Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Animisme. Show all posts
Showing posts with label Animisme. Show all posts

13 August 2012

Melayu

Bhai.... gua nak story lu satu mender....  Gua tetap berpegang kepada tiada manusia yang lebih awal dari Nabi Adam... takder manusia zaman batu ker... manusia zaman besi.. atau aper-aper sahaja... Semua spesis manusia berasal dari Nabi Adam A.S..... Nabi Adam A.S datang kedunia nih lengkap dengan segala macam ilmu.. lengkap berpakaian... dan cukup segala sifat ketamadunan...  dan gua menolak sama sekali teori keujudan manusia zaman batu... zaman neolitik... zaman logam dan sebagainya.... sebab ianya bercanggah dengan sifat Allah yang menurunkan Nabi Adam A.S dengan selengkapnya... Mustahil untuk Allah menciptakan Nabi Adam tanpa berpakaian... tidak berilmu bertukang.. tidak berilmu membuat kasut.. tidak berilmu membaca dan menulis.... so... orang zaman batu dan sebagainya memang satu benda yang tak logik.. sebab bercanggah .....

Selepas anak-anak Nabi Adam beranak pinak... mulalah datang Azazil dengan serunainya... dengan serunai ini Azazil menjinakkan anak-anak Nabi Adam kepada kekufuran... dan yang mana dah kufur tue.. makin berpindah jauh dari Nabi Adam...dengan itu masyarakat berkembang dan bergerak jauh daripada ketamadunan...

Yang mana dah jauh dari Nabi Adam... maka berkuranglah ketamadunan mereka... mereka menjadi seperti orang yang tidak berilmu... menjadi orang gasar ... tools dan peralatan tidak ada... jadi mereka menggunakan batu, kayu dan sebagainya dan diolah sebaik mungkin... itulah yang kita jumpa skrang nih dan kita kenali sebagai orang zaman batu...

Lagi jauh mereka berada dari Nabi Adam... makin kurang mereka tunduk kepada Allah Taala... sebab itulah Allah Taala menurunkan Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi kepada kaum-kaum itu.... malah kalu diikutkan daripada apa yang kita tau... bilangan Nabi ader 24 ribu orang... pergh.. banyak tue... dan semuanya tersebar diseluruh pelusuk dunia...

Orang Melayu asalnya terbahagi kepada dua... Melayu Proto dan Melayu Deutero ..... Melayu Proto boleh dikenali sebagai Melayu Asli (Semang, Jakun, Semelai dan sebagainya)... mereka ini sebenarnya aderlah penduduk asal yang dibentuk daripada penghijrahan manusia awal yang berpisah jauh dari Nabi Adam... Mostly mengamalkan Paganisma dan Animisme ... walaupun ader kemungkinan sebilangan kecil daripada mereka ini masih mengamalkan ajaran Nabi Adam... Contoh terbaik penempatan orang-orang yang mengamalkan Paganism di Tanah Melayu ini aderlah di kawasan Terachi, Negeri Sembilan

Melayu Proto ini kemudiannya tertinggal kebelakang bilamana penghijrahan besar Melayu Deutero dari Yunnan, Asia Tengah dan Khmer (Kembayat Nagara)... Datangnya mereka ini membawa bersama ketamadunan yang telah dikembangkan... walaupun begitu.. mereka membawa ajaran Animisme yang berpaksikan kepada Hinduism dan Buddhism ... namun... mengikut sejarah... ada sahabat Rasulullah telah sampai ke kawasan sebelah sini membawa risalah Islam....

Jadi.... Orang Melayu asalnya memang beragama paganisma, animisme, Hinduism dan Buddhism... cuma setelah datangnya pengaruh Islam dari pendakwah yang datang dari Kerajaan Islam di India, Kerajaan Islam di China dan Kerajaan Islam di Acheh/Pasai... barulah Islam berkembang di sini....

Kesimpulannya... janganlah terkejut jika mana masih ramai lagi orang Melayu yang mengaku diri mereka Islam tetapi masih mengamal Paganisma, Animisme, Hindusm dan Buddhism. Susah nak ubah mereka-mereka nih...  aper yang pasti.... sikap dan perangai orang Melayu hari ini telah dibentuk lebih 1000 tahun dahulu... dan perangai inilah yang terbawa-bawa sehingga ke hari ini....

Yang pasti... kalu semua umat Melayu kembali kepada roh Islamiah yang diasaskan oleh Nabi Adam A.S dan dilengkapkan serta diperkemaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W ... maka sudah pasti umat Melayu akan menjadi yang terbaek... tapi.... masalahnyer.... hahaha... lu sendiri pon tau... Orang Melayu cukup bangga dan bongkak dengan ilmu agama yang mereka ada... sampaikan susah nak dibentuk dengan acuan Idealisma Islamiah... pada mereka ... merekalah yang paling berilmu (sebab baca dan hafaz banyak kitab)... tapi setakat berilmu jer la... beramal... yilleks... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1