Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Senarai Calon. Show all posts
Showing posts with label Senarai Calon. Show all posts

18 March 2022

Khairy Jamaludin (KhairyKJ) dijangka tiada dalam senarai calon PRU15.

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang Khairy Jamaludin dilihat berlawan arah dengan kepimpinan UMNO. Dan Khairy lebih berpihak kepada Perikatan Nasional.

Jika keadaan berterusan, Khairy Jamaludin dijangkakan tiada dalam senarai calon PRU15 bagi mewakili UMNO. Itu yang kelihatan sekarang ini.. Dalam senarai yang sama ader beberapa nama lagi yang berpotensi untuk tidak disenaraikan sebagai wakil UMNO dalam PRU15.

PRU15 tak perlu disegerakan - Khairy Jamaluddin

#KhairyKJ #PRU15 #ProPN #PerikatanNasional #PAU2021 #UMNO #CipanTapirTenuk #SocialCritics

03 April 2013

PRU13 : Penamat Karier Politik Mahathir Mohamed

Bhai.... Gendang Perang untuk PRU13 sudah dibunyikan oleh Najib Razak pukul 11.30 pagi tadi... Bersempena dengan terketuknya gendang perang PRU13 buat pertama kalinya... gua berpendapat bahawa... inilah gendang "Cina Mati" penamat buat karier politik Mahathir Mohamed

Kini.... Kalu Mahathir Mohamed yang dicanangkan sebagai negarawan ulung Malaysia tidak berani untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah melawan musuh politiknya Lim Kit Siang.. maka sudah pasti salah satu daripada perkara dibawah nih akan menjadi buah mulut dan kenang-kenangan semua rakyat Malaysia...

  1. Mahathir Mohamed akan dicop sebagai pengecut jika tidak bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah melawan Lim Kit Siang
  2. Mahathir Mohamed akan kekal diingati dalam sejarah Malaysia sebagai bekas PM yang takut melawan musuh politiknya Lim Kit Siang
  3. Kredibiliti dan maruah Mahathir Mohamed akan jatuh merudum dan dijadikan bahan lelucon bagi semua rakyat Malaysia baik yang belum bersunat mahupun yang sudah bersunat
  4. Jika Mahathir Mohamed ambil keputusan bertanding melawan Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah, ada kemungkinan Mahathir Mohamed menang.
  5. Jika Mahathir Mohamed menang di kerusi Parlimen Gelang Patah, sudah semestinya Mahathir Mohamed akan kekal diingati kerana berjaya mengalahkan Lim Kit Siang bukan di kawasan kubu kuat DAP/PR tetapi dikawasan kubu kuat MCA/BN.
  6. Lim Kit Siang walaupun kalah tetap akan dihormati kerana berani berlawan Mahathir Mohamed digelanggang bebas yang mana pengaruhnya amat kecil disitu.
  7. Jika Lim Kit Siang menang di kerusi Parlimen Gelang Patah yang merupakan kubu kuat MCA/BN, maka riwayat dan karier politik Mahathir Mohamed akan tamat disitu.
  8. Mahathir Mohamed akan diingati sebagai bekas PM yang kalah dikawasan kubu kuat MCA/BN
  9. Kekalahan Mahathir Mohamed akan mendapat liputan luas oleh semua media dalam negara dan luar negara
  10. Kekalahan Mahathir Mohamed di kerusi Parlimen Gelang Patah juga akan mengakibatkan beliau terpaksa menerima hakikat tentang masa depan yang gelap bagi masa depan karier politik anaknya Mirzan. (oops... sori... Mukhriz ... terima kasih Curiosct pasai betulkan benda nih)
Aper-aper pon.... cabaran dari Lim Kit Siang kepada Mahathir Mohamed untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13 kali ini sememangnya memberikan seribu satu keuntungan kepada Lim Kit Siang, DAP dan Pakatan Rakyat.

Kalu pon Mahathir Mohamed menang di kerusi Parlimen Gelang Patah.... ianya sekadar biasa-biasa sahaja... tidak ada yang luar biasa.... sebab itu kubu kuat MCA/BN ...... so .. yang terkena skarang nih aderlah Mahathir Mohamed...

