Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tax. Show all posts
Showing posts with label Tax. Show all posts

13 February 2024

04 January 2024

Kena Game

Bhai/DeeDee semua...

Ini yang gua jumpa huraian dalam media sosial...

Sejak semalam cukai baharu Low Value Goods, LVG sebanyak 10% dikenakan kepada barang barang bawah RM500 yang dijual oleh penjual luar negara secara atas talian di platform² ecommerce di Malaysia.

Antara hujah utama dasar ini diperkenalkan adalah untuk melindungi penjual tempatan untuk dapat terus bersaing dengan baik bersama penjual luar negara melalui platform atas-talian.

Tapi baru dua hari diperkenalkan telah dilaporkan banyak penjual barang tersedia (ready stock) atas talian telah menaikkan harga sejajar dengan kenaikan harga bagi penjual luar negara.

Jadi apa langkah seterusnya?

Naikkan lagi LVG kepada 20%?

Ulang sampai.. sampai Abang Jamil mampos... Hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



11 November 2022

Kalu LHDN Siasat, Memanglah Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Kalu LHDN dok giler kejar dan siasat semua yang declare nih... memanglah lawak... Sebab apa gua kata lawak... sebab biasanya yang berani declare nih... money trails dier mantop.. clear... selamat... sebab itu dier berani declare... 

Manakala... yang tak berani declare tue la yang mesti ader benda yang tak clear... yang tak telus... yang money trails dier mencurigakan... Hahaha....  mesti la ader something... sebab itu tak berani nak publish apa-apa maklumat.... apa-apa dokumen dan info... mesti sure lekat LHDN punya...

Tapi ....

Hahaha.... Apa nak diharapkan kat LHDN... Hahaha.... Kalu betul LHDN hebat... sure ramai kakitangan awam terutamanya di Kakitangan Pejabat Tanah dan orang politik yang dah kena siasat... Hahaha



08 October 2021

Pirates of Carry-BN

Bhai/DeeDee semua..

Biar lukisan dan contengan berbicara... Hahaha... Pandora Papers ... Pirates of Carry-BN



Malaysia Dah Rugi Banyak

Bhai/DeeDee semua...

Selama ini Malaysia dah rugi banyak... bila mana ramai pihak yang bawak keluar duit dari negara ini ke negara lain.. dan mereka ini mengelakkan cukai... dan selamanya mereka akan dan telah mencari jalan untuk mengelakkan cukai... 

Pada dasar nih... mereka ini adalah pengkhianat negara... dan pengkhianat negara patut dihukum dengan beratnya...  bayangkan dah cukup banyak yang mereka larikan dari Malaysia... dikhabarkan lebih dari RM1800 bilion...

Adoilah... ini semua celaka bhai... dari level Dewa, Dewata Raya sampailah VVIP dan VIP ... celaka betul.

LHDN mana berani usik puak-puak nih... SPRM pun sama... dua-dua tabley pakai... Jabatan Audit pon tak berani usik... aper kebal sangat la diorang nih.....

Celaka Ini LHDN Tidak Mahu Kacau



04 October 2021

Bukan Benda Baru

Bhai/DeeDee semua...

Aper yang Malaysiakini dedahkan hari ini hanyalah sekelumit cerita basi yang dah lama rakyat Malaysia tahu... Memang hampir 100% orang kaya, VVIP. VIP dan orang politik ada menyimpan dana mereka di luar negara.... dan mereka semua sama jer memang larikan duit dan kekayaan mereka dari cukai di Malaysia... mengelat.. 

Semua akaun luar pesisir yang mereka nih gunakan adalah akaun-akaun yang tak perlu dicukai. Free tax... dan melarikan diri dari dicukai oleh LHDN ...dan memang celaka inilah semuanya yang menyebabkan Singapura kaya... dan Malaysia miskin papa kedana...

Itu belum lagi kalu korang semak akaun Dewa dan Dewata Raya .... berapa banyak yang diletakkan di luar negara... akaun bank offshore ... siap ader yang beli Istana sampai rega ratusan juta di luar negara...

Huhuhu.... rakyat Malaysia ramai yang nak tengok duit RM50 pon hanya dapat tengok time gaji... itupon pegang kejap jer... habis buat bayar bil, kos sara hidup dan hutang AEON beli motor.... Allahuakbar...


Lawan Balik




04 January 2021

Gila, Lolos Mudah Di Pelabuhan.

Bhai/DeeDee semua...

Ini memang satu kerja gila.... macam mana la segala kargo boleh lolos dengan mudah di Pelabuhan.... sampaikan kokain pon boleh lolos... Ini semua bukan tak sengaja... gua saspek ini semua pre-planned... sudah diplan oleh sindiket dan kartel serta kongsi gelap.... rasuah jangan tanya la... sure banyak punya..

Tiga pengimbas pemeriksaan kargo di Pelabuhan Barat terminal multi-kargo di Pelabuhan Klang, didakwa tidak berfungsi selama hampir satu tahun, yang mungkin membiarkan pintu terbuka untuk penyeludupan, menurut sumber di industri tersebut.

Semua kontena yang membawa barang-barang yang diimport biasanya perlu melalui pemeriksaan kastam ketika tiba di pelabuhan. Pengimbas sinar-X membantu pegawai kastam melihat isi kontena.

Kegiatan penyeludupan dapat dikesan jika imej imbasan yang ditunjukkan tidak sesuai dengan barang yang diisytiharkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Bagaimanapun, tiga alat pengimbas didakwa didapati rosak dan dibiarkan tidak berfungsi selama setahun sejak Disember 2019.

Pelabuhan Barat Klang salah satu terminal perairan yang paling sibuk tidak hanya di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara.

