Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

26 November 2013

Nahas : Kereta Terhumban Dalam Sungai

Bhai/DeeDee sekalian...

Info : 

Kemalangan kereta terbabas dan terhumban ke dalam Sungai Kerteh di Kemaman

Jenis kereta : Kia Forte
No kenderaan : WVM 7119
Warna : Putih
Waktu : Waktu kemalangan sekitar jam 0600 petang
Status mangsa : meninggal
Nama mangsa : Mohd Yazid [ Pembetulan nama mangsa adalah Mohd Haziq ]
Umur : 27 tahun
Asal : Kepala Batas
Syarikat Berkhidmat : Petronas PETLIN

Status terkini sehingga jam 0835 mlm...kereta telah berjaya dikeluarkan dari Sungai Kerteh

CRC menyediakan kelengkan komunikasi untuk Bomba..PDRM..Rescue dan Kren





Al Fatihah...

Takziah kepada keluarga mangsa...

KDN : Idea Cari Duit Baru

Bhai/DeeDee sekalian...

Terbaek la idea dari Zahid Hamidi nih.... Ala... Dier nih yang tabley nak bagi jawapan pasai aper berlaku kecuaian tugas dalam KDN sehinggakan tapisan keselamatan bagi pengawal bersenjata yang mendapat lesen senjata api boleh terlepas kepada tangan warga asing....

La nih.... hanya kerana isu pendatang asing yang ader MyKad..... yang takder satu pon tindakan tuntas dan audit kepada kecuaian KDN..... terus plak Zahid Hamidi cadangkan agar KDN mengenakan caj dan denda terhadap sesiapa yang hilang kad pengenalan MyKad....

Walhal.... hampir 80% orang yang hilang kad pengenalan MyKad aderlah disebabkan jenayah ragut dan samun...... yang semuanya patut ditangani dengan berkesan oleh PDRM yang dok bawah KDN.... dimana KDN nih dikuasai oleh Zahid Hamidi.....

Aper ker jadahnyer mangsa-mangsa nih akan kena denda yang diorang tak buat... tak pasai-pasai jer.....

Ini semya kerana idea cari duit baru.... terbaek la.... Semua kerana duit..... macam cilaka jer.... Kalu jenayah ragut dan samun takder berlaku... atau kurang berlaku.... maka tak ramai la yang akan hilang kad pengenalan MyKad.....  cuba lihat zaman dahulu... sekitar tahun 70'an.... ader berapa banyakkan jenayah ragut dan samun.... tak banyak la bhai.....

Sebab itu la orang dulu-dulu jarang sangat hilang kad pengenalan...... sebab masa tue PDRM buat kerja sungguh-sungguh dan orang politik jarang campur tangan kacau kerja polis..... La nih... anggota polis banyak plak buat kerja berkaitan politik..... semua kerana nak selamatkan UMNO yang dah tak releven lagie tue..... hahahaha ... hampeh....

SUMBER

25 November 2013

Syirik

Bhai/DeeDee sekalian...

Artikel nih pendek jer... Sekadar gua nak pointkan benda nih...

Titah Sultan dan Raja bukan main lagi ikut dan tunduk patuh... Siap siapa yang tak ikut dan patut dikira menderhaka....

Tapi....

Titah Allah Taala, Tuhan Sekalian Alam boleh plak buat derk buat tak kisah dan tak amik pot...  

Aper daaa.. Jangan jadi sesat wei... Ini syirik nih kalu menyembah manusia... Syirik nih Allah Taala tak ampunkan wei dosanyer... Aper nak jadi la dok sembah manusia nih...

Setan pon tak sembah manusia wei... Setan pon tak ngaku dier Tuhan...

Najib Sedar Diri, Rosmah Bagaimana Pula?

Bhai/DeeDee sekalian..

Gua respek kat Najib Razak nih... sebab dier memang sedar diri dier saper.... dan dier jugak sedar tahap mana dier..... Cuma satu jer yang tak syok nih.... apersal la bini dier Rosmah Mansor nih tak sedar sedar diri lagi..... dier cuma consort jer... sekadar bini.... urusan rasmi negara bini PM mana boleh wakili.... sebab itu la ader jawatan TPM dan Menteri Luar....

Kalu Rosmah Mansor nak jugak libatkan diri urusan rasmi negara.... sila bertanding la jadi TPM ka.... Menteri Kewangan ka... Menteri Luar ka.... Menteri Pendidikan ka.... atau Menteri Perlancongan.... Kalu takder jawatan rasmi dalam Kerajaan... tolong sedar diri tue skit... dan jangan campur tangan urusan rasmi negara...

Kalu pon perlu undangan rasmi negara dibuat kepada ketua negara lain... itu kerja TPM dan Menteri Luar..... bukan kerja bini PM...... sebab bini PM takder dalam tangga gaji di Kementerian Kewangan..... ader paham ka....

SUMBER

24 November 2013

Kontrak Presiden FAM Tidak Disambung

Kuala Lumpur 24 November 2014:

Exco FAM telah membuat keputusan sebulat suara untuk tidak menyambung lagi kontrak Presiden FAM. Ini kerana setelah mengambilkira betapa teruknya pencapaian dan khidmat yang telah diberikan selama lebih 30 tahun ini kepada kemajuan sukan bolasepak di Malaysia.

Exco FAM juga telah mengambil kira pandangan dan rungutan para pemain, penyokong, peminat dan juga penaja bagi sukan bolasepak. 

Terdahulu diberitakan bahawa pihak DUNHILL selaku penaja utama sukan bolasepak di Malaysia sekitar tahun 80'an dan 90'an telah menghantar satu laporan bertulis setebal 450 muka bagi menerangkan senario sebenar sukan bolasepak di Malaysia.

Tindakan yang sama juga telah diambil oleh syarikat Nestle Berhad melalui jenama MILO dengan menghantar laporan setebal 800 muka berkaitan mutu pengurusan bolasepak di Malaysia dibawah Presiden FAM sejak 1980 lagi.

Bagi pihak peminat bolasepak di Malaysia, NGO terkenal iaitu Ultra Malaya pula diberitakan telah menghantar satu laporan setebal 700 mukasurat beserta dengan kompilasi tandatangan peminat sebanyak 129,832 dalam satu petisyen yang telah disahkan.

Oleh yang demikian, maka Exco FAM dengan sebulat suara memecat Presiden FAM dari jawatannya dan memberikan larangan kepada bekas Presiden FAM ini daripada memberikan kenyataan akhbar.

Denda dan tindakan tatatertib lain akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas lembaga disiplin FAM yang akan bersidang dua minggu dari sekarang. Satu salinan laporan akan dihantar kepada AFC dan FIFA bagi menjelaskan keputusan yang telah diambil.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada bekas. Presiden FAM ini masih lagi tertangguh kerana sekatan yang telah dibuat oleh pihak Exco FAM.


Laporan dari Afghan Bin Osman
NONAMA NEWS NETWORK (NNN)
www.nonama.com

# le-parodie








Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1