Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Shuhaimi Baba. Show all posts
Showing posts with label Shuhaimi Baba. Show all posts

09 September 2013

Rugi 12 Ringgit

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahaha... gua gelakkan jer la kepada yang berabis duit 12 ringgit pasai nak tengok filem Tanda Putera tue... Hahaha... bukan aper... benda yang boleh dapat free pon lu orang nak kena abis duit 12 ringgit.... pergh... banyak betul duit lu orang yer...

RM12 tue kalu buat makan tengahari.... amik pakej Makanan Rakyat 1 Malaysia.... hahaha... boleh dapat 2 orang atau 3 orang makan tue... hahahaha.... Nih tak.... abiskan buat tengok filem sampah.... Hahahaha... rugi bhai.. rugi...

Yer la.... nak sangat tengok citer tue kat pawagam ker... hahaha... tak payah kuar duit pon.... mintak jer ADUN dan YB UMNO/BN kat tempat lu sponsor....... Tapi... gua rasa hanya YB dari UMNO jer yang akan sponsor... YB dari MCA dan MIC tak mungkinnyer... hahahaha

So... aper cer nih.... rugi 12 ringgit.... hahahaha..... lawak ooooo.....  Gua tak tau la kalu filem "Tandas Putera" opps.. "Tanda Putera" nih nanti dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia.... tak tau la plak kalu ader juri yang level bangang yang akan beri undi sampai menang kategori Filem Terbaek FFM kepada filem sampah nih...

Tapi kalu ader la menang Filem Terbaek... Lakon Layar terbaek... Penataan Terbaek... Kesan Bunyi Terbaik...  menang kat "Tanda Putera" nih.... sohih la juri FFM Malaysia nih memang kaki bodek dan cap ayam.... Memang patutlar industri filem kat Malaysia nih kuno macam la nih.... Hahahaha....


30 August 2013

Kenapa Perlu Bayar?

Bhai/DeeDee sekalian...

Nih gua nak tanya sedikit jer... Sebab gua masih sibuk dengan macam-macam urusan birokrasi dan dokumentasi... Iyolah... Itu hari sibuk dengan konferen... Dan selepas tue sambung dengan but dokumentasi penyerahan tugas dan penamatan servis dalam Agensi... Yeah.. Setelah lama dipohon... Akhirnya mulai 1 September 2013... Gua secara sahnya... tidak lagi berkhidmat dengan Agensi....

Yahoo... Bebas... Hahaha... Cuma gua masih lagi terikat dengan satu arahan "Non Disclosure Agreement" (NDA) .... Hahaha

So... Aper citer nih... Hahaha... Gua melalut la plak.... Hahaha... Jangan mare...

Gua cuma nak tanya soklan nih jer... Kenapa perlu bayar untuk tengok filem Tanda Putera... Itu harikan BN dan UMNO serta Kerajaan Pusat boleh bagi tayangan percuma jer sebelum PRU13...

So... Buat aper gua nak mengabiskan duit gua untuk tengok filem yang kononnya berlatarkan sejarah (tapi melalut dalam bab pengkisahan sejarahnya) walhal sebelum nih ianya ditayangkan secara percuma... free... gratis.... Hahahaha

Takder maser gua nak buang duit tonton filem yang patutnya boleh tengok free jer... Hahaha

Tambahan : Gua dah lama tak pi panggung wayang... Semenjak ader Torrent nih... Aper ader hal gua nak layan wayang... Tambah lagi "Wayang UMNO" .... Hahahaha

03 June 2013

Filem Tanda Putera Akan Ditayangkan Secara Percuma

Bhai.... itu hari sebelum PRU13.... kat sana sini ader buat tayangan percuma filem Tanda Putera..... so.... kalu pada 29 Ogos nih filem Tanda Putera nak ditayangkan.... aper kejadah kiter semua kena bayar tiket ker.... patut filem Tanda Putera tue ditayangkan secara percuma jer la... Betul dak....

Kalu kena bayar untuk tengok filem Tanda Putera nih... gua rasa tidak adil lar.... sebab itu hari sana sini UMNO dan BN dok tayangkan filem Tanda Putera nih secara percuma..... hahahaha...

So... kalu mau tayangkan ini filem... kasi tayangan percuma.... kalu tidak... baik tak payah tayang.....  Kalu alasan perlu dikenakan tiket pasai kos pembikinan filem ini agak mahal..... pada gua itu tak patut... sebab apersal itu hari boleh buat tayangan percuma.... Awat... masa buat tayangan percuma itu hari tarak kira ka kos pembikinan filem tue...... aper daaa.......

Citer banyak takder.... kalu nak tayangkan... kena percuma.... FREE.... kalu tidak baik tak payah tayang langsung..... ader paham ka???


KUALA LUMPUR - Filem kontroversi, 'Tanda Putera' akan ditayangkan kepada orang ramai bermula pada 29 Ogos depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata keputusan itu dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hasil daripada mesyuarat bersama jawatankuasanya.

"Saya sudah berbincang dengan Finas iaitu pada 29 Ogos iaitu sebelum sambutan kemerdekaan.

"Saya cadangkan kalau boleh awal lagi, mungkin musim perayaan. Tapi filem itu filem kenegaraan, ceritnya tentang Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, sudah tentu kalau disiarkan sebelum sambutan kemerdekaan itu lebih sesuai," katanya ketika sidang media di Finas dalam lawatan rasminya di sini hari ini.

Beliau yang hadir ke Finas hari ini dalam lawatan rasminya selaku menteri dengan porfolio baru bersama timbalannya, Datuk Jalani Johari.

Kata beliau, pemilihan tarikh tayangan itu agak tepat berikutan kontroversi filem itu dikira selesai sejurus pilihan raya.

"Sekarang ini, kontroversi itu sudah berlalu dan tidak memberikan kesan kepada pandangan orang sebelum pilihan raya umum dibuat baru-baru ini.

"Jadi saya kira Tanda Putera merupakan satu lagi hasil karyawan filem kita yang patut dilihat daripada perspektif seninya tentang soal bagaimana orang lihat itu berdasarkan tafsiran masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah yang hadir sama memberitahu bahawa tarikh penayangan itu adalah tarikh yang dipohon pihak penerbit dan meluluskannya berikutan tidak mahu lambakan filem Melayu ditayangkan sempena sambutan Hari Raya.

"Tarikh itu sebenarnya tarikh yang dipohon pihak penerbit, jadi kita tidak mahu pada Hari Raya ada tiga filem Melayau akan ditayangkan serentak. Filem Tanda Putera kita klasifikasikan kategori PG 13," katanya.

Filem Tanda Putera diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba Suhaimi mengisahkan persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei.

Filem ini turut membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1