Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

26 October 2014

Elok Sangatlah Tue...

Bhai/DeeDee semua...

Elok sangatlah tue biler Amerika Syarikat tawarkan teknologi loji tenaga nuklear diorang kepada Malaysia... Kiter kan nak sesangat permindahan teknologi... Biar pon teknologi tue boleh membahayakan Malaysia.... Hahaha... Bodoh betul lar...

Ekosistem sedia ader di Malaysia masih lagi tak dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan penjanaan elektrik.... Terus jer ader orang bodoh dengan Menteri bangang yang nak implement Loji Janakuasa Nuklear...

Wei... Sistem Hidro pon tak pernah dimanfaatkan sepenuhnya... Sistem Solar dan Wind pon tak pernah diimplementkan semaksima yang boleh... Malah sistem perolakan ombak laut dan geothermal pon tak pernah TNB nak implement... Lagi mau sembang nak guna Nuklear untuk generate elektrik....

Loji Nuklear tue nak kasi kroni mana aaaa... Nak kasik kat Syed Mokhtar BauKari ka?? Buat per nak mintak bantuan dan teknologi dari Amerika... SCOMI kan ader... Ala syarikat anak Pak Lah yang terlibat bekalkan "centrifuge" secara haram kepada Iran tue... Ala yang kantoi dengan IAEA tue... 

Pada gua aaa... Selagi semua sistem hidro, geothermal, solar, wind dan seawave yang mesra alam tidak dimanfaatkan dan digunakan secara maksima maka adalah diharamkan Malaysia untuk memiliki logi nuklear... Sebab negara kiter masih "abundance" dengan alternative and clean electric power generating solution.... Takder sebab munasabah la bhai kalo nak guna Nuklear... lain la kalo Malaysia nih cikai sangat dan sangap macam Singapura atau Hong Kong....

Gua ader develop satu syarikat yang sedang cuba nak "harness" solar dan wind electric power generation pada kadar murah di Malaysia iaitu sekitar 8 sen untuk 1 kilowat/jam untuk satu "powerfarm" sebesar 10 ekar. Dan gua percaya kalo ader lokasi terbaek seluas 100 ekar, gua boleh turunkan harga kos sehingga 5.8 sen bagi 1 kilowat/jam.

Dan kalo syarikat gua dapat bekalkan tenaga kepada TNB pada harga 13 sen untuk 1 kilowat/jam pon kami sudah beroleh keuntungan agak baik... So.... Cuba bayangkan kalo dapat jual pada harga 28 sen (kalo tak silap aaa) macam Syed Mokhtar BauKari tue dapat.... Mesti lagi untung besar..... Hahaha

Jadik... Aper jadahnyer nak guna tenaga nuklear??? Bodoh tak bertempat...






9 comments:

  1. Macam biasalah projek kroni diutamakan. Agak2 kalau mesia ni berani lawan amerika atau tak sependapat dgnnya, apa akan jadi? Mungkin loji nuklear itu akan jadi bom jangka utk musnahkan negara ni pula. Kalau tak mahu ikut kata amerika mahu bergelaplah kita tiada bekalan elektrik.

    Menteri kita ni semua pandir dan pm kena pulas telurnya oleh negara selatan dll sebab gambar & skandal tuya.................

    ReplyDelete
  2. ada masyuk laju la tu sheh ! ABU !

    ReplyDelete
  3. Satu perkara yang C++ tidak faham di sini ialah tawaran itu sebenarnya satu bentuk engagement program dengan Malaysia. Ia bertujuan untuk menghadkan keupayaan Malaysia dalam membangunkan teknologi nuklear. Sekiranya tidak dibendung dari sekarang, mana tahu kerajaan Pakatan Rakyat mampu membangunkan keupayaan teknologi nuklear pada masa depan. Kalau Malaysia ditadbir oleh BN, sudah tentu Malaysia tidak akan ke mana-mana. Semua orang tahu keupayaan UMNO. Tetapi DAP mampu menggembleng bijak pandai kaum Cina untuk kepentingan semua. Yang lebih ditakuti oleh Amerika Syarikat ialah Majlis Syura Ulama mengupah orang lain membina bom nuklear untuk kepentingan mereka. Semua maklum bahawa Majlis Syura Ulama tidak memahami tentang hal-hal duniawi kecuali dibantu oleh puak-puak Erdogan dan PasMa. DAP, PKR, puak Erdogan dan PasMa sudah tentulah tidak mahu membantu Majlis Syura Ulama. Tetapi Majlis Syura Ulama boleh berpakat dengan UMNO untuk mendapatkan bom nuklear dari negara lain.

