Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pertuduhan. Show all posts
Showing posts with label Pertuduhan. Show all posts

02 February 2024

Apa Cerita Siasatan Kes Planta?

Bhai/DeeDee semua...

Apa cerita siasatan kes planta? Takkan semua senyap ja? Kalu pertuduhan itu palsu atau fitnah, kenapa Abang Mat tidak ditangkap, Kenapa Abang Mat tidak disiasat. Kenapa Abang Mat tidak didakwa?

Pelik bin ajaib sungguh la... Sebab benda ini adalah aib kepada Perdana Menteri... Takkan la PDRM tak teruskan siasatan sampai kepada pendakwaan dan sabitan kes???

Kenapa macam disapu bawah karpet ja?? Kalau salah dan fitnah maka teruskan la tangkap, siasat dan dakwa.

Hahaha



30 January 2024

Salah Tetaplah Salah

Bhai/DeeDee semua...

Kat Malaysia nih... walaupun ko ader 47 pertuduhan kes.... semuanya boleh lepas... janji ko geng dengan pimpinan paling atas...  janji ko takkan tarik balik sokongan... Hahaha... Walaupun kes pertuduhan tu sebenarnya semuanya solid... Tapi boleh selamat lagi...

Tapi kalu ko takmo nak bersama dengan pimpinan paling atas... atau pimpinan paling atas tue memang nak kenakan ko atau musuhnya... yang tersabit rapat dengan kot... memang nahas la ko... nasib la kot... masak aaa...

Hahaha....  Gua takder nak bekap sesapa pun... waima belah mana pun... Salah tetaplah salah...

1 kes ka... 47 kes... 80 kes kan... akaun adik ka... semua salah kalu mesti kena terima hukuman... takder beza-beza.... ader paham ka???



08 August 2023

Sungguh Pelik Kes Ahmad Zahid Hamidi Ni

Bhai/DeeDee semua...

Ketua Pendakwaan mana-mana kes adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya atas perjalanan dan pertuduhan kes. Dia akan lead the team.. dier akan buat kajian.. dan dia dah nampak bagaimana kes akan dibicarakan dan ditentukan penghakiman...

Jadi... Ketua Pendakwaan nih memang orang penting...

Jarang sekali Ketua Pendakwaan digugurkan dari berkhidmat.. kalu ader pon maybe sebab kesihatan yang tidak dijangka .... Tapi bila Ketua Pendakwaan kes terkait Ahmad Zahid Hamidi digugurkan.... takder satu suara pun dari pihak penyokong dan pentaksub Kerajaan Perpaduan yang rasa pelik...

Maybe sebab Ahmad Zahid Hamidi sudah jadi geng depa... jadi mereka semua nih sama-sama la buat tak kisah dah... Hahaha...  

Adakah pengguguran jawatan Ketua Pendakwaan Kes ini disebabkan ader tekanan??? Hahaha... tak terkejut la bhai... kemungkinan itu ada asasnya... huhuhu ... sebab yang lead negara pun dulunya masuk penjara sebab sabit kes salahguna kuasa.... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Memang patut ditanya pun


11 April 2023

Ini Kerja Gila

Bhai/DeeDee semua...

Tetiba jer Ahmad Zahid Hamidi memohon dilepaskan daripada pertuduhan kesnya di Mahkamah Sivil... Peguamnya telah memohon kepada Peguam Negara... Mengikut prosidur biasa... ianya memang dibenarkan.... Dan kuasa budibicara memang terletak di tangan Peguam Negara ... iaitu Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan sama ada untuk meneruskan pertuduhan atau tidak... 

Dalam keadaan Peguam Negara yang diketahui memang pro-UMNO ... segalanya mungkin berlaku... dan kalau ini berlaku... apa pula pandangan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim???

Tentunya tidak baik...

Tambah pulak Najib Razak juga telah menghantar permohonan pengampunan diraja dibawah peruntukan Pengampunan Diraja...

Dan Yang Dipertuan Agong yang sememangnya mempengerusikan Lembaga Pengampunan itu tentunya akan mengambil kira pandangan ahli Lembaga Pengampunan yang juga terdiri keanggotaannya juga oleh Peguam Negara...

Dan sekiranya Peguam Negara memberikan satu justifikasi yang memperincikan dan membenarkan permohonan Najib Razak... tentunya akan memberikan satu keputusan yang di luar jangka.

Di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah disebut dengan jelas bahawa takrif kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong tertakluk di bawah Perkara 42(4)(b) bahawa kuasa Agong dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan mengikut Fasal (5) Perkara 42. Dan melalui Perkara 42(9) menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara.

Bayangkan kalu Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan dari pertuduhan kes... dan Najib Razak diberikan pengampunan diraja.... apa pandangan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim...

Huhuhu....

By the way... gua tak terkejut pon kalu Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan dari pertuduhan... sama macam kes Azeez Rahim dan Musa Aman hari tue....

Bab Najib Razak tue... itu prerogatif YDP Agong.... tambah lagi Najib Razak berstatus Orang Besar Empat Pahang..... dan YDP Agong adalah Sultan Pahang.... Anything can happen.... tara terkezut pon... hahahaha..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1