Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

08 January 2014

Siapa Orang Itu?

Bhai/DeeDee semua...

  • Orang itu katanya menegah penggunaan kalimah "ALLAH" digunakan dalam Bahasa Melayu
  • Orang itu katanya pelindung kesucian Islam
  • Orang itu katanya ketua kepada sekumpulan orang
  • Orang itu katanya teramat maksum dan tiada cacat cela
  • Orang itu katanya hebat keilmuan agamanya
  • Orang itu katanya paling layak memberikan tauliah
  • Orang itu katanya yang mengurniakan darjat dan rejeki
  • Orang itu katanya seumpama dewata
Tapi....

  • Orang itu memiliki saham dalam syarikat berkaitan khamar
  • Orang itu memiliki saham dalam syarikat berkaitan maksiat
  • Orang itu memiliki saham dalam syarikat berkaitan judi
  • Orang itu sendiri terlibat dalam maksiat berkaitan perempuan
  • Orang itu sendiri terlibat dalam maksiat berkaitan khamar
  • Orang itu sendiri terlibat dalam maksiat berkaitan judi
  • Orang itu sendiri terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa
  • Orang itu sendiri terlibat dalam jenayah berkaitan nyawa

Hanya orang-orang yang bodoh lagi bangang sahaja yang tetap menyembah dan kalo boleh mencium kaki dan tangan "Orang Itu" kononnya mengambil barakah dan ullah.... kononnya kerana karamah .... kononnya kerana "Bayangan Tuhan di muka bumi"....

Bodoh dan Bangang yang tidak berkesudahan.... tak kira lah jenis yang berkopiah mahupon yang bersarban...... 


Berita Panas: Kadar Caj MyKAD Hilang Dinaikkan

Bhai/DeeDee semua...

Berita nih masih panas lagie... Terkini..... Ianya belum digazetkan.... tapi kertas cadangan dan menyuarat mengenainya telah dibuat..... Hehehe.... mana gua dapat info lu orang jangan tanya la.... Hahaha.... informer gua ader dimerata tempat.... hahaha

Kadar caj bagi MyKAD hilang kini dinaikkan kepada ....
  1. Hilang kali pertama didenda RM100
  2. Hilang kali kedua didenda RM300
  3. Hilang kali ketiga didenda RM1000
Bagi sesiapa yang mahu menukar alamat pada MyKAD mereka, caj akan dikenakan sebanyak RM10

So..... Kepada mangsa ragut atau samun yang hilang kad pengenalan tue.... nasib korang la yer....  Kalo taknak MyKAD hilang.... buat photostat colour beberapa keping dan laminate.... yang ori punya lu orang pasang gantung pada leher.... yang lain tue boleh letak dalam handbag atau purse....

Hahaha... kalo kat leher pon boleh ilang.... memang la kapla korang patut kena pancung aaaa.....

Hahahaha..... lawak siot....


07 January 2014

Petrol RON 97 Naik 5 Sen

Bhai/DeeDee semua...

Terbaek la Malaysia nih... Harga ais naik.. Harga telur naik... Harga kondom jer tak naik lagi... Nih harga petrol pon nak naik....

5 sen bhai... Bukannyer banyak kata diorang la...


Celakanya Ketua Agama Islam

Bhai/DeeDee semua...

Lu orang ader dengar citer tak tentang ader seorang atuk tue yang bayar yuran sekolah cucu dier guna duit syiling tue tak? Rasanyer benda tue heboh satu alam maya kat FB, Blog dan Twitter...


Citer tentang adik nih dan atuknyer memang membuat hati orang-orang (yang lembut hatinya dibuka pintu hatinya oleh Allah Taala) akan sebak dan menangis... Bukan sahaja kerana terlalu simpati tapi kerana mengenangkan sikap dan perangai Ketua Agama Islam dan pusat zakat yang dibawah kuasanya...

Dalam kes ini... Ianya dibawah kuasa JAIS (bukan Ahmad Jais aaa) dan terletak dibawah pengaruh Ketua Agama Islam Selangor... Tapi.... Tapi bukan sajer Ketua Agama Islam Selangor buat tak pandang (err... Bisnes Hard Rock Kapir lagi masyuk) .... Tapi Pusat Zakat dan Baitulmal pon buat derk jer...

Bangsat betul lar.... Memang bangsat wal celaka...

Siap sedia la lu orang sumer jawapan kat Allah Taala nanti... Sebab budak tue berhak untuk dapat bahagian dier dari cabang asnaf... fisabilillah... Anak yatim pulak tue.... Dan pastinya bukan dier yang akan menuntut haknya di akhirat kelak... Akan tetapi Allah Taala jugak anak menuntutkan hak baginya dari Ketua Agama Islam Selangor dan mereka-mereka yang duduk dalam Pusat Zakat dan Baitulmal...

Tunggu la balasan untuk mereka-mereka nih...

Celaka dan terus celaka lah kepada mereka-meraka ini... doa dari kami golongan mustad'afin dan para malaikat (insyaAllah) dibumi dan dilangit...

*** Ada Ketua Agama Islam yang tak sempat duduk mahligai bernilai 1 bilion di tengah kota terus buat plak mahligai bernilai 1 bilion kat tempat dier.... Giler ... Walhal rakyat ramai lagi yang tertindas (mustad'afin) dari segi ekonomi dan pendidikan...

05 January 2014

Media Israel Lagi Telus (Edisi Reverse Psycho)

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Lu orang tau dak... Media Israel lagi telus... Berita tentang kesihatan Ariel Sharon pon boleh diorang citer dalam media dier... Tak kisah la aper kekejaman dan kemengarutan yang Ariel Sharon dah buat... Media Israel tetap akan hebahkan kat seluruh warga Israel dan dunia tentang kesihatan Ariel Sharon...

Tapikan....

Tapi Media kat Malaysia nih lagi hampeh.. Takder satu pon yang nak citer dan bawak stori tentang keadaan kesihatan sekor Dewa tue... Apersal... Takkan ader sekatan kot... Orang nak tau gak aper dah jadi ngan Dewa tue... Kalo dah "jalan" bagitau jer la dah "jalan"...  Tak payah la nak cover-up... Senang skit orang nak buat kenduri... Kenduri makan bubur kacang hijau... Hahaha

By the way... Pengumuman "Hamengkubawuno" pon tak dibagitau... Tetiba jer "Hamengkubawuno" jadi leader... Saper yang endorse tak tau la... Main suka-suka jer... 

Oh yer... Kalo ader sambungan ke "life support" tue... Patut media bagitau la... Bagitau kat kiter sumer... Baru la senang... At least bagi kaki sembah manusia... Boleh la datang sembah manusia.... Hahaha... Mana la tau takut makcik cleaner kat spital tue tercabutkan plug letrik mesin life support tue pasai dier nak guna vakum cleaner...

Hahaha... Sebab tue la gua bagitau... Media Israel lagi telus... Hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1