Bhai..... kesian sungguh la kat mamat nih.... skrang terpaksa jaga kolam udang jer.... hahaha.... nak buat camana... Selangor sudah kalah kepada PR.... dalam dibawak masuk pengundi impot pon masih lagi boleh kalah... aper nak jadi lar.... terpaksa la jaga kolam udang,,,,
Lepas tue sudah tarak jadi Menteri... maka memang kekal la jaga kolam udang .... hahaha.... sebab itu lah pemikiran dan pandangan dier skrang sudah jadi macam "otak udang" walaupun masih lagi hidup dan mempunyai otak yang besar... tapi stakat itu jer la... hahahaha...
Sebab itu lar dier boleh kuar statement camnie.... hahaha.... statement "otak udang" ....
Orang bukan tak suka sistem pilihanraya... tapi orang tak suka SPR dan cara pengendalian sistem pilihanraya yang memang terkenal banyak menipu sejak dulu lagi..... tapi yer la... kiter cakap banyak pon takder maknernyer... sebab semua tue masuk dalam "otak udang"
Otak...... Otak...... Otak ..... hahaha... dah sebijik macam filem Zombie Kampung Pisang jer .... hahaha...
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C

Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Analisis PRU13. Show all posts

23 May 2013
22 May 2013
Rakyat VS BN Dan PR
Bhai..... sudah 2 minggu lebih keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diketahui... walaupun ianya penuh dengan penipuan (rakyat tahu tentangnya tapi tanpa kuasa yang ada tidak dapat merubah apa-apa) ... dengan SPR yang tidak telus operasinya... dengan JPN dan Imigresen yang sama bersekongkol... dengan beberapa agensi dan badan berkanun yang terlibat sama dalam perancangan penipuan berskala besar ini... malah siap ada pihak swasta juga terlibat sama dalam Ops Haramjadah PRU13 nih....
Yang jadi mangsa ... aderlah rakyat mustad'afin...... rakyat yang tertindas.... bagi para penyokong taksub BN... mereka akan merayakan kemenangan secara penipuan ini..... bagi para penyokong taksub PR pula .... perkara yang sama berlaku.... kerana walaupun ada penipuan.... pemimpin mereka tetap menang.... Samer jer la perangai pemimpin kedua-dua cabang parti politik nih......
Bagi pemimpin PR... walaupun diorang tahu banyak penipuan pada PRU13... tapi pasai diorang dah menang... nada suara dan tindakan diorang sudah kool.... sudah relaks..... samer macam suara MB Kelantan..... suara pemimpin yang tak pernah nak kedepan pon dalam perjuangan rakyat.... tak pernah pon lead mana-mana bantahan awam atau sebagainyer.......
Ramai (mostly) dikalangan pemimpin PR aderlah juara pentas..... juara ceramah.... juara bercakap.... tapi... biler bab perjuangan rakyat.... diorang la yang paling selalu bagi macam-macam alasan... sibuk la... tak kena masa la.... malah dalam banyak kes... diorang nih siap lari pi luar negara... konon ader mesyuarat la... konvensyen la... lawatan la...... macam siot jer... kalu ader yang join perjuangan rakyat pon... mereka akan mahukan akses VVIP... mahukan layanan karpet merah... mahukan keselamatan dijamin... bodigad penuh kiri kanan... malah dalam banyak kes... bodigad pemimpin PR nih lagi sombong dari bodigad pemimpin BN....
Diorang nih.. biler bercakap... biler berceramah... biler di pentas.... suara dan tutur kata sebijik macam pejuang,.... berani... tegas..... tapi sebenarnya diorang la yang paling menikus.... contoh macam sekarang... biler rata-rata rakyat menolak dan mempertikaikan keputusan PRU13.... diorang macam kelam kabut... susah hati.... malah diorang siap suruh rakyat redha atas keputusan tue....
Gua tau pasai aper.... pasai... kalu diadakan balik PRU13 secara adil dan saksama... telus dan dikawalselia dengan baik.... diorang-diorang nih takkan dapat kekal di kerusi tue... silap-silap boleh kalah.... jadi pasai tue la diorang defend dan cakap belit-belit suruh rakyat redha.....
Tak celaka ker camtue...
Rakyat marhaen selamanyer tahu yang BN memang celaka... tarak boleh pakai... dan selamanyer rakyat marhaen menentang BN.... tapi biler BN pon di bantu sama oleh PR.... yang mana PR pon makin hari ke sehari dah jadi macam BN.... dari segi perangai dan tingkah laku..... aper lagi pilihan yang ader pada rakyat..... kesian....
Sekarang nih dah jadi..... Rakyat VS BN dan PR...... pergh.... kesian sama rakyat mustad'afin..... celaka betul lar diorang nih..... bagero...
Bacaan bagi orang yang mahu berfikir :

