Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Zoo Kemaman. Show all posts
Showing posts with label Zoo Kemaman. Show all posts

22 July 2013

Taktik Kempen Yang Stereotype

Bhai/DeeDee ..... Gua bersetuju dengan pandangan blogger Azmi APA dan TheFlyingKick dalam isu taktik kempen yang stereotype nih.... Sungguh... penyakit macam nih... bukan sahaja hinggap dekat jentera kempen UMNO/BN... tetapi ianya jugak melekat kuat samer pada jenteran kempen PAS/PR....


Sorry to say la kalu aper yang gua citerkan nih semacam memburukkan PAS dan PR.... stendet la...  kiter bagi la chan kat Blogger UMNO/BN untuk tibai UMNO/BN dan kiter pulak tibai PAS/PR dalam isu kempen PRK N1 Kuala Besut... Baru la betul... jangan la kiter asik tibai musuh jer... skali skala kena gak tibai team sendiri.... buat muhasabah... buat peringatan... Tak tau la pulak kalu ader mazhab bengong yang kata tabley nak bantai team sendiri... Hahaha.... kalu tabley nak kritik team sendiri.... sebab alasan kena wala' .... hahaha.... alamat tak lama la team tue... cepat jer terbongkang.... hahahaha

Teknik berkempen memburuk-burukkan pihak lawan pada gua sudah tak relevan pasca PRU13 .... sebab sekarang nih... para pengundi dah matang.... diorang nak tengok aper dasar dan hala tuju yang parti-parti politik nih nak bawak... Diorang nak tengok masa depan...

Pengundi taknak tengok perangai asik kondem aper sajer yang musuh buat waima yang betul sekali pon.... Macam contoh... sudah berapa kali aaa gua citer ... tolong aaa jangan bawak isu kononnya pembinaan mini zoo di Kemaman tue membazir... Ini taktik bodoh orang yang tak belajar ilmu pendidikan... Taktik kondem mini zoo nih sudah ketinggalan.... Mini zoo atau aper sajer jenis zoo atau taman burung semuanya tue aderlah untuk pendidikan dan konservasi.... jangan jadi jumud dan bodoh.... Di negeri-negeri Pantai Timur... hanya di Kemaman jer la ader Mini Zoo yang boleh dianggap lengkap... sesuai untuk pendidikan... pendidikan tentang alam haiwan .... pendidikan bagi kanak-kanak...

Lagipon kalu nak pergi ke Zoo Negara atau Wetland.... berapa plak kosnya... dari segi logistik dan accomodation.... itu belum masuk kos tol dan minyak petrol...... Jangan la bodoh sangat bawak isu nih.... Samer gak macam isu "kononnya" ader ahli UMNO/BN yang keluar beramai-ramai masuk PAS/PR.... Hahaha... ini taktik lapuk aaaa....  Benda bodoh yang UMNO/BN buat macam nih pon PAS/PR nak ikut ... aper daaa....

Cuba la tunjukkan satu pelan perancangan 5 tahun aper yang nak dibuat setelah menang di PRK N1 Kuala Besut... macam mana nak perbaiki kualiti hidup para pengundi di sana... macam mana pula dengan kemudahan infrastruktur.... Buat la satu sesi taklimat pelan perancangan 5 tahun atau 10 tahun nih... bagi peluang pengundi di Kuala Besut terbuka minda dan membuat pilihan yang tepat...

Jangan la buat ceramah asik nak hentam jer... nak tunjuk bahawa calon lawan tue ader masalah la... calon lawan tue bukan orang tempatan la... calon lawan tue tak buat kerja la sebelum nih.... calon lawan tue keluarga dier orang PAS la..... wei... ini bukan kempen... ini bengong namanyer...

