Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tuan Guru. Show all posts
Showing posts with label Tuan Guru. Show all posts

04 December 2022

Cadangan Ditutup

Bhai/DeeDee semua...

Antara banyak-banyak cadangan selepas PRU15... ini adalah cadangan paling mantop dan terbaek... Sewajarnya takder lagi cadangan nama yang berbeza... kira macam cadangan ini ditutup untuk ada saingan nama yang lain... 

Jawatan Ketua Pembangkan bertaraf Menteri ini cukup wajar diberikan kepada Abdul Hadi Awang... Dia memang layak... lebih layak dari Muhyiddin Yasin... Dialah ketua sebenar dalam Perikatan Nasional... Dialah yang menguasai keadaan.. Dialah yang menyusun strategi...

Dialah ketua yang paling layak...



Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Ketuanya Zamir Ghazali berkata perkara itu wajar memandangkan PAS memenangi kerusi parlimen paling banyak pada PRU ke-15.

"Sudah pastinya, presiden PAS merupakan sosok terbaik untuk menjawat jawatan ketua pembangkang Dewan Rakyat bertaraf menteri lengkap dengan segala elaun dan kemudahan yang sewajarnya diperolehi.

"Abdul Hadi juga memiliki pengalaman sebagai ketua pembangkang yang cukup berkesan iaitu pada tahun 2002 sehingga 2004.

"Kebijaksanaan presiden PAS sebagai ketua pembangkang pasti menjadi cerminan wibawa menyeluruh PAS itu sendiri sebagai parti yang mewakili suara orang Melayu dan Islam terbanyak di Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada PRU ke-15 lalu, PAS memenangi 49 parlimen sekali gus muncul sebagai parti paling ramai ahli Dewan Rakyat.

PAS antaranya berjaya menyapu bersih 25 parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dan 13 kerusi parlimen di Kedah.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1