Label :
Analisis PRU13,
BN,
Celaka,
DAP,
Hindraf,
Imigresen,
JPN,
Keputusan PRU13,
Marhaen,
MCA,
MIC,
Mustad'afin,
PAS,
Perang Sabil,
PKR,
PR,
Redha,
SPR,
SPRM,
UMNO
10 May 2013
Pasca PRU13 (Satu Analisis)
Bhai.... sekali lagi gua terpaksa untuk menulis dalam ayat skema SPM dan STPM.... hahaha... hampeh betul lar... hahaha... ini bagi memudahkan sesiapa yang nak buat assignment .... hahaha okeh...
PRU13 adalah merupakan satu pertembungan kuasa poitik yang berlingkar dari golongan tua dan golongan muda. Golongan tua seakan sudah mangli dengan keselesaan pentadbiran kerajaan yang sedia ada walaupun mereka tahu budaya rasuah dan salahguna kuasa amatlah meruncing serta sukar dibendung. Ini kerana penyakit rasuah dan salahguna kuasa ini bukan sahaja melibatkan pegawai kecil tetapi ianya juga melibatkan pucuk pimpinan negara.
Bagi golongan muda, mereka melihat bahawa sudah sampai masanya semua ini diubah jika ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berjaya dan boleh bersaing diperingkat global. Dalam usaha mendepani masa depan yang agak sengit persaingannya, Malaysia perlulah membuang budaya rasuah, ugut dan salahguna kuasa.
Peratusan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi juga telah meningkat dengan banyaknya semenjak letusan akademik di Malaysia bermula pada tahun 1970'an. Masyarakat di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi sebuah masyarakat yang moden dan berdaya saing. Isu berkaitan dengan perkauman seakan cuba dilupakan demi untuk memastikan bahawa konsep "Anak Bangsa Malaysia" diterima dan digunapakai.
Pada kemuncak kempen PRU13, ujud beberapa gerakan yang cuba mencetuskan sentimen perkauman yang agak kritikal disana sini yang diusahakan oleh UMNO sama ada secara terus mahupun melalui unit siber yang mereka miliki. Gerakan menghasut isu perkauman ini tidak dapat bergerak jauh kerana disekat oleh satu gelombang anak-anak muda berbilang kaum yang sama-sama menunjukkan kecenderungan untuk menghapuskan isu perkauman.
Pihak keselamatan terutamanya PDRM seakan membiarkan sahaja isu perkauman ini dicanang dan disuarakan oleh UMNO tanpa ada sekatan mahupun halangan. Ianya telah menimbulkan persoalan sama ada pihak UMNO sememangnya mendapat restu daripada PDRM ataupun PDRM sebenarnya dikuasai oleh UMNO.
Pasca PRU13 kita dapat lihat beberapa usaha UMNO untuk menghasut orang Melayu bangkit mempertahankan hak dan kuasa Melayu cuba dilakukan secara sistematik dengan bantuan media cetak seperti Utusan Malaysia dan media elektronik seperti TV3. Kempen menghasut secara terang-terangan ini nampaknya dibiarkan sahaja oleh PDRM walaupun terdapatnya Akta Hasutan. Alasan yang diberikan adalah seperti kononnya tiada pihak yang telah membuat laporan Polis berkaitan perkara ini. Jika tiada laporan maknanya tiada tindakan boleh diambil. Malah Mahathir Mohamed sebagai bekas Perdana Menteri juga terlibat dalam usaha menghasut isu perkauman setiap kali sesi ceramah politiknya.
Kini setelah hampir seminggu PRU13 selesai, saya dapati kempen menghasut isu perkauman ini semakin rancak dan ianya adalah satu perkara yang bahaya. Ianya ditambah lagi dengan adanya peperangan dalaman dalam setiap parti politik kerana masing-masing mahukan jawatan dan kuasa dalam Parti mahupun dalam pentadbiran kerajaan.
Dan biasanya jika ada peperangan didalam parti, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat marhaen. Rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kadangkala kais pagi langsung tidak mendapat apa-apa hasil..
Rakyat marhaen ini mengundi calon-calon yang menjadi kaya dan senang atas pangkat dan jawatan yang mereka dapat, namun akhirnya melupakan nasib rakyat marhaen ini...
Apa yang pastu PRU13 telah menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamed sudah tidak relevan dalam dunia politik hari ini, dimana setiap hujah dan komennya tidak lagi berpaksi kepada Malaysia Moden. Idea-ideanya ketinggalan zaman. Malah kempen yang dilakukan oleh Mahathir Mohamed sebagai membantu Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam dan Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas telah ditolak oleh masyarakat setempat.
Adalah wajar seorang negarawan ulung negara seperti Mahathir Mohammed berhenti dari berpolitik dan menghabiskan masa-masa akhir hidupnya dengan berbakti dan beribadat kepada Allah Taala.
Fikirlah dengan akal yang matang dan bersih.
Sekian Terima kasih,
Hahaha.... amacam.... ader gaya tak gua punya artikel dalam bahasa skema SPM dan STPM nih.... hahaha... kalu ader salah nahu atau tatabahasa... sila bagitau..... hahaha

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai... selama nih gua selalu berdiam diri biler dengar citer macam-macam tentang pemberontakan di Syria... malah berita kekejaman tentera B...
-
Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seoran...
-
Bhai/DeeDee semua.... Anwar Ibrahim benar-benar memalukan Malaysia. Bukan sahaja dia digelakkan seluruh warga US... tapi juga sampai ke Isra...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1