Bhai.... Lu tak dak maksud peribahasa "Seperti Lidah Biawak" nih?. Realitinya lidah biawak dan segala spesis yang berkaitan dengannya aderlah bercabang... bercabang atas dasar fitrah yang Allah Taala dah buat... Ader asbabnyer... Sebaik-baik ciptaan dari Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam...
Artikel yang gua nak tulis nih tidak sama sekali bersifat untuk menghina binatang... sebab setahu gua.. binatang tiada dosa... binatang tidak akan dihumbankan kedalam api neraka jahannam... binatang (walaupun berbisa sekalipun) tetap berzikir, bertasbih dan berdoa kepada Allah Taala dalam format mereka sendiri.. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu bagaimana format doa ini....
Aper yang gua nak citerkan aderlah sikap manusia (sebagai sebaik-baik makhluk yang Allah jadikan dimuka bumi ini) yang Allah Taala berikan akal untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan... Namun kerana agenda peribadi dan sebagainya, maka kadang-kadang manusia tidak akan menggunakan akal untuk bersikap rasional... Setiap manusia bukanlah maksum... Hanya Nabi dan Rasul sahaja adalah maksum... selain dari itu tiada yang maksum...
Persoalan yang gua nak citer nih aderlah berkaitan dengan pernyataan....
Walaupun dalam muktamar keputusan sebulat suara telah dipersetujui dan dipersepakati... namun... terdengar beberapa cerita yang berlawanan disuarakan oleh pihak tertentu selepas muktamar selesai... Dalam satu kelompok... mereka akan bercerita perkara A.... tetapi bila berada dalam kelompok B...cerita yang lain pula dibawa... dan ianya sama sekali kontra dengan statement sebelumnya...
Itulah yang berlaku dalam beberapa kali muktamar... kalu yang membuat statement bercanggah nih ahli diperingkat akar umbi... kira standard lar.. tapi yang buat nih aderlah orang besar... pimpinan tue... hahaha... nak buat camana... ahli bawahan kena wala' dan thiqah....
25 Ogos 2012.... Abdul Hadi Awang sendiri mengatakan bahawa isu Nasharuddin Mat Isa akan dibincangkan pada mesyuarat bulanan Majlis Syura Ulama PAS pada 9 September 2012 ... dan semua orang tertunggu akan keputusan mesyuarat ini.... namun.... pada 9 September, Abdul Hadi Awang pula mengatakan bahawa isu Nasharuddin Mat Isa tidak dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS ....
Aper citer nih... sekejap kata akan dibincangkan... lepas tue citer takder perbincangan....err... macam mana ader statement yang kontradik nih.... macam mana aaa... kenaper nak jadi macam lidah biawak.... Atau statement pada 25 Ogos tue aderlah statement untuk melepaskan diri...
Selepas statement 25 Ogos tempohari... dalam masa dua tiga hari... hampir 80% ahli Majlis Syura Ulama telah mengeluarkan statement mereka secara terbuka yang menyokong tindakan Nasharuddin Mat Isa.. Macam mana perkara ini boleh berlaku.... sebab sepatutnya ianya aderlah satu kesalahan.... malah kalu ikut konsep penghakiman mahkamah.. perkara ini adalah "contempt of court" .... Sebab tdak sepatutnya mana-mana ahli Majlis Syura Ulama yang mengeluarkan kenyataan sebelum sesuatu perbicaraan berlaku...
Tapi yer la... Diorang kan Ulama... banyak baca kitab.. banyak hafal kitab... jadi sebagai ahli bawahan... lu dan gua kena wala' dan thiqah... jangan banyak soal....Terima jer cakap-cakap lidah biawak para pimpinan nih....
Sori bhai... gua berpegang kepada konsep "yang mana betul tetap betul, dan yang mana salah tetap salah" dan gua tak boleh terima benda salah dikatakan betul oleh pimpinan (yang dikatakan Ulama)... sori... tak kisah la siapa pun pimpinan tue... Sebab pimpinan adalah manusia biasa.... tidak maksum... dan gua takkan taat membuta tanpa fakta rasional....
Aper pon.. gua ucapkan tahniah kepada Abdul Hadi Awang kerana mengesahkan aper yang selama ini diragui atas batang diri Abdul Hadi Awang sebelum episod LANGGAR HADI berlaku.... gua dan rakan-rakan lain tahu aper yang sebenarnya belaku..... walaupun banyak ahli peringkat bawahan cap ayam di Rusila tak tahu mender pon.... hahaha... pasai tue la Geng Rusila nih sokong tahap dewa... pasai diorang tak tahu aper yang berlaku .... hahaha...