Gua tak kisah dengan sembang Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mat Sabu atau Anthony Loke tentang bagooshnya MoU dengan Kerajaan Ismail Sabri ni... sebab pada gua .... MoU ini jelas adalah satu Mou yang menyelamatkan satu pihak sahaja..
Dalam kes ini... MoU ini tetap hanya menyelamatkan UMNO dan BERSATU...
Dan pada PRU15... yang akan kena teruk ditolak oleh pengundi adalah Pakatan Harapan (PH)... sebab pengundi rasa pelik bilamana PH nak bekerjasama dengan Kerajaan yang terbukti gagal... dan kalau perkara semudah ini pun Pakatan Harapan boleh lembik dan tidak bertenaga... buat apa pengundi nak mengundi Pakatan Harapan selepas ini...
Serupa tak berguna jer...
Nampak sangat MoU ini sebenarnya sekadar nak bagi laba dan imbukan kepada Ketua Pembangkang.

