Berlegar di media sosial kononnya ada surat arahan untuk pengundi luar yang duduk di luar Kelantan dan Terengganu agar mereka memindahkan kawasan mengundi mereka ke Selangor dan Negeri Sembilan...
Katanya ini adalah arahan dari kepimpinan tertinggi PAS ...
Dan dengan segeranya PAS mengatakan ianya adalah palsu... Katanya dokumen ini tidak valid dan tidak dikeluarkan oleh kepimpinan PAS Pusat.. Surat tular ini katanya sengaja dibina untuk menjatuhkan PAS...
Tapi... bagi orang yang faham strategi politik bagaimana diolah... biasanya akan melihat dari sudut pandang yang lain... biasa akan lihat dan faham bahasa badan... melihatkan bahawa yang palsu itulah yang sebenarnya..
Macam peribahasa dahulu kala... telunjuk lurus kelingking berkait...
Itulah yang selalunya berlaku... kata yang lain, tapi buatnya yang lain... macam la tak biasa..
"Dengan ini PAS Pusat mengharapkan tindakan segera diambil oleh semua MTD untuk mengambil tanggungjawab untuk memindahkan semua pengundi luar agar dapat memenuhi hasrat parti," kata kenyataan palsu yang dikatakan bertarikh 30 Nov itu
