Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 March 2024

Sediakan Popcorn ... Hehehe

Bhai/DeeDee semua...

Skrip 24 Oktober 2023 besar kemungkinan akan digunakan (diulang) demi untuk janakan “Wow Factor”. Nak bagi tally storyline Jalan Ampang.

Predictable.



26 March 2024

Seperti Dijangka

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah ... seperti dijangka.... ader 881 outlet ... kena 1 outlet pun dah boleh main sentimen "play victim" ....  Tak perlu bakar sumbu pun... sekadar ader bau minyak tanah pun dah okay...

Kah Kah Kah...

Scene One Take One, Action





Sudah Ada Cerita Lain

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya sudah ada plot twist yang lain sedang dirangka... sudah ada cerita lain... sudah ada naratif lain yang sedang dibina....

Hehehe....

Kita layan pop corn dan air kola la...

Plot Twist


20 March 2024

Mana Pergi Semua Puak Kristian?

Bhai/DeeDee semua...

Itu hari bukan main Puak Kristian nih berebut nak guna nama "Allah" dalam urusan agama Kristian mereka..... sekarang ni mana pergi semua puak Kristian nih???



16 March 2024

Lemah Betul Kena Buli Dengan Google

Bhai/DeeDee semua...

Glitch masa hat sekali aritue pon BNM tak hantar surat tuntutan penjelasan kepada Google, nih kali kedua pulak katanya ada glitch. Masih tabrani nak antar surat.

Apa punya lekeh la BNM. Patut la bank komersial buat tak heran ja dengan arahan BNM selama nih.

Patut boleh ja saman Google atas sebab “berniat untuk memalukan dan menjatuhkan Malaysia”. Takkan saman pon takbrani? Takkan pondan kot? Takkan takder tolo? Hahaha

Peguam Negara pon takkan tak reti nak buat semua nih??? Lekeh la woi.

Kot-kot boleh kasik bangkrap Google bila Malaysia buat “Class Action Suit”.

Setakat buat siaran media tu... Sajat pon pandai... Hahahaha




12 March 2024

ChatGPT Pun Bermazhab Syafi'i

Bhai/DeeDee semua,...

Kah kah kah... ChatGPT pun bermazhab Shafi'i gak... Adoilah... Kenapa dier tak pilih Wahabi ka??? 



11 March 2024

Roti John Lebih Layak Diangkat Jadi Makanan Warisan

Bhai/DeeDee semua...

Pada 1981, sebuah filem Hindi bertajjuk “Naseeb” menjadi buah mulut ramai dan hit. Filem yang dilakonkan oleh Amitabh Bachan amat memberi kesan sehingga ke Malaysia. Dalam filem ini ada satu lagu yang top dan menjadi siulan ramai bertajuk “John Johnny Jonathan”

Pada 1982, sebuah filem remake berasaskan bahasa Tamil / Kannada telah diterbitkan. Ianya juga menjadi hits dimana pelakon utamanya adalah Rajnikanth. Filem ini bertajuk “John Jani Janardhan”. Ianya juga ditayangkan di pawagam di Malaysia.

Namun, hanya pada penghujung tahun 90’an sahaja barulah “Roti John” menjadi sebahagian dari menu jualan di Bazar Ramadhan di Malaysia. Menu “Roti John” ini juga menjadi satu produk jualan yang agak glamer di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Kemunculan “Roti John” ini tidaklah diketahui dari mana dan siapa yang mengasasnya sebab tiada rekod bwrtulis mengenainya. Sewajarnya para pengkaji sejarah Malaysia mencuba untuk membuat satu kajian bagi mendapatkan satu penyelesaian tuntas mengenai siapa yang memulakan penjualannya dan bagaimana struktur asas penyediaan juadah yang viral ini.

Mungkin ianya boleh dijadikan satu kajian ilmiah pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti Awam di Malaysia.

Mungkin juga kita boleh meletakkannya dalam senarai makanan warisan Malaysia di UNESCO.

Mana tahu pada 2024 ini akan ada Universiti Awam di Malaysia yang membuat rekod “Roti John” terpanjang untuk memecahkan rekod dunia.

Disebabkan harga bawang yang agak tinggi, maka jangan terkejutlah kalu menu “Roti John” tahun ini akan dihiasi dengan Kobis berbanding Bawang.

Sekian laporan semasa di pusat Cukai Malaysia di Chukai Kemaman.

Shalom … Ta’anit (Yom Kippur)
‘alaikas Salam … Ramadhan Mubarak.



08 March 2024

Masuk Bakul Angkat Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah.... punyala sampai puji diri sendiri...  Betul la peribahasa dulu-dulu... masuk bakul angkat sendiri...

Kah Kah Kah... takkan la takder WalaNON dan Bangsa Slurpp nak tolong pujikan... 



Janganlah Jilat Ludah Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Jangan kerana taksubnya korang kepada pimpinan sampai korang menjilat ludah korang sendiri. Hahahaha..



07 March 2024

Sekor Lagi Lepas Dan Bebas

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Apa nak hairan.... Semua bangkai level VIP ... pastinya lepas dan bebas... penting sekali mesti ngam dengan depa... Hahaha

Bangkai betul la,.,,



05 March 2024

Terkena Lagi Pemandu E-Hailing

Bhai/DeeDee semua

Rata-rata syarikat insurans juga gunakan peluang kenaikan kadar cukai SST untuk banyak menaikkan kadar insurans bagi industri e-hailing.

Misalnya, Zurich insurance naikkan caj insurans sebanyak 47% dari RM3.82 ke RM5.62 sehari bermula 1 Mac 2024. Dulu hanya RM1.33 sehari.

Kurnia pula naikkan dari RM2.00 ke RM3.06 (bermula 1 Mac 2024) ke RM4.86 (Apr-Sept) ke RM6.11 sehari (bermula Okt 2024). Dulu cuma RM2 sehari.

Maka beban pada pemandu ehailing pun naik. Tambang juga naik.

Menteri buat tak nampak pula.



03 March 2024

Harga Sekarang Rendah Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Gua cadangkan la... harga minyak masak peket nih patut dinaikkan kepada RM5 ... barulah rahmah... Harga sekarang nih tak logik sangak... rendah sangat.... Harga pun tak rahmah...

Hahahaha .... barulah Felda boleh untung... barulah peneroka boleh lebih tunai dalam tangan..



Isu LCS Lewat Lagi, Dimana Rafizi Ramli?

Bhai/DeeDee semua...

Masa jadi Pembangkang... bukan main bising Rafizi Ramli pasai isu LCS.... tapi bila dah jadi Kerajaan... senyap sunyi tak terkutik....

Hipokrit betul lar...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1