Pasca PRU13.... orang nak tengok aper yang PAS/PR rancangkan untuk 5 tahun kalu menang di PRK N1 Kuala Besut.... Orang nak tengok aper yang Pakatan Rakyat pelankan untuk keseluruhan negeri Terengganu.... Macam mana nak mempertingkatkan ekonominya... macam mana nak memperbaiki taraf hidup penduduk Terengganu... Macam mana nak memperbanyakkan industri dan peluang pekerjaan di Terengganu... Macam mana nak bawak pelabur masuk ke Terengganu... Macam mana nak jadikan tatakelola dan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu bertaraf AAA+++ (Moody @ Standard & Poor's)...

Cuba la pamerkan pelan strategik 5 tahun ker... 10 tahun ker.... untuk Kuala Besut....

Cukup-cukup la tue buat kempen macam bangang yang menggunakan taktik kempen yang stereotype nih.... dah lama dah... dan dah tak releven lagi cara nih pasca PRU13..... aper daaa...

Ader paham ka??? .... hahahaa

18 April 2013

PANAS : PAS Tendang PKR

Bhai.... bagi yang tak tau.... nih gua nak bagitau... gua tinggal di Kemaman... (mari la datang rumah... hahaha)....  walaupun gua asal Perak.. tapi dah lama gak gua tinggal di Kemaman nih... dan rasanyer dah tau selok belok dan peel Terengganu nih... Hahaha... Tambah pulak gua kerap datang ke Pantai Timur nih sejak 1990 lagie.... Anyway... aper yang gua nak citer nih aderlah isu PAS tendang PKR...

Gua tau aper yang akan gua tuliskan nih takkan sampai 24 jam mesti pencacai PAS tahap dewa yang taksub membuta tue akan balas dan bising dalam blog diorang... hahaha ... dan tuduh macam-macam kat gua walhal gua aderlah ahli PAS seumur hidup.... hahaha....

Aper daaa.... PAS Terengganu (gua ulang balik sekali lagi.... PAS TERENGGANU.... hehehe) memang dari dulu lagi perasan bagoosh...  perasan yang diorang aderlah pilihan rakyat Terengganu... alasan yang selalu gua dengar aderlah Terengganu ramai orang Melayu Islam... dan tentunya orang Islam akan mengundi dan memilih PAS sebagai wadah politik mereka... punyalah perasan bagoosh sampai Hadi Awang pon rasa bagoosh gak.... hahaha... semua pasai Geng Rusila yang taksub perasan bagoosh tue... hahaha

Okeh... PAS memang pernah pegang Terengganu sepenggal... tapi kalah balik pada 2004 ..... pasai aper kalah..... kalu lu tanya orang PAS Terengganu.... mesti diorang akan cakap semuanya pasai pengundi hantu... hahaha... banyak la pengundi hantu.....  Langsung tak pernah kedengaran dari mulut-mulut PAS Terengganu terutamanya Geng Rusila yang kekalahan PAS Terengganu pada 2004 aderlah disebabkan oleh kerana sikap dan perangai ahli dan pimpinan PAS Terengganu itu sendiri...

Tak payah la tanya dengan orang UMNO... memang orang UMNO kat Terengganu nih akan citer yang buruk tentang PAS.... tapi cer tanya golongan atas pagar... cer tanya orang Cina dan India yang ader dok kat Terengganu nih ... tanya diorang aper pasai PAS kalah di Terengganu pada 2004.... mesti diorang akan kasi jawapan yang jujur punya.... hahaha...

So.... Biler PAS Terengganu perasan bagoosh... tambah lagi dengan beberapa tembakan bodoh yang dibuat oleh mereka terhadap kepimpinan MB Ahmad Said.... terutamanya dalam kes Zoo di Kemaman tue.... (err.. gua dah pernah tulis pasai isu nih).... gua tak rasa aaa yang PAS boleh menang di Terengganu pada PRU13 nih... walaupun sentimen rakyat menolak UMNO/BN memang tengah hot la nih....

Bukan la gua nak sokong MB Ahmad Said membuta jer... tapi gua tengok dan kaji kerjabuat dier selama dier jadi MB.... gua salut hasilnya.... MB Ahmad Said betul-betul buat kerja.... turun kepadang... Bukan setakat ceramah jer.... bukan setakat kempen jer atas pentas... tapi gua sendiri tengok yang dier amik berat isu rakyat... Gua tau la dier orang UMNO... tapi kalu lu biasa lepak sekeliling dier... lu akan tau yang dier rapat dengan rakyat pelbagai mazhab politik...

