Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

30 September 2015

SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

YB Dato Seri,
PAKATAN HARAPAN PKR-DAP-PAN atau PAKATAN CURANG PKR-PAS?

Assalamu’alaikum WBT. Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah semata-mata. Kami memanjatkan pujian kepada-Nya. Kami memohon pertolongan dan keampunan dari-Nya. Kami berlindung kepada-Nya dari kejahatan peribadi dan dari keburukan amal perbuatan kami. Orang yang mendapat petunjuk dari Allah, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Orang yang dibiarkan tersesat oleh Allah, tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Kami mengaku bahawasanya tiada tuhan kecuali Allah, tiada sekutu bagi-Nya; dan kami mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah.
2. Surat terbuka ini kami tulis bukan sekali-kali kerana mahu mencari perselisihan dan jauh daripada maksud permusuhan. Tetapi hanya semata-mata hendak meluahkan kegusaran hati kami terhadap suasana politik yang dilihat semakin bercelaru kebelakangan ini. Sejak krisis MB Selangor tercetus lebih setahun yang lalu, nampak keadaan semakin merimaskan dari hari ke hari di mana parti-parti pembangkang yang saling bermuafakat dalam PRU-13 telah terlibat dalam sengketa sesama sendiri hingga berlaku kemelut demi kemelut yang tidak kunjung padam.
3. Kami bukan penulis politik atau media yang mengambil kesempatan dari krisis politik sebagai bahan yang boleh diulas dan diperniagakan untuk mencari makan. Bukan! Sekali-kali bukan. Kami hanya mewakili golongan bawahan yang tidak punya apa-apa kepentingan sama sekali dalam politik kepartian. Ini adalah suara hati golongan marhein yang sayangkan negara dengan ikhlas mengharapkan suatu perubahan politik yang mampu memulihkan ekonomi negara serta mengembalikan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Nak Sembang Hudud Kena Tahu Undang-Undang

Bhai/DeeDee semua...

Nih gua nak bagitau kepada pencacai dan macai PAS yang dok giler nak sembang pasai hudud... konon siap ader yang takfirkan 4 orang yang saman Hadi Awang atas kes hudud..... Hahaha... Bhai... nak sembang hudud ngan gua, lu kena tahu undang-undang la... tahu due process dier... tahu legal term dier... tahu legal implication dier.... tahu limit dier....

Okeh.... pada gua tindakan 4 orang yang saman Hadi Awang pasai kes hudud tu ader yang betul dan ader yang salah....

Yang betul aderlah memang saman itu valid kerana ianya perkara yang dibawa oleh Hadi Awang itu bersalahan dan bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan.... Jadi sepatutnya sebelum perkara ini hendak dibawa ke Parlimen, perlulah diubah dahulu Perlembagaan Malaysia...

Yang salah pula adalah kenapa saman tersebut dibuat oleh orang Islam, bukankah lebih baik orang bukan Islam yang saman.

Walau macam mana pun.... walaupun Mahkamah membatalkan saman tersebut.... dan walaupun Hadi Awang berjaya membawa dan membentangkan usul Akta 355 tue di Parlimen... dan walaupun Parlimen telah mengundi dan meluluskan sebulat suara usul Akta 355 tu...... ianya tetap juga belum pasti akan dapat dijalankan dan dilaksanakan...

Sebabnya.....

Sebab selagi mana sesuatu usul yang berkaitan dengan Agama Islam ini tidak mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja Melayu sama ada sebelum ianya dibawa ke Parlimen atau sesudahnya, maka jangan mimpilah ianya boleh dilaksanakan.....

Kuasa Majlis Raja-Raja dan kuasa Sultan/Raja diperingkat Negeri adalah ultimatum. Oleh itu selagi mana ianya tidak dipersetujui... jangan mimpilah.... Tak kisah lah DUN atau Parlimen dah luluskan... tapi tidak dapat dekri Sultan/Raja.... maka lupakan sahajalah.

Ader paham ka???

29 September 2015

Sudah Masuk Penjarakah Khir Toyo?

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum nih... masa ader satu budak yang kena hukum penjara bagi kes Program Khidmat Negara ... tak menyempat-nyempat pegawai Mahkamah menghantar budak tue ke penjara.... Jatuh hukum jer terus kena angkut masuk kedalam...

