At least lar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini tampil meminta maaf secara terbuka kerana tidak berada bersama rakyat negeri itu ketika mereka terlibat dalam bencana banjir.... At least lar...
Walaupun ianya takkan dapat merubah kecaman menjadi pujian... tapi paling kurang dia mengaku kesalahannya...
Nasib baik Ahmad Samsuri Mokhtar nih berani berdepan dengan wartawan... Kalu dier buat ketegaq macam Abdul Hadi Awang macam mana?? Hahaha..
Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini tampil meminta maaf secara terbuka kerana tidak berada bersama rakyat negeri itu ketika mereka terlibat dalam bencana banjir.
Malah dia juga mengakui tidak ad sebarang alasan untuk dia tidak bersama-sama mereka dalam tempoh yang kritikal itu.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal saya tak terhingga saya kerana tak dapat bersama mangsa-mangsa banjir di lapangan terutama untuk tempoh 18 hingga 21 haribulan," katanya.
Naib presiden PAS itu juag mengakui apa saja alasan yang diberikan, ia tidak dapat membetulkan keadaan serta ketiadaannya di negeri terbabit sebelum ini.