Oleh lar.... sure la lepas nih gua akan dicop oleh blogger FZT sebagai pencacai UMNO/BN la plak lepas nih.... hahahaha...

So... sebagai membuktikan PAS memang perasan bagoosh di Terengganu.... dan cubaan PAS untuk tendang PKR... dan konpiden PAS menang besar punya... tanpa perlukan sokongan dari ahli parti lain... nih gua sertakan artikel yang gua rembat dari Sinar Harian... hehehe... baca betul-betul aaa...


KUALA TERENGGANU – Perselisihan pembahagian kerusi antara Pas dan PKR semakin ketara di negeri ini dengan tindakan tiga wakil Pas di tiga Dun berasingan mendesak Pas Pusat dan Perhubungan Pas Negeri meletakkan calon Pas di kerusi Dun Bandar, Seberang Takir dan Bukit Besi.


Dari kanan: Ahmad Shah, Naraza dan Mohd Nordin pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, semalam
Bantahan terhadap calon PKR di tiga-tiga kerusi itu dibuat oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Bendahari MTD Seberang Takir, Mohd Nordin Mahmood dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Dungun, Naraza Muda yang turut mewakili suara di peringkat Dun masing-masing.

Bagi wakil Dun Bandar dan Seberang Takir, kedua-duanya berkeras dengan pendirian untuk menolak calon PKR kerana mendakwa potensi kemenangan lebih besar dengan meletakkan calon Pas, manakala wakil Bukit Besi, Naraza berlembut sedikit untuk menerima calon PKR sekiranya yang diturunkan itu diterima rakyat dan bukannya calon ‘bidan terjun’.

“Kami yang mewakili Pas Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar mendesak supaya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu membenarkan calon Pas bertanding di kerusi N25, N11 dan N14.

“Kami menolak calon daripada PKR yang bersifat bidan terjun kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera Pas yang telah lama bertapak di Dun tersebut,” jelas ketiga-tiga wakil terbabit pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu, di sini, semalam.

Sidang media itu dibuat beberapa jam sebelum pengumuman calon PKR yang mengesahkan akan bertanding di tiga kerusi dinyatakan itu.

Ditanya lanjut mengenai desakan terlibat, ketiga-tiganya tidak menganggap desakan itu memberi kesan terhadap kerjasama antara Pas dan PKR kerana mereka mempunyai hak bersuara selagi masih ada ruang.

Sementara itu, Mohd Nordin berkata, pihaknya tidak menerima calon PKR kerana mendakwa tidak berwibawa dan cuba ‘mengimport’ calon dari luar.

Bukan itu sahaja katanya, kewujudan PKR di Seberang Takir seolah-olah tidak wujud dan tiada sebarang cawangan atau ranting PKR ditubuhkan di kawasan itu sebagaimana disahkan Setiausaha PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad sebelum ini.

“Memang tiada cawangan jadi macam mana kita nak beri kepada orang yang tiada cawangan untuk bertanding.

“Kita sudah buat perbincangan dengan Setiausaha (PKR Terengganu), Wan Bukhari sebanyak dua kali supaya berbincang di peringkat negeri tetapi senyap seribu bahasa.

“Masa (Datuk Seri) Anwar pergi ke Teluk Ketapang, kita bagi memorandum padanya, minta dia cuba menilai berdasarkan pada 2008 (PKR) tidak boleh buat kerja.

Cuma masa itu, kita dalam kalangan penyokong Pas bantu juga, sokong dia. Jadi untuk PRU kali ini, kita minta dia serah juga kawasan itu pada kita,” katanya.

Bagi Ahmed Shah, beliau berkata, pengundi jelas mahukan calon Pas di kerusi Dun Bandar dan mendakwa sekiranya membiarkan PKR bertanding sudah tentu memberi kemenangan mudah kepada MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1