Oleh yang demikian... Gua nasihatkan Najib Razak supaya memberikan peluang dan meletakkan nama Mahathir Mohamed sebagai calon kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13 nih.... hehehe....


UPDATE : Hehehe... Rupanya terserlah tahap kepengecutan takder tulurnya Saekor Mahathir.... Hahaha .... Lawak siot.... Hahaha....

20 February 2013

Amacam, Duit Lobi Sudah Banyak Keluar

Bhai.... Gua dengar ini cerita ader banyak panas.... Ayoyo thambi.... Apa macham kalu itu orang sudah banyak keluar modal... sudah banyak keluar belanja... lobi sana..... lobi sini... ada chan ka mau dapat slot jadi calon... Kesian la itu mamat kalu tarak dapat jadi calon.... Mmmm....

Sudah banyak kali himpit sama itu bos... takkan tarak dapat jadi calon kalu.... ayoyo.... amma appa....

Hahahaha...... aper-aper pon... gua nak tengok saper yang dilepaskan jadi calon oleh Majlis Syura Ulama PAS tue... sebab pada gua ader beberapa nama yang rasanyer lepas tapisan Majlis Syura Ulama PAS ... tapi memang tak layak jadi calon sebab reputasinya dikalangan pengundi macam hampeh.... ader drop PAS water face lar.... hahaha .....

Sebab... ader ramai pemimpin PAS yang depan Majlis Syura Ulama PAS pijak semut pon tak mati.. punya la baik kelaku... tapi.... dibelakang... hahaha... dierlah raja segaja raja....bab berpakat dengan UMNO ... dier nombor wahid.... bab bengkeng dengan orang ramai para pengundi (atas pagar atau yang bukan penyokong) dier jugak nombor wahid.... pergh... kalu orang macam nih lepas tapisan Majlis Syura Ulama PAS... gua tak tau nak kata aper.... hahaha


SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.

Apa yang paling diutamakan, kata Nik Muhammad Zawawi ialah setiap calon dipilih mampu mempertahankan dasar dan imej parti, sama ada mereka kalah ataupun menang dalam pilihan raya.

Ditanya pada peringkat manakah proses pemilihan akhir itu sekarang, katanya, pihaknya sudah menyelesaikan 95 peratus proses tapisan dan ia akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

"Calon yang kita gugurkan dalam proses di peringkat Majlis Syura Ulama kerana syaratnya tidak mencukupi dan nama ini dikembalikan semula kepada Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat dengan senarai yang bersih," katanya.

Mereka yang disenaraikan sebagai calon, katanya, mempunyai ciri-ciri yang diyakini untuk mempertahankan dasar parti serta boleh menjaga keperibadian supaya tidak menjejaskan imej parti.

“Ciri-ciri ini kita yakin, dia boleh mempertahankan dasar parti dan boleh jaga keperibadian supaya tidak keluar parti...

"Alhamdulillah, setakat ini tiada calon yang melompat dalam Pas," katanya

05 September 2012

Senarai Calon Pilihanraya

Bhai... nih gua nak senaraikan aper yang perlu ader pada calon pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang akan datang .... ini kriteria gua... lu orang nak bersetuju pon boleh... nak bangkang pon boleh... cuma jangan bangang sudah la... hahaha ... ini senarai calon pilihanraya pilihan gua...
  1. Sahsiah, akhlak dan adab kelaku mesti mantop
  2. Bukan jenis mencaci mencerca pihak lawan
  3. Berhujah guna fakta
  4. Boleh bersentimenkan agama, tapi "walk the talk" lar..
  5. Manis muka... jangan sombong walaupun kepada musuh atau sesiapa
  6. Cukup solat 5 waktu (kalu Islam) la..
  7. Berperangai seperti orang beragama (bagi yang bukan beragama Islam)
  8. Turun padang setiap masa... bukan hanya nak pilihanraya atau memancing undi
  9. Mudah didekati, mudah membantu rakyat
  10. Tidak rasuah, bodek mahupun mengamalkan kronisma
  11. Tidak melabelkan orang lain dengan apa-apa label
  12. Tegas, Adil dan Konsisten
Kalu gua ader point lagi akan datang... gua akan listkan lagie... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1