Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI @ SITC) yang kemudiannya dinaiktarafkan menjadi Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) yang mana akhirnya membuahkan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) aderlah salah satu daripada institusi pendidikan yang telah mengeluarkan dan menghasilkan beberapa pejuang kemerdekaan dan negara...
"Selain mata pelajaran biasa seperti Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Hisab dan lain-lain, pelajar-pelajar di MPSI juga diajar tentang anyaman, bertani, bertukang dan seumpamanya. Manakala pelajar-pelajar yang dapat memasuki MPSI terdiri daripada mereka yang telah lulus darjah 6 Sekolah Melayu. Ini juga merupakan syarat asas untuk memasuki MPSI. Tujuan asal Kerajaan Inggeris adalah supaya pelajar-pelajar ini lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka dahulu. Kerajaan Inggeris juga berharap untuk menjadikan para pelajar ini sebagai tenaga pekerja mereka, tetapi apa yang berlaku adalah di luar dugaan.
MPSI yang menjadi tempat menimba ilmu itu telah menyedarkan lagi para pelajar tentang nasib bangsanya. Pendedahan pada apa yang berlaku di luar negeri melalui pembacaan telah membuahkan bibit-bibit semangat kebangsaan di kalangan pelajar-pelajar. Penubuhan Pejabat Karang- Mengarang 1925 mendedahkan lagi para pelajar pada sumber-sumber bacaan dari luar.
Pada masa Perang Dunia Kedua, MPSI telah ditutup kerana bangunan itu dijadikan Hospital Tentera oleh Inggeris dan para pelajar berpindah ke Kuala Kangsar. Di atas ihsan Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, para pelajar MPSI ditempatkan di tiga buah istana di Kuala Kangsar iaitu Istana Hulu, Istana Kuning dan Istana Hilir. Walau bagaimanapun ketika perang merebak ke Tanah Melayu para pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing.
Pada tahun 1946, apabila pengajian dibuka setelah tamatnya perang, MPSI menuju ke era yang lebih bersemangat lagi di kalangan para pelajarnya. Semangat kebangsaan mula bercambah subur di MPSI dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak pelajar sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan ekoran daripada itu MPSI ditutup selama 3 bulan.
Menjelang kemerdekaan 1957 peranan yang dimainkan oleh MPSI tidak kurang pentingnya. Institusi ini telah dapat menyediakan segolongan intelek Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengisi ruang kemerdekaan yang akan diberikan. Tenaga pemimpin yang disediakan oleh MPSI ini amat diperlukan dan mereka telah dapat menunjukkan daya kepimpinan yang baik yang bukan sahaja membanggakan MPSI tetapi juga masyarakat Melayu seluruhnya. Antara tokoh-tokoh pemimpin yang dilahirkan oleh MPSI termasuklah Senu Abdul Rahman, Embong Yahya, Syed Nasir Ismail, Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib dan Abdul Ghafar Baba. Dalam bidang bahasa, sastera dan kebudayaan pula MPSI telah melahirkan ramai tokoh-tokoh berkaliber dalam bidang ini seperti Haji Buyung Adil, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Shahrom Hussein, Awang Had Salleh dan ramai lagi." - Arkib Negara
Jadi.... kesimpulannya..... MPSI (SITC), IPSI dan UPSI aderlah sebahagian daripada sejarah bangsa... dan tidak terkejut jika berlakunya reformasi dalam sistem pendidikan dan universiti akan bermula dari sini...
Sejarah pasti berulang... Sejarah Ibu Kandung Suluh Budiman....
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
01 January 2012
4 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
Gua Alumni UPSI..
ReplyDeletePanas Hati Gua tgk adik-adik gua kena belasah dgn org I.q rendah,yg bertopengkan Unifom,dh ketagih dadah semseng,pukul Student,hangpa mat-mat Uniform dh melebih dari batas dh..
Gua mohon Allah tuntut setiap titis darah Adik-adik gua yg dh ditumpahkan oleh Algojo-algojo yg menghina kalimah Allah dan Nabi Muhammad yg tertera pd lencana yg korang pakai..
Allah dan Malaikat dilangit dan dibumi melaknat perbuatan mengancam dan mencederakan saudara kamu sendiri..
Kamulah Ahli Syiriq yg menyembah manusia sehingga berbuat zalim melebihi batas haq Manusia yg Allah berikan..
Ketahuilah bahawa kalian berada didalam kemurkaan Allah ketika keluar rumah dan pulang ke rumah juga masih dlm kemurkaan Allah s.w.t..
Kamu menyembah SOP dan kamu telah pilih SOP sebagai penjamin kalian yg akan memberi syafaat kpd kamu kelak..Jgn la kalian pinta Syafaat dari Rasulullah s.a.w krn kamu tidak dipandang oleh Baginda kelak krn kamu terang-terang menghina Nama baginda dgn memakai nama itu pd lencana kamu ketika kamu menumpahkan darah saudara kamu sendiri..Kamulah org yg melampaui batas..
Sesiapa yg cuba nk mambantah komen Gua neh,Allah akan membalas kamu sekali kerana maraikan kebatilan ini..
Bhai Anonymous...
ReplyDeleteLu panas ati pasai lu alumni... Gua plak dulu memang banyak berurusan ngan UPSI nih masa dier dikenali sebagai IPSI... malah bini gua pon lulusan IPSI....
Tambah lagie.. gua kenal ngan bini gua kat IPSI nih la... hahaha
Salam Bro Super Duper Senior C++..
ReplyDeleteAduh,Caya lu Bro,tabik spring gua bg sama lu..
Gua dulu Rebel gak bro,smpai Dekan pun Gua x layan..
Ade ker nk Bar gua dari Exam dgn sms..Nk gempak bodak-budak bole la..
Gua bc Metro hari neh,dgr ulasan org dlm UPSI,pengecut Bro..Lg panas hati..
Patut mase neh la peluang nk kecam sbb Student korang kena buli,kena belasah..
Klu gua,dh smpai surat lawyer dh namakan ketua Algojo sebagai Defendan..
UPSI/IPSI tempat gua kenal dgn kebebasan Akedemik wlwpon sorang dua pensyarah bercakap mcm Robot Utusan..
Besa la tu,mana-mana tempat pun ada pengampu wlwpon kami berjuang naikkan suara Fakulti dan nama UPSI tanpa harap kredit,kena bar pon kami harungi supaya adik-adik kita menikmati kemanisannya dibelakang hari..
Alih-alih bila jd mcm neh,satu suara membela dari jendela pentadbiran pun x kedengaran..Nk Harap HEP,jauh panggang dari api..
Pd Gua,wlwpun UPSI masih baru sebagai sebuah Universiti,ttp kita punya Ambisi,patut org yg tunjuk perasaan vs Adam Adli tu yg dimasukkan ke dlm Land Rover Algojo,bukannya melayan sebaliknya pd mereka yg inginkan angin perubahan kpd kebebasan Akedemik..
Adoiii..
Betullah kata-kata DSAI,yg pandai-pandai duk luar Negeri,yg bodoh-bodoh tinggal sini jaga negeri..
Bhai Anonymous...
ReplyDeleteDalam dunia nih boleh kata semua universiti atau pusat akademik akan ader rebel... bukan rebel yang mengarut... tapi rebel yang akan memberikan banyak makna kepada universiti...
Memang betul la... gua stuju kalu dikatakan yang bijak-bijak takmo nak mentadbir mana-mana universiti kat Malaysia nih... yang bodoh piang dan pengampu jer yang nak jadi pentadbir Universiti di Malaysia...
Patut la Universiti kat Malaysia nih tercorot rangking dier... hahaha