Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

05 August 2013

Suspek Penculik Aisyah Dicari

Bhai/DeeDee sekalian...

Mintak tolong cari dan bantu untuk kesan dimana suspek ini berada. Dipercayai suspek ini telah menculik adik Aisyah di Jusco Rawang.....

Mohon bantuan semua.... #FindAisyah ....

UPDATE : 1.43 PM (Isnin) : Adik Aisyah telah dijumpai dengan selamat. Sekarang dalam kawalan PDRM. Terima kasih semua..



Hilang di Rawang Selangor ... Jumpa di Teluk Kumbar Pulau Pinang ... Gila betul lar...

04 August 2013

Ballistic Database

Bhai/DeeDee sekalian...

Malaysia memang melaksanakan dasar pengawalan senjata api (gun control) yang agak keras. Pemilikan senjata api hanyalah boleh melalui beberapa cara sahaja... termasuklah jika memiliki kebun dan ladang serta untuk kegunaan keselamatan diri..

Setiap pemilik senjata api di Malaysia diwajibkan menjalani ujian kecekapan dan ujian psiko. Malah terdapat juga senarai pemilik lesen senjata api disatu-satu kawasan yang dibawah pengawasan Ketua Polis Daerah (OCPD)... 

Jadi ... Gua ader satu cadangan... Gua rasa terbaik kalau ader satu Ballistic Database yang mengandungi semua ujian balistik dan data mengenainya bagi setiap senjata api yang dilesenkan...

PDRM patut mengujudkan satu pangkalan data bagi ujian balistik (ballistic fingerprinting test) bagi setiap senjata api yang dilesenkan.. Dan jugak semua senjata api milik anggota keselamaan bagi memudahkan untuk mengenal pasti senjata api mana yang terlibat dalam satu-satu kes jenayah...

Oleh yang demikian.. Secara otomatiknya ianya akan memudahkan pemantauan jika terdapat senjata yang dilesenkan terlibat dalam kejadian jenayah...

Tapi... Seperti mana yang kita tahu... Kebanyakan penjenayah akan menggunakan senjata api yang diseludup secara haram dalam mana-mana kes jenayah.. Walaupun begitu kita tidak boleh menolak begitu saja elemen senjata api berlesan yang disewa secara haram oleh pemiliknya untuk tujuan jenayah...

Jadi. Adakah PDRM mahu mengorak langkah kearah menyediakan satu pangkalan data balistik (ballistic database) bagi ballistic fingerprinting test ....  Atau... Ada pihak dalam PDRM sendiri yang akan menolak cadangan ini kerana takut segalanya terbongkar???

Kita tunggu dan lihat... Hahaha

UPDATE : Kalau tak paham tentang Ballistic Fingerprinting nih... sila baca di sini.


Muhyiddin Yassin Yang Anti Syiah

Bhai/DeeDee sekalian....

Hehehe.... sebelum nih kecoh 1Malaysia tentang isu Syiah..... katanya Syiah itu sesat... bukan cabang dari orang-orang Islam... Malah Majlis Fatwa Kebangsaan pon melabelkan Syiah itu sesat .... hahahaha..... Sampaikan Muhyiddin Yassin sendiri terlebih kuat anti Syiahnyer...

Even Chua Soi Lek pon khabarnya ber"tazkirah" sana sini tentang bahaya Syiah..... hahahaha ..... saper la yang bagi kat dier nih tauliah .... hahahaha

Gua rasa aaa.... Muhyiddin Yassin yang anti Syiah nih mesti tegas dalam hujah dan keputusan dier... yer la... Syiah kan sesat..... kata diorang la.... Hahahaha....

Jadi... gua rasa aaa... kepergian Muhyiddin Yassin ke Iran hari ini sebagai menghadiri majlis perlantikan Imam Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh menggantikan Mahmoud Ahmadinejad mungkin akan menjadi satu lawatan yang baik yang mana boleh men"tazkirah"kan Syiah di Iran supaya kembali memeluk Islam yang syumul.... berlandaskan kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah...