Menurut laporan suku tahunan Westport Holdings, lebih daripada 7.7 juta TEU (Twenty Equivalent Unit) diproses dalam sembilan bulan pertama tahun 2020.

TEU adalah singkatan dari "unit setara dua puluh kaki" yang dapat digunakan untuk mengukur kapasiti membawa muatan kapal. Dimensi bagi satu TEU bersamaan dengan kontena kapal standard sepanjang 20 kaki (6.1m) dan tinggi lapan kaki (2.4m).

Adoilah.... payah kalu dari semua peringkat dalam Malaysia nih terlibat rasuah... dari Dewa Kayangan sampailah kepada Marhaen yang melata.... huhuhu

Ader paham ka??





31 March 2015

GST Versi MLM

Bhai/DeeDee semua...

Okeh.. selamat menyambut April Fool... Hahaha..... 1 April 2015 esok sepatutnya disambut dengan mengadakan satu Hartal ... tapi yer la... orang Malaysia nih semuanyer jenis hangat-hangat taik "Din Ayam" ja.... hahaha..

So sempena kenaikan harga petrol mulai 12 tengah malam nih beserta dengan kenaikan segala macam mak nenek harga barang dan perkhidmatan disebabkan GST... maka dengan ini gua nak hiburkan lu orang dengan satu artikel yang bertajuk .... "GST versi MLM" .... Hahaha

MLM lebih glamer dikenali sebagai Meniaga Larut Malam .... atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Multi Level Marketing.,... perniagaan berbilang paras.... Okeh... mari kita mulakan.... lu orang baca betul-betul ngan akai yang ader aaaa....

Ini flow dier...

- Pembekal barangan mentah (susu, lemak, koko) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga bahan mentah
- Pengilang yang proses bahan mentah (Nestle) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga produk siap
- Penyedia khidmat pengangkutan (TiongNam Logistik) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga perkhidmatan pengangkutan
- Perkhidmatan pergudangan (Warehouse) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga perkhidmatan
- Pemborong (Wholeseller) : akan caj 6% GST = terpaksa naikkan harga perkhidmatan
- Pasaraya Besar (Giant/Tesco/Mydin/Aeon) : akan caj 6% GST = terpaksa kurangkan mutu perkhidmatan (masuk tandas mungkin kena bayar)

Harga Milo akan naik berapa aaa????

Jadi.....

Jadi saper kata caj GST 6% tue kena sekali ja??? Kalu kena skali ja... mesti hanya kena kat pembekal barang mentah ja..... Inilah dier MLM thorbaek dalam GST.... Hahahaha... Memang semua pihak kena...

Oopps... ader satu lagi ....

Katakan kiter beli Milo kat Kedai Runcit Mamu Kutty...... ader caj 6% GST kat situ pasai Mamu Kutty punya kedai runcit perlu ader nombor GST dan berdaftar...... tapi tetiba.... Mamu Kutty pon pandai gak ngelat... dier buat dua syarikat.... Ader yang masuk satu syarikat punya akaun... dan ader yang masuk satu syarikat lagi punya akaun... walaupun 1 kedai runcit ja....

Dan dua-dua akaun tue hanya cecah RM496 ribu jer setahun setiap satu.... Kiter tau Mamu Kutty caj 6% tue daripada pelanggan dier... tapi disebabkan tak cecah syarat wajib kena GST.... makanyer Mamu Kutty tak perlu la bayar kepada Kastam duit kutipan GST tue..... (aper lu ingat Mamu tak pandai ka???)

So..... Kerajaan Malaysia melalui Kastam tak dapat nak kutip GST sebanyak 6% tue daripada Mamu Kutty.... dan takder la hasil kepada Kerajaan Malaysia..... persoalannyer... Aderkah Mamu Kutty kena pulangkan balik duit yang dier dah kutip melalui caj GST tue yang memang dier takder kena bayar kat Kastam.... Kalo dier tak pulangkan balik... so dier la yang untung rembat duit tue....

Hahaha.....

Nampak sangat la ader pihak yang akan buat magik camnie nanti... percayala..... Hahaha....

Tambah lagi syarikat yang berstatus Enterprise..... semua boleh ngelat... aper susah... bukak la nama dua tiga kompeni... tapi satu kedai ja..... Hahaha

Cukai nih memang la bagoosh untuk Kerajaan... tapi yang kena taji cukup-cukup aderlah rakyat.... Kalo dengan GST nih pon jalanraya masih lagi lubang sana lubang sini.... malah masih lagi jalan tanah merah atau jalan balak.... memang macam bangsat la Kerajaan Malaysia camtue....

Aper-aper pon... selamat kena April Fool ngan Kerajaan Malaysia.... Hahaha

TAMBAHAN :

"Cuma satu je aku agak keliru dengan GST ini. Dulu dalam SST ada Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%, bezanya cuma tiada Cukai Barangan tapi Cukai Jualan. Selepas ini Cukai Jualan 10% digantikan dengan Cukai Barangan 6%, tapi Cukai Perkhidmatan masih kekal 6%. Akan tetapi kenapa banyak perkhidmatan semasa SST takde pun kena caj 6% tapi lepas GST kena pula caj 6%, seperti contoh perkhidmatan keluar wang MEPS, perkhidmatan pos/poslaju, perkhidmatan topup prepaid, perkhidmatan renew domain, perkhidmatan insurans dan lain2 perkhidmatan lagi.

Apa beza perkhidmatan dalam Sales and Service Tax (SST) dan perkhidmatan dalam Goods and Service Tax (GST)? Ada sesiapa boleh beritahu?" - SUMBER

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1