Bhai/DeeDee sekalian...
Gua sedih bila mendapat tahu bangunan surau di Tanjong Sutera Resort yang menjadi kontroversi penyalahgunaan oleh penganut Buddha dari Singapura telah diarahkan dirobohkan.... Aper yang gua kesalkan.... alasan yang diberikan oleh MDKT (Majlis Daerah Kota Tinggi) amatlah dangkal... antara alasan yang diberikan aderlah ianya dibina tanpa kelulusan MDKT....
Kalu inilah alasannyer... kenapa pula YDP MDKT sendiri yang meluluskan pelan pembinaan bangunan surau ini dulunya.... dan kalu beginulah caranya MDKT membuat keputusan.... sure banyak lagi bangunan dalam kawasan pentadbiran MDKT yang mesti dirobohkan juga.... sebab terlalu banyak bangunan dalam kawasan pentadbiran MDKT yang dibina tanpa kelulusan MDKT.... Sepatutnya jika sesebuah bangunan itu selamat dari segi rekabentuk dan kejuruteraan struktur... maka sewajarnya MDKT hanya perlu mengenakan denda dan kompaun kepada pemilik bangunan kerana membina bangunan tanpa kelulusan MDKT...
Inilah masalahnyer biler sesebuah Negeri dikuasai oleh "Penganut Agama Yang Taksub" ..... kerana isu sekecil penyalahgunaan oleh penganut Buddha... maka sebuah
surau yang molek boleh digunakan terpaksa dirobohkan.... Malah dicari macam-macam alasan untuk melunakkan perobohan... gila.... agaknyer aaa.. kalu kena kat negeri Kelantan kot.... masak Parti PAS yang dipersalahkan... nih kena kat Johor... maka boleh la kot UMNO dipersalahkan.... hahaha
Kalu betullah cara dan tindakan ini... agak-agaknyer la mesti Hagia Sophia di Turki dulu dah kena beberapa kali dirobohkan... pasai sebelum tue pernah digunakan oleh penganut Kristian,,,, Malah pada masa ianya berfungsi sebagai Masjid... tiada perubahan pon kepada relik-relik yang berada didalam bangunan tersebut walaupun relik tersebut melambangkan Kristianiti... okeh jer... takder masalah
Pening aaa.... Penasihat Agama kepada Kesultanan Johor pon samer pening..... isu penyalahgunaan sekali sahaja oleh penganut Buddha kecoh jadi isu.... kononnya surau itu tidak lagi suci.... walhal ... biler Sultan dan kerabatnya menganjurkan Hari Puja Kubur (Hari Hol).... haram tak bergerak mulut Noh Gadut nih menegur kesesatan Sultan dan para kerabatnyer.... Semua kecut... semua penakut... semua tabrani..... giler aaa.... Noh Gadut lagi takut kat Sultan daripada takut kat Allah Taala..... Oh lupa.... gua lupa.... Sultan nih aderlah "Bayangan Tuhan di muka bumi" ......
Errr.... inilah jadinyer biler hadith Rasulullah s.a.w. dinisbahkan mengikut akal manusia yang taksubkan kepada manusia ..... walhal... hadith tue langsung takder kena mengena dengan Sultan dan Raja yang ader sekarang nih... bodoh betul lar...
Nasib baik lar dalam kes Maznah Yusuf itu hari... anjing yang dibelanya tidak diarahkan dibunuh atas alasan menghina Islam.... kalu tidak nampak sangat la jahil totok puak-puak nih.... hahahaha
Aper nak jadi aaa...... Akai takmo nak guna.....