Imam Hassan Rouhani
Err... kalu dah Syiah difatwakan sesat.... err.. tentunya sembelihan puak Syiah nih sudah jatuh haram.... jadi camana Muhyiddin Yassin kat sana makan nanti.... hahahaha.... Dengan berbekalkan sebagai anak seorang Ulama besar (iman tabley diwarisi aaa...)... Muhyiddin Yassin mesti boleh berdakwah kepada puak Syiah di Iran kepada Islam cara Ahlul Sunnah Wal Jamaah....

Tapi kan..... hehehehe.... betul ker Muhyiddin Yassin tue beraliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.... hahaha.... errr... bukan ker Muhyiddin Yassin nih beraliran Ahlul Sunnah Wal Rasuah .... hahahaha..... pasai kes dier masa jadi MB Johor cukup banyak terkait dengan bab rasuah dan jual tanah negeri kepada milikan asing.... hahahaha

Hancusss.... Hancusss.... gua rasa aaa... Mungkin la kot Muhyiddin Yassin akan mentarbiah puak-puak Syiah di Iran kepada aliran Ahlul Sunnah Wal Rasuah..... hahahaha.... itu baru terbaek.... hahahaha


TEHRAN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baru Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.

Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Pemantau berharap pentadbiran presiden baru ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran. - Bernama

Siapa Tunjukkan Jalan?

Bhai/DeeDee sekalian....

Hahaha.... pergh.... agak-agaknyer siapa yang tunjukkan jalan... Siapa yang ajar teknik-teknik dan taktik untuk memang Pilihanraya Umum di Zimbabwe... Aderkah SPR Malaysia terlibat membantu disebalik tabir... Aderkah kakitangan SPR dipinjamkan ke Zimbabwe...

Hahahaha....  Ini satu lagi Pilihanraya Umum yang penuh magik.... penuh tipu muslihat.... hahahaha... bukan sekali berlaku camnie... dah banyak kali dah..... kalu tak silap gua sejak Mugabe memerintah Zimbabwe...

Gua saspek aaaa.. mesti SPR Malaysia ader bantu skit sebanyak.... hahahaha

Ini Robert Mugabe ... Presiden Zimbabwe... Member baik Mahathir Mohamed

HARARE - Parti Zanu-PF pimpinan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe memenangi dua pertiga kerusi Parlimen, kelmarin. Keputusan tersebut menyaksikan Mugabe memenangi 142 daripada 180 kerusi dipertandingkan.

Bagaimanapun, pesaingnya, Perdana Menteri Morgan Tsvangirai dari Parti Perubahan Demokratik (MDC) mendakwa, pilihan raya kali ini dicemari penipuan.

Beliau memberi amaran mencabar keputusan tersebut jika pemimpin berumur 89 tahun itu dan Parti Zanu-PF memenangi pilihan raya tersebut. Dalam satu kenyataan, Ketua Pemerhati Misi Kesatuan Afrika memberitahu, proses pengundian tersebut dilakukan secara adil.

Dakwaan MDC itu dikhuatiri mencetuskan semula keganasan seperti yang berlaku pada pilihan raya 2008. - AFP

03 August 2013

Mana Satu Nak Main Dulu Raya Nih

Bhai/DeeDee sekalian...

Artikel nih aderlah artikel sengal dari gua... sajer jer buat layan kapla yang boring... maleh aaa nak tulis pasai politik dekat nak raya nih... sebab nampaknyer dua-dua puak samer bangang.... hahaha.... nak citer pasai tembak-menembak main pistol... maleh aaa... dah boring aaa main pistol kat Kelab Menembak... hahaha

Jadi.... mana satu nak main dulu raya nih.... aaaa..... gua tengah keliru nih... nak main mana satu raya nih... semua permainan retro yang budak zaman sekarang maybe tak pernah tau keujudannya.... hahahaha ...

Nak main yang ini ka???
Atau ...

Nak main yang ini ka???
Atau...

Main yang ini jer.... jimat... pakai kertas suratkhabar jer... atau pon guna buah cenerai/chenderai...

Nak main yang ini ka???
Atau...

Nak main yang ini ker????
Atau..... guna senapang/pistol buah senduduk/terung rembang cam kat bawah nih... hahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1