    ReplyDelete
  4. no clear no clear pengawal dunya cuba tambah cengkaman

    ReplyDelete
  5. Pahang salah satu dari pilihan.

    ReplyDelete
  6. Tak patut teruskan TENAGA NUKLEAR ni, walaupun begitu,

    -wind turbine tak sesuai sebab angin di malaysia tak kuat dan kurang kawasan yang sangat lapang.

    -ombak tak besar macam ombak chasing maverik

    -solar boleh pakai tapi kene ada kawasan yang sangat luas untuk generate kW yang besar untuk kegunaan domestik dan industrial.

    -hydro dan power generation TNB kebanyakkannya hanya dalam kedudukan spinning reserve saja. manakala IPP punya dalam kedudukan 100% (mungkin lebih) generation.

    -geothermal - aku tak pasti tak habis study. (ini maybe boleh buat) pakai kepanasan dalam bumi untuk generate electric.

    -biomass pun boleh guna ataupun incinerator (yang clean lah) bukan yang banyak keluar asap tu.

    "Yang mengata lebih banyak tak tahu dari yang dikata" - Rahimi

    -rahimi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Rahimi ....

      1. Wind Turbine teknologi lama memang la susah nak generate power kalo windspeed bawah 25 m/s .... Hahaha.... takkan la gua nak leak teknologi yang kompeni gua gunakan untuk generate power .... agak-agak la dalam bisnes mana boleh senang-senang jer nak publish teknologi...

      2. Teknologi perolakan laut yang kami ader tak perlukan ombak besar..... cukup ngan yang sedia ader pon dah boleh generate power..

      3. Solar tue memang betul perlukan kawasan yang besar.... tapi ader teknologi yang condensekan solar panel untuk generate more power dalam kawasan yang kecik... Hehehe... kami ader teknologi tue....

      4. Hydro dan coal gua malas nak komen... kasi TNB yang bagi hujah...

      5. Geothermal tue sebenarnya kami dah try skala kecil di satu lokasi... tapi stakat nih kos generation masih tak viable dan commmercial ... atas sebab tanah lokasi yang sesuai agak mahal kos perolehannya..

      6. Biomass gua pass kat Sime Darby kasi hujah....

      Ader satu lagi teknologi power generation yang gua tak sebut disini... dan ianya sedang dikaji secara mendalam oleh syarikat gua untuk memastikan kesesuaian pengkomersialannya....

      Aper pon..... kami boleh generate cukup power hanya dengan kelajuan angin serendah 5 m/s .... Kos yang agak murah dan tahan lasak..... hehehe

      Delete
    2. Salam Abg Spy,

      No. 1, 2 ,3 dan 4,, kalau dalam military punya point of saya rasa mmg boleh buat tp nak commercialized dia boleh ke?

      macam mana pun semua technology kalau tak dikongsi secara am nya macam mana nak laksanakan?

      tentera mmg ada technology2 yang tak dimiliki oleh orang awam, so tak heran lah kalau abng spy duk di sebelah militari boleh claim ada technology2 tersebut.

      contoh yang paling senang nak ambik. INTERNET.

      bila internet mula dikomersilkan? bila tentera guna internet ni... lebih laa daripada tu kan... haha

      "Yang mengata lebih banyak tak tahu dari yang dikata" - Rahimi

      -rahimi-

      Delete
  7. knp tak promote solar dan wind power utk pemasangan dirumah? tak kan nak limit kegunaan solar utk air panas aje...

    pernah tgk dokumentari bgn tinggi pasang wind turbine dibumbung utk kurangkan kos.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1