Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pasukan Khas Persekutuan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Pasukan Khas Persekutuan Malaysia. Show all posts

31 August 2014

Tindakan Memalukan

Bhai/DeeDee semua...

Dalam MKN, ATM, PDRM, Kastam, APMM, JPJ dan banyak lagi agensi penguatkuasa... Ader jer anggota yang terlibat dengan salahlaku disiplin dan jenayah... Takder terkecuali... Even ader pegawai Jabatan Agama pon ader mintak habuan seks daripada pesalah syariah.... Hahaha.... itu yang tertangkap la... yang tak tertangkap rasanyer lagi berganda ramainyer... Hahaha

Tapi itu semua bukanlah alasan untuk tangkap semua orang dan siasat semua orang... Yang bersalah tue la yang patut kena tangkap... dan soalsiasat... yang lain takder kena mengena patut tak kena la....

Ini tidak... Marahkan seekor nyamuk... abis satu taman perumahan kena bakar... Hahaha... Giler siot... 

Sebelum PDRM nak amik tindakan terhadap PPS yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang... Aderlah lebih baik kalau PDRM dok kejar dan tangkap semua anggota Agensi Ranger Khas Malaysia yang tah saper-saper tubuhkan tue.... Hahahaha...

Kenapa yang ini masih lagi PDRM senyap.... gua dapat maklumat diorang nih punya la berlegar sampai kat Bukit Aman lagi melepak.... Hahahaha... biar betul aaa..... siap dengar citer ader pegawai kanan PDRM yang bagi latihan, tunjuk-ajar dan sokongan lagie.... Aper daa....

Yang Agensi Ranger Khas Malaysia nih bukan Kerajaan Negeri yang tubuhkan aaa....  tapi ntah saper-saper... siap ader CREST dan pangkat serta pingat VVIP lagie.... Hahahaha

Pendaftar Pertubuhan (ROS) pon satue la... kalu PPS nih tak berdaftar.. aper salahnyer tolong daftarkan.... Takkan ROS tak reti nak deal dan berurusan dengan Kerajaan Negeri.... Takkan la susah... Ker sengaja nak cari pasai.. sengaja nak kasi panas isu....

Nih gua nak tanya KPN (bekas Instructor gua dulu) dan Zahid Hamidi.... errr... Kongsi Gelap yang bercambah tue biler aaa lu orang nak gempur.... Itu hari macam kepoh jer... siap buat roadblock pakai vest dan submachinegun..... Hahaha....siap pakai ballistic helmet lagie... Hahaha,.... siap pakai Balaclava lagie.... Hahahaha......  Tapi takder satu pon Kongsi Gelap yang dah tumpas .... masih lagi berkeliaran..... bermaharaja lela..... Hahahaha

Yang ini biler mau gempur.... sampai pi carik kat rumah..... Hahahaha

Lawak aaa lu orang nih...... Hehehe.... ader chan la gua nak kenakan kengkawan kat Jabatan E Bukit Aman nih.... Hahaha

14 May 2013

Malaysia Darul Lawak

Bhai.... hahahaha... ini benda paling lawak gua pernah dengar hari nih... selepas lawak pagi tadi dari pencacai UMNO di Muzium Negara.... hahahaha .... Sori... gua tak tau keujudan Agensi Ranger Khas Malaysia nih.... sebab tugasan pemantauan benda-benda nih takder kena mengena dengan "job scope" gua.... hahaha.... lagipon khidmat gua dengan Agensi skrang nih sekadar khidmat sokongan "on off" jer.... ikut "projek" ... so gua tak amik pot pon pasai nih lar...

Tetiba jer gua baca berita nih dalam Sinar Harian.... hahaha... jadi gua tanya kengkawan gua kat Agensi yang mana diorang nih berkhidmat full time... diorang kata Agensi Ranger Khas Malaysia tue samer dengan kes Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (FSFM).... (non acredited - lebih kepada urusan pengawal keselamatan jer)  Hahaha... Gua gelak besar biler tau benda macam nih....  Macam-macam la dunia nih....  gelak besar bebudak kat Agensi masa story citer nih kat gua.... sampai berair mata gua......

Siap ader crest besi, pangkat dan pakaian seragam tue... hahaha....cayalah.....hahaha .... lawak siot... Pasai aper Agensi kitorang takder crest besi, pangkat dan pakaian seragam macam nih... Nih gua kena tanya bos besar nih... ini tidak adil... kenapa kitorang kena pakaian preman jer.... hahahaha...

Snapshot yang gua dapat carik...

logo Agensi Ranger Khas Malaysai


citer tentang kes Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (FSFM)
Aper-aper pon.... itulah dier rencam hidup dalam Malaysia... lawak dan melawakkan....


IPOH – Siang bergelar doktor tidak bertauliah, malam pula, lelaki yang baru setahun menjalani latihan di sebuah hospital di sini bertindak menyamun seorang peniaga dengan menyamar sebagai pegawai polis.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan empat lelaki termasuk doktor berusia 27 tahun yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz berhampiran sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun dihalang kereta yang dinaiki suspek bersama tiga rakannya lalu memperkenalkan diri sebagai polis menerusi vest yang tertera perkataan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, doktor terbabit menumbuk dada mangsa dan meminta wang RM350 untuk tidak memanjangkan kes terbabit.

“Mangsa diugut dengan menunjukkan suatu objek berupa pistol dipinggangnya. Mangsa yang tidak mempunyai wang dibawa ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang namun, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak berfungsi.

“Suspek berang tidak mendapat wang menaikkan jumlah terbabit kepada RM450 dan merampas MyKad mangsa.

“Namun, nasib mereka tidak panjang apabila pasukan rondaan polis berjaya menahan suspek menerusi maklumat awam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Menurutnya, ketika ditahan suspek memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Balai Polis Sungai Senam namun, gagal mengemukakan kad kuasa.

“Suspek hanya mengemukakan kad kuasa Agensi Ranger Khas Malaysia sambil menyatakan boleh menahan mana-mana individu yang didapati bersalah. Keempat-empat mereka dibawa ke Balai Polis Pekan Baru untuk siasatan.

“Turut dirampas vest polis yang berpangkat Asisten Superintendan, gari dan pistol mainan yang terselit pada suspek yang digelar doktor itu,” katanya.

Chang Keong berkata, doktor terbabit bersama rakannya berusia 24 hingga 21 tahun yang juga merupakan pelajar di sebuah kolej swasta akan ditahan reman sehingga 17 Mei ini untuk siasatan lanjut.

“Mereka ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dan Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Ini adalah kes kedua penahan suspek yang menyamar sebagai penjawat awam untuk menyamun sehingga Mei ini,” katanya.


nasib baik bukan yang ini .... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1