Itu belum lagi kes curik sardin dan susu pasai terlalu susah..... Kejap-kejap itu jer kena angkut.... kena bungkus masuk penjara....  Even dalam kes Anwar Ibrahim pun laju ja semua kena berkas dan tahan serta tangkap bawak masuk dalam penjara sebaik sajer Mahkamah jatuh hukum....

La nih.... Khir Toyo dah dijatuhkan hukuman.... Errr.... biler aaa dier akan masuk penjara nih.... Dah masuk ke belum... Awat lambat sangat... Takkan nak bagi chan dier balik rumah dan tido dulu kot.... Giler aper aaa.....

So.... mari kita tengok berapa lama masa yang diambil untuk Khir Toyo diangkut ke dalam penjara....

Sekadar nak peringatkan Khir Toyo, nanti kalu mandi kat dalam Penjara kalu ditakdirkan sabun buku tu jatuh, tolong jangan tonggeng amik sabun tu aaaa.... Berhati-hati ... Nanti lohe.. Hahaha



Hebatnya Bangsa Pahang (2)

Bhai/DeeDee semua...

Pahang aper kurangnyer... Umarak berjiwa rakyat ader.... Ulamak berjiwa rakyat ader... Rakyat berjiwa hamba pun ader.... Hahaha... semua cukup korum... Takder yang missed.... Takder yang tertinggal...  semua segmen ader dah cover....

Cuba tengok Umarak yang ader..... cukup prihatin dengan kehendak rakyat... mahukan hiburan boleh disediakan... mahukan perjudian diberikan premis... mahukan kawasan untuk "adult recreation" berpantai disediakan... Malah siap tak brani mana-mana pegawai nak buat serbuan tanpa diberitahu terlebih awal.... Hahaha....

Tak caya ka?? Hahaha... Lu pernah dengar ka Jabatan Agama Islam buat serbu kegiatan maksiat kat Genting Highland.... Hahaha... Bukan sedikit yang amik kesempatan melakukan maksiat lelaki perempuan kat atas gunung sana tue... It's open secret la.... Hahaha

Tengok pulak Ulamak... cukup ramai yang berjiwa rakyat... senyap membisu jer tak bising pun nak marah ker amik tindakan ker.... sebab rakyat ader yang suka berjudi... ader yang suka buat maksiat lelaki perempuan tak kira kat gunung atau tepi pantai kat resort ker.....  Betul-betul berjiwa rakyat.... Hahaha.... memang dasat...

Rakyat pulak memang la berjiwa hamba... tak berani nak melawan... angguk dan angkat sembah ja.... siap sembah manusia... macam sembah dewa dewi... gilos..... Umarak buat kerja giler... jahanamkan bumi sampai jadi Planet Marikh pun rakyat tak berani nak melawan... sebab dah status hamba... mana berani merengak... mana berani angkat kapla.....  hampeh dot com betul lar....

Sebab itu la gua kata... Hebatnya Bangsa Pahang.... mengalahkan Bangsa Johor.... Hahaha


28 September 2015

Dana Off Record

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari masa gua upkan cerita bahawa PAS memang selamanya dapat dana dari UMNO melalui saluran-saluran tertentu... ramai yang tak puas hati... Ader yang kata gua buat fitnah la... ader yang kata gua sajer buat gempak ker... ader yang kata pulak "takkan la kot"....

Hahaha

Itu lah korang.... bukan nak amik cakna dari mana sumber-sumber dana masuk.... wei... ader la dana off record selama nih masuk la.... bukan sekupang dua... tapi banyak bhai... cukup banyak...

Ianya dikendalikan dengan cukup professional oleh pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan.... semua dana tu di pindahkan secara tunai...  melalui saluran-saluran yang lu orang tak akan syak langsung... Hahaha... Paling mudah adalah melalui tapak-tapak ceramah .....

Hehehe..

Aper pon.... sekarang nih pon ader berlaku benda yang sama... gua diberitahu bahawa dua minggu sudah ader satu dana yang masuk.... cecah ratusan ribu jugak bagi setiap transaksi.... dipindahkan melalui satu cara yang cukup licik yang gua sendiri pon tak perasan pada mulanya.... Hahhaa

Takper la.... kalo diorang kendalikan dengan baik oklah.... tapi.... kalo diorang khianat..... adoyai la....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1