Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

05 April 2015

Alhamdulilah...

Bhai/DeeDee semua...

Alhamdulillah..... dah ader kat Malaysia dah..... baru dapat tau macam-macam info .... Mama Juwie dah meninggal dunia .... Jamaluddin Jarjis dah meninggal dunia ... Bapak Anwar Ibrahim dah meninggal dunia.... Innalillahi wainna ilaihiiraajiun ...

Fuhh......

Tugasan gua kat Timur Tengah dah solosai....  nak bungkus semua dan balik kepada hibernasi.... kojo den dah solosai.... tutup buku .... hahaha

04 April 2015

Senyap Lagi Sunyi



Kah Kah Kah.

Tidak sampai sebulan selepas kejadian terhempasnya pesawat GermanWings, semua data dari kotak hitam telah dapat dikenalpasti dan didedahkan kepada umum. Hebat tindakan pantas mereka ini. Team dari Peranchis memang cekap. Bukan macam team dari Amerika Syarikat atau British.

Kah Kah Kah.

Sudah lebih dari 6 bulan pesawat MH17 ditembak jatuh. Malah kedua-dua kotak hitam juga telah ditemui dan diambil untuk diproses datanya. Sudah jutaan ringgit dihabiskan untuk membayar puak pemisah demi dua buah kotak tersebut (walaupun kita diberitahu oleh Kerajaan Malaysia bahawa tiada pembayaran dilakukan). Dan kotak hitam tersebut telah diserahkan ke Britain untuk diproses datanya.

Kah Kah Kah.

Mungkin kita akan tahu isi kandungan dua kotak hitam MH17 keseluruhannya 30 tahun lagi agaknya. Mungkin juga sampai bila-bila kita semua tidak akan tahu apa yang berlaku kerana isi kandungan kotak hitam MH17 yang ditembak jatuh itu hilang maklumatnya. Apa yang disembunyikan dan apa yang cuba diubahsuai?

Kah Kah Kah.

Berapa juta lagi yang perlu kita keluarkan untuk mendapat tahu apa isi kandungan kotak hitam MH17. Terlalu banyak telah dibelanjakan semata-mata untuk mendapatkan kotak hitam dan jenazah mangsa MH17. Puak pemisah pun kita bayar, puak kerajaan Ukraine pun kita bayar. Itu belum masuk lagi kos yang akan dikenakan oleh pihak British dan Amerika Syarikat untuk kos operasi memproses data kotak hitam.


Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

03 April 2015

Tahu Juga Kerajaan Malaysia Takut?

Kah Kah Kah.

Siapa lebih besar? Siapa lebih berkuasa? Kerajaan Malaysia atau Kapitalis? Nampaknya GST telah memperlihatkan bahawa Kerajaan Malaysia juga tahu takut. Bukan takut kepada rakyat sebab rakyat boleh dibelasah, ditahan, ditangkap, didakwa dengan bermacam Akta dan hukuman. Tapi Kerajaan Malaysia amat takut kepada kumpulan Kapitalis.

Kah Kah Kah.

Kerajaan Malaysia cukup takut dengan Syarikat Telekomunikasi. Walaupun sudah diberikan arahan dan amaran supaya tidak mengenakan GST 6% dan mengekalkan harga yang lama, malah ada pekeliling dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja mengenai perkara ini. Namun oleh kerana syarikat telekomunikasi berdegil, Kerajaan Malaysia terpaksa beralah. Kelakar sungguh apabila melihat betapa penakutnya Kerajaan Malaysia.

Kah Kah Kah.

Ini menunjukkan Kerajaan Malaysia sudah kena beli. Jika tidak kena beli buat apa Kerajaan Malaysia tunduk takut dengan gertakan dari syarikat telekomunikasi. Beri masa dalam sebulan ini nyata kita akan dapat lihat lebih banyak lagi syarikat akan mengugut Kerajaan Malaysia yang pengecut ini. Menteri yang ada ramai pun nampaknya jenis penakut. Patut kita letak Bung Miokhtar Radin sebagai ganti tempat Ahmad Maslan, Ismail Sabri atau Hassan Malek. Bung Mohktar Radin ini boleh dikira samseng juga.

Kah Kah Kah.

Najib Razak pun nampaknya tidak berani bersuara. Mungkin dia takut syarikat telekomunikasi akan mendedahkan semua komunikasi telefon beliau. Mungkin juga dia takut cerita Altantuya bocor dari sumber syarikat telekomunikasi. Situasi sebegini adalah agak bahaya.

Kah Kah Kah.

Oleh itu saya beranggapan, adalah sebaiknya semua syarikat mengugut Kerajaan Malaysia dengan menggunakan kuasa GST. Jika ini berlaku, maka akan lebih ramai rakyat Malaysia akan membenci Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO/BN. Ini bermakna lagi cepat UMNO/BN akan selamat dikuburkan.


Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

02 April 2015

Dipanggil Bertugas

Bhai/DeeDee semua ...

Sori.... ringkas saja hari nih... sedang berkejar pi lapangan terbang untuk satu tugasan khas di Timur Tengah.... Gua dipanggil bertugas pukul 3 pagi tadi ... Lokasi lapangan terbang tak dapat nak kasik tau... dan lokasi destinasi jugak tak dapat nak kasitau...

3 hari off the grid.... InsyaAllah....

01 April 2015

Satu Soalan ...

Bhai/DeeDee semua...

Benarkah dulu masa SST... hanya syarikat yang dapat perolehan RM3 juta keatas jer yang kena bayar SST??? Sebab tue la tak berapa perasan kesan percukaiannyer kepada masyarakat awam???

Dan...

Benarkah kerana GST .... had minima RM3 juta perolehan setahun nih diturunkan kepada RM500 setahun???.... supaya lagi ramai yang kena bayar cukai???

Awek Tolak GST : Awek Tolak Gasak Semua Teruna ??? Inai pon masih merah lagie ... hahaha


Errr..

Nak tanya satu soalan nih..... Kalu masa SST dulu tue terlalu banyak ketirisan yang berlaku dalam dana Kerajaan Malaysia.... macam mana dengan GST nih ketirisan boleh dihapuskan sama sekali??? Kalo yang sikit dulu pon dah tiris... la nih lagi banyak.... errr... lagi senang la "joli katak" ...

Kalo disemak audit yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.... Kastam aderlah antara agensi yang paling lorat dan mengarut sekali dalam penggunaan dana Kerajaan..... Tak percaya ka??? Pi la tanya Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) tue....

Hahaha


Contoh paling mengarut : FAREEDA ikut langkah MYDIN tanggung GST

Katanya FAREEDA absorb cukai GST 6% - Sumber  ..... tapi...
Tapi... nampak macam rakyat kena kencing ja konon FAREEDA nih absorb / tanggung cukai GST 6%


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1