Bhai.... bagi yang tak tau.... nih gua nak bagitau... gua tinggal di Kemaman... (mari la datang rumah... hahaha).... walaupun gua asal Perak.. tapi dah lama gak gua tinggal di Kemaman nih... dan rasanyer dah tau selok belok dan peel Terengganu nih... Hahaha... Tambah pulak gua kerap datang ke Pantai Timur nih sejak 1990 lagie.... Anyway... aper yang gua nak citer nih aderlah isu PAS tendang PKR...
Gua tau aper yang akan gua tuliskan nih takkan sampai 24 jam mesti pencacai PAS tahap dewa yang taksub membuta tue akan balas dan bising dalam blog diorang... hahaha ... dan tuduh macam-macam kat gua walhal gua aderlah ahli PAS seumur hidup.... hahaha....
Aper daaa.... PAS Terengganu (gua ulang balik sekali lagi.... PAS TERENGGANU.... hehehe) memang dari dulu lagi perasan bagoosh... perasan yang diorang aderlah pilihan rakyat Terengganu... alasan yang selalu gua dengar aderlah Terengganu ramai orang Melayu Islam... dan tentunya orang Islam akan mengundi dan memilih PAS sebagai wadah politik mereka... punyalah perasan bagoosh sampai Hadi Awang pon rasa bagoosh gak.... hahaha... semua pasai Geng Rusila yang taksub perasan bagoosh tue... hahaha
Okeh... PAS memang pernah pegang Terengganu sepenggal... tapi kalah balik pada 2004 ..... pasai aper kalah..... kalu lu tanya orang PAS Terengganu.... mesti diorang akan cakap semuanya pasai pengundi hantu... hahaha... banyak la pengundi hantu..... Langsung tak pernah kedengaran dari mulut-mulut PAS Terengganu terutamanya Geng Rusila yang kekalahan PAS Terengganu pada 2004 aderlah disebabkan oleh kerana sikap dan perangai ahli dan pimpinan PAS Terengganu itu sendiri...
Tak payah la tanya dengan orang UMNO... memang orang UMNO kat Terengganu nih akan citer yang buruk tentang PAS.... tapi cer tanya golongan atas pagar... cer tanya orang Cina dan India yang ader dok kat Terengganu nih ... tanya diorang aper pasai PAS kalah di Terengganu pada 2004.... mesti diorang akan kasi jawapan yang jujur punya.... hahaha...
So.... Biler PAS Terengganu perasan bagoosh... tambah lagi dengan beberapa tembakan bodoh yang dibuat oleh mereka terhadap kepimpinan MB Ahmad Said.... terutamanya dalam kes Zoo di Kemaman tue.... (err.. gua dah pernah tulis pasai isu nih).... gua tak rasa aaa yang PAS boleh menang di Terengganu pada PRU13 nih... walaupun sentimen rakyat menolak UMNO/BN memang tengah hot la nih....
Bukan la gua nak sokong MB Ahmad Said membuta jer... tapi gua tengok dan kaji kerjabuat dier selama dier jadi MB.... gua salut hasilnya.... MB Ahmad Said betul-betul buat kerja.... turun kepadang... Bukan setakat ceramah jer.... bukan setakat kempen jer atas pentas... tapi gua sendiri tengok yang dier amik berat isu rakyat... Gua tau la dier orang UMNO... tapi kalu lu biasa lepak sekeliling dier... lu akan tau yang dier rapat dengan rakyat pelbagai mazhab politik...
Oleh lar.... sure la lepas nih gua akan dicop oleh blogger
FZT sebagai pencacai UMNO/BN la plak lepas nih.... hahahaha...
So... sebagai membuktikan PAS memang perasan bagoosh di Terengganu.... dan cubaan PAS untuk tendang PKR... dan konpiden PAS menang besar punya... tanpa perlukan sokongan dari ahli parti lain... nih gua sertakan artikel yang gua rembat dari Sinar Harian... hehehe... baca betul-betul aaa...
KUALA TERENGGANU – Perselisihan pembahagian kerusi antara Pas dan PKR semakin ketara di negeri ini dengan tindakan tiga wakil Pas di tiga Dun berasingan mendesak Pas Pusat dan Perhubungan Pas Negeri meletakkan calon Pas di kerusi Dun Bandar, Seberang Takir dan Bukit Besi.
 |
| Dari kanan: Ahmad Shah, Naraza dan Mohd Nordin pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, semalam |
Bantahan terhadap calon PKR di tiga-tiga kerusi itu dibuat oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Bendahari MTD Seberang Takir, Mohd Nordin Mahmood dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Dungun, Naraza Muda yang turut mewakili suara di peringkat Dun masing-masing.
Bagi wakil Dun Bandar dan Seberang Takir, kedua-duanya berkeras dengan pendirian untuk menolak calon PKR kerana mendakwa potensi kemenangan lebih besar dengan meletakkan calon Pas, manakala wakil Bukit Besi, Naraza berlembut sedikit untuk menerima calon PKR sekiranya yang diturunkan itu diterima rakyat dan bukannya calon ‘bidan terjun’.
“Kami yang mewakili Pas Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar mendesak supaya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu membenarkan calon Pas bertanding di kerusi N25, N11 dan N14.
“Kami menolak calon daripada PKR yang bersifat bidan terjun kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera Pas yang telah lama bertapak di Dun tersebut,” jelas ketiga-tiga wakil terbabit pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu, di sini, semalam.
Sidang media itu dibuat beberapa jam sebelum pengumuman calon PKR yang mengesahkan akan bertanding di tiga kerusi dinyatakan itu.
Ditanya lanjut mengenai desakan terlibat, ketiga-tiganya tidak menganggap desakan itu memberi kesan terhadap kerjasama antara Pas dan PKR kerana mereka mempunyai hak bersuara selagi masih ada ruang.
Sementara itu, Mohd Nordin berkata, pihaknya tidak menerima calon PKR kerana mendakwa tidak berwibawa dan cuba ‘mengimport’ calon dari luar.
Bukan itu sahaja katanya, kewujudan PKR di Seberang Takir seolah-olah tidak wujud dan tiada sebarang cawangan atau ranting PKR ditubuhkan di kawasan itu sebagaimana disahkan Setiausaha PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad sebelum ini.
“Memang tiada cawangan jadi macam mana kita nak beri kepada orang yang tiada cawangan untuk bertanding.
“Kita sudah buat perbincangan dengan Setiausaha (PKR Terengganu), Wan Bukhari sebanyak dua kali supaya berbincang di peringkat negeri tetapi senyap seribu bahasa.
“Masa (Datuk Seri) Anwar pergi ke Teluk Ketapang, kita bagi memorandum padanya, minta dia cuba menilai berdasarkan pada 2008 (PKR) tidak boleh buat kerja.
Cuma masa itu, kita dalam kalangan penyokong Pas bantu juga, sokong dia. Jadi untuk PRU kali ini, kita minta dia serah juga kawasan itu pada kita,” katanya.
Bagi Ahmed Shah, beliau berkata, pengundi jelas mahukan calon Pas di kerusi Dun Bandar dan mendakwa sekiranya membiarkan PKR bertanding sudah tentu memberi kemenangan mudah kepada MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).