jo mengangguk tanda bersetuju. Siap ada yang menepuk meja. Nyaris juga kopi yang tersisa dalam cawan tak tertumpah.

Mereka bising bercerita pasai Jihad… pasai Mujahideen.. pasai boikot… pasai musuh Islam. Rata-rata dilihat bersemangat semasa melontarkan pandangan dan hujah mereke.

Di sudut kedai ada seorang pemuda yang senyap ja tak terikut dengan agenda sembang lebat di Kedai Kopi Wan Jo. Pemuda itu bertshirt gelap dan berseluar jeans. Topi besbal hitam tak pernah turun dari kepalanya. Dia diam sambil melayan juadah sarapannya. Sesekali matanya memandang kepada Leman dan Pian serta Wak Suparman. Dia tersenyum sahaja.

“Brader. Apa komen brader tentang isu yang tengah panas sekarang nih” tanya Leman yang berbadan gempal kepada pemuda itu.

“Lu tanya gua ke?” balas pemuda itu

“Ya le, kami semua nak tau pandangan brader sebab brader senyap jer dari tadi” balas Pian pula.

“Tak ada apa nak komen. Ini semua isu politik. Masing-nasing puak ader agenda dan strategi diorang”, “Yang jadi mangsa adalah orang awam di kedua belah pihak. Mati dan cedera. Sengsara” balas pemuda itu.

“Takkan itu je komen brader”, “Err… brader ni pro kepada musuh Islam kot? Kalau tidak takkan la boleh bagi ulasan yang lembut camnie. Brader kalau penakut cakap la penakut”, getus Leman sambil menyalakan sebatang rokok Dunhill yang dipawnya dari Wan Jo tokey kedai kopi.

“Macam ni la, Gua dah pernah berada dalam banyak konflik perang sebab ditugaskan. Jadi gua tau apa itu perang sebenar”, “Menang jadi arang, kalah jadi abu. Tambah lagi semuanya adalah akibat sentimen dan politik”, “Takut mati tu dah lama takder dalam diri gua sebab patutnya dah banyak kali dah gua mati” balas pemuda itu sambil tersenyum.

Leman dan warga lepak di Kedai Kopi Wan Jo bising dengan komen pemuda itu. Macam-macam kata dihamburkan kepada beliau. Pemuda itu sekadar tersenyum je.

Pemuda itu kemudiannya meletakkan duit RM50 atas meja sambil ditindankan dengan cawan kopi. Beliau memberikan isyarat kepada Wan Jo untuk gunakan duitnya itu buat membelanjakan orang yang lepak di Kedai Kopi Wan Jo tu.

Sebelum pemuda itu beredar, dia membuat satu pengunuman.

“Kepada semua yang bersemangat waja ni, boleh lah mendaftarkan diri di pejabat Unit Pentadbiran Rejimen 502 Askar Wataniah di Shah Alam yer”, “Jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan salinan sijil-sijil persekolahan”

“Jangan lupa ya, saya tunggu di sana sepanjang minggu nih” “Sampai di sana nanti, jangan lupa sebut ja nama saya En Khairul, mereke mesti kenal” tegas pemuda itu sambil tersenym lebar seraya bergerak keluar dari kedai menuju ke sebuah Land Rover Discovery bernombor plet VAT 69.

Warga kedai kopi Wan Jo semuanya tersipu-sipu sambil berpandangan sesama sendiri.



2 comments:

  1. Hahaha biasa lah bhai tong kosong. Dulu kat gunung rapat ipoh ada satu perkampungan keturunan pakistan tempatan pernah bagitau orang Melayu bila pakai baju Melayu dan bersamping rupa macam pahlawan. Tapi hindu dengan cina sekarang sekupang pun tak takut dgn Melayu. Kerap sangat berlaku orang Melayu kena belasah dan dibunuh oleh hindu dengan cina. Kalau kat manjoi lori satu tan hindu bawak tong gas untuk di jual keliling gugusan manjoi dgn bunyi hon yg sangat kuat. Kubu Melayu pun hindu redah langsung tak rasa takut. Ini lah masalahnya bangsa Melayu kalau ada sifat 'proud to be humble'. Memang gampang.

    ReplyDelete
  2. rakyat biasa paham ok saja bab yahudi ynag palat peringtkat negara negara islam Arab dah puluhan tahun apa depa buat perancangan apa dah berjalan untuk kalahkan
    yahudi negara besar kelemboi ni
    asyik gila dunia saja nak bersatu pulau yahudi pun takut
    lagi mau sembnag pukui canagn gendnag sana sini
    rakyat dengar oi hebat nu
    ada jugak negara kapir berani putus hubungan ngan yahudi ni
    dah lah tak larat nak pi tolong nak luah perassan benci kat yahudi pun tak bole ka
    apa punya lekeh semanagt persaudraan islam jenih ni
    ada mat analisa kata jangan tengok perang hamas yahudi dari sudut ugama
    apa punay sialla puak ni
    dalam hidup orang beriman semua urusan hidup berkaitan ngan ugama seperti yang Allah perintahkan
    tadi solat jumaat ada baca qunut nazilah
    dulu Nabi doa n berjuang turun medan bukan duk saja
    pemimpin berani rakyat berani

    toke bas makanan pusat latihna suka denganr plkn nak ada balik
    bukan semua murid layak untuk latihan ni
    jangan seronok nak banyak pelatih saja kena amabil kira soal jasmani
    sebelum dipilh untuk latiahan
    waktu latihan bukan semau pelatih sehat 24 jam kena ada sistem pengawasn kesihatan pelatih n pengajar
    tenaga pengajar kena di tarbiah jugak jnagn jadi macam ynag leaps ada kes pengajar ngan pelatih

    ynag islam pastikan lepas latiahan cergas jasmani
    n mantap iman kepad Allah n paham asas ugama Islam
    jngan hnay pentingkan dunai saja
    modal insan bukan modal setan

    Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa.
    Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah kepada musuh).
    Allah menyukai orang-orang yang sabar.

    Dan sungguh kalau kamu gugur di jalan Allah , tentulah ampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik (bagimu) dari harta rampasan yang mereka kumpulkan.
    apa itu gugur di jalan